Bila Tuhan Berbicara..

Bila Tuhan Berbicara..
Memaparkan catatan dengan label Catatan Seorang Dai'e. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Catatan Seorang Dai'e. Papar semua catatan

Sabtu, 26 April 2014

WAHABI=MADINAH: Mengubah Persepsi Umum


    
      Pelajar Madinah tidak kira yang masih belajar mahupun yang sudah tamatkan pengajian dri Madinah pastinya tidak akan terlepas daripada sebuah tohmahan
Wahabifobia
yang cukup masyhur iaitu WAHABI.

(Tidaklah saya akan ingin mengulas panjang lebar tentang Wahabi ini, harap dapat baca lebih lanjut di halaman lain)

    Saya akui bahawasanya acapkali mahupun sekali sekali mereka yang pernah atau berada di Madinah untuk tujuan menuntut ilmu melakukan kesilapan dari sudut pegangan manhajnya (baca pendekatan) mahupun cara penyampaian dakwah mereka kepada masyarakat. Sebahagian plajar madinah dilihat terlalu keras dalam penyampaian, jumud tidak tentu pasal, suka membid'ahkan orang, dan pelbagai lagi jenis tohmahan yang dilemparkan terhadap mereka..

Perangai Sebahagian Ustaz yang Keras Tidak Kena Tempat
    Eya, sebahagiannya begitu, namun sebahagian tidak.. malangnya sebahagiannya daripada kita apabila dengar sahaja ada orang yang berhajat untuk ke Madinah bagi tujuan menyambung pengajian dalam pengkhususan agama, maka datanglah segala persepsi buruk ke dalam benak fikiran mereka.. bahkan lebih parah lagi sebahagian daripada kita tidak membenarkan anak-anak, kawan-kawan , adik-adik kita ke Madinah hanya kerana Wahabifobia (takut akan bayang-bayang Wahabi).. Allahulmusta'an..

Universiti Islam Madinah


Barangkali kita lupa bahawasnya Nabi kita Muhammad (sollahuaalaihiwasalam) pernah hidup dan wafat di madinah! Tolak ketepi dahulu tentang Wahabi jika ingin belajar di Madinah.

Cuba tanamkan dalam fikiran kita bukankah kita akan pergi ke sebaik-baik tempat di dunia bernama Madinah.. tidakkah kalian penah terfikir untuk menuntut ilmu di sebuah tempat yang sebahagian wahyu Allah diturunkan? Di tempat junjungan besar mendidik sahabat sehingga menjadi seorang yang faham agama secara mendalam? Renungkanlah.

     Akhirkata, sebarang kritikan terhadap pelajar Madinah terutama saya adalah sangat dialu-alukan.. saya menafikan bahawasanya jiwa seorang pemuda yang sentiasa berkobar-kobar dalam sesuatu antara faktor yang menyebabkan dakwah itu tidak sampai kepada matkamat yang sebenarnya.. dalam bahasa mudah, “Nak cepat naik syeikh, habis segala jenis hukum setakat yang dia tahu dia sembur”  walaupun hakikatnya masih banyak ruang yang perlu dibahaskan
Pemuda Ibarat Kayu Api Yang Membara
dengan lebih lanjut.. mungkin inilah yang dimaksudkan oleh sebuah perkataan Arab iaitu syabbun iaitu pengertian asalnya membawa erti unggun kayu api dan sememangnya kayu api amat mudah terbakar, maka  begitulah juga jiwa pemuda yang sentiasa mudah terbakar (baca brkobar2).


 Abu Abdul Rahman
 Madinah Munawwarah
26 Jumadilawwal 1435 bersamaan 27 Mac 214 
Sebarang kritikan membina sangat dialu-alukan daripada pembaca yang dirahmati Allah.

Jumaat, 25 April 2014

Halatuju Seorang Bakal Da'ie, Apakah Sudah Jelas??



Universiti Al-Azhar, Universiti Islam Yang Tertua di Dunia

 Apabila ditanya kepada sebahagian penuntut bidang pengajian Islam, apakah sebab yg mendorong mereka untuk mendalami Islam dengan cara menuntut secara serius untuk mendalami Islam, pastinya akan muncul jawapan yang beraneka daripada mulut yang banyak..

Antara jawapan yang masyhur:

"Saya nak melaksanakan tuntutan dakwah"

"Saya nak jadi pak ustaz macam ustaz sekian2"

"Saya nak kenal agama lebih mendalam kerana tidak kenal bagaimana mahu menyemai rasa cinta kan?"

"Saya nak mentarbiyyah masyarakat dengan Islam yg syumul"

"Membangun bersama Islam" dan pelbagai lagi jawapan yang serbaneka..

Namun, dari sudut pandang yang lain, jawapan lain yang terbit dari mulut seperti:

"Hmmm, tidak tahula...sebab ramai kawan nak ambil jurusan agama, jadi aku

follow the flow je"

"Sbnrnye ana nk amik course lain, tetapi akhirnya amik bidang agama juga"

"Aku tidak berapa pandai syeikh..mahu ambil jurusan sains, engineering, dah subjek sains aku kantoi, nasib baik subjek agama aku cukup-cukup makan, bolehla sambung belajar dalam bidang agama"

Inilah hakikatnya yang berlaku terhadap sebahagian mereka yang bergelar pelajar pengajian Islam tidak kira yang belajar di dalam mahupun luar negara.

Tujuan, niat mereka bagaikan samar2.. tiada halatuju yg jelas..

Ngaji subjek agama, tetapi malangnya tidak serius yang akhirnya hidupnya tidak kemana-mana jua. Bak kata orang-orang tua,

" Buat menghabis beras je!!!!"

     Natijahnya, graduan agama yang menjadi harapan masyarakat untuk menyampaikan tentang Islam tidak mencapai matlamat yang sepatutnya.. apabila ditolak menjadi Imam di masjid atau surau, mulalah menggeletar, mnggunakan alasan suara tidak merdu, tajwid lintang-pukang dan sebagainya.. diminta untuk
Harap Tok Imam xnampok den nyorok
mngetuai bacaan doa, mulalah main sorok-sorok belakang mak, disuruh mmgetuai bacaan tahlil,  mulalah menggaru-garu kepala, diminta bagi tazkirah di masjid mahupun surau, mulalah lari ke tandas dan main sorok-sorok dengan pengerusi masjid..

Alahai pak ustaz.. bahkan sebahagiannya akan sebut, 

" Ana tidak layak syeikh nak amik jurusan agama.. ana tidak layak nak jadi da'ie"

   Syeikh, enta kena ingat bukan diri enta yang menilai enta layak atau tidak untuk menjadi seorang dai'e kerana sesungguhnya Allah jua yang memilih untuk menjadi dai'enya di jalan-Nya yang mulia iaitu meneruskan legasi para Nabi dan Rasul di jalan Dakwah.. apa yang penting, kite perlu mencuba dan berusaha untuk melaksanakan tanggungjawab dakwah ini.. mungkin pada peringkat permulaan, kita akan mendapati diri kita gugup, gagau, gelabah jadi imam solat jemaah, menyampaikan tazkirah kepada masyarakat, namun seandainya ia dilakukan secara berterusan, inshaAllah segalanya akan mudah dan menjadi kebiasaan hidup kita..

Jadilah seorang Daie yang sebenar-benarnya..

Perjalanan Dakwah KiTA Masih Jauh
“Seorang dai’e tidak lahir dalam masa satu dua hari, namun ia mngambil masa yang lama kerana setiap kesungguhan dalam menuntut ilmu, pengalaman hidupnya yg menjadi dirinya seorang da'ie yang mantap dan matang dalam menempuhi jalan dakwah..”

Abu Abdul Rahman
Madinah Munawwarah
19 Jumadilthani 1435 brsamaan 19 April 2014
Sabtu, 9.05a.m

Semoga coretan kecil yg penuh kekurangan ini ada manfaatnya buat para pembaca diluar sana..segala salah siap amat dharap utk dimaafkan serta segala kritikan adalah dialu-alukan..
~Mencari Kebenaran dlm Agama~