Bila Tuhan Berbicara..

Bila Tuhan Berbicara..

Isnin, 20 Mei 2013

GAGAL SEKALI TIDAK BERMAKSUD ANDA GAGAL SELAMA2NYA

 SIRI 2-

Bangkit dari sebuah kejatuhan…keputusan SPM sangatlah mengecewakn …namun tiada manfaatnya utk terus menerus  meratapi akan sebuah “kematian” itu…hidup mesti diteruskan, perjuangan masih panjang…bukankah orang2 tua pernah berkata

“gagal sekali bukan gagal selama2nya”???

 ungkapan ini sangat membekas dalam diri ku..ia seolah2 memberikan kepadaku akan suatu semangat utk bangkit semula..yang suda berlalu, biarkan ia berlalu dan jadikan ia sebagai satu panduan dalam menghadapi perkara2 yang berdatang…

renungkanlah sejenak kata2 di atas

Antara Dua Jalan
   
yang mana satukah pilihanku

Borang online matrikulasi suda diisi…UPU tidak sempatku isi dek kerana habisnya tempoh pendaftaran…aduh…pelbagai persoalan bermain di benak fikiran…

“ish,bole ke dapat matrik ne??? subjek2 sains sume kantoi…adoyai”…rungut penulis dalam hati..

laman web utk pndftrn UPU
“UPU plak,idak plak diisinya..jem2…”

Persoalan demi persoalan terus menerus menerjah kotak fikiran namun tiada satu pun jalan penyelesaian yang datang ke ilham bagi menangani kemelut ini…

Surat tawaran matrikulasi telah sampai ke rumah…tertera alamat Matrikulasi Tangkak,Johor..program yang ditawarkan Sains Tulen..namun, hati menjadi tawar saat melihat surat itu..masakan tidak sume subjek sains tulen, ak memperolehi markah CUKUP2 MAKAN kata orang..

ak bermonolog bersendirian,     
contoh surat tawaran matrikulasi


“Mampu ke ak menyambung pengajianku ke bidang Sains Tulen ne? result SPM un kantoi derrr…paham un xberape…minat un makin hari makin hilang..


Ya Allah pimpinkanlah hamba-Mu dalam menangani kemelut yang dihadapi…
  Tiba2 terlantas di hati,

“teruskan je STAM  tu…manala taw disitu ada peluang yang lebih cerah utk terus maju dalam pelajaran”..

 Ak terdiam..terkedu..ye x ye..dalam diam, ak menyetujui lintasan ak itu..sedar tidak sedar sudah 3 bulan ak mempelajari  subjek  STAM (singkatan utk Sijil Tinggi Agama Malaysia)…ada benarnya kata hatiku tadi…sejak melangkah masuk kealam STAM, hatiku  seakan jatuh cinta..masakan tidak, dikala STAMla, ak cuba membina sebuah kehidupan yang baru setelah mengalami suatu kejatuhan yang tragis dlm SPM.. STAM  jugalah tempat aku mengubati luka hati dek kesedihan yang mendalam setelah SPM..

 Mengimbau memori silam…

    Sewaktu ak mahu mendaftar sebagai pelajar STAM, ak xmempunyai suatu keinginan serius utk menduduki peperiksaan STAM, malah ak hanya menuruti ajakan kwnku yang kebetulan mahu mendaftar sebagai pelajar STAM…kata orang, 

“mngikut orang je kerjenye”..haha..

ak telah memilih Sekolah Agama Menengah Tinggi Hishamuddin sebagai tempatku menuntut ilmu STAM..ak memilihnya  kerana ia merupakan sebuah  institusi pendidikan yang terletak berdekatan dgn teratakku..


pagar depan SAMTS Hishamuddin

bahkan seringkali terngiang2 akan kata2 penyuntik semangat oleh mantan pengetua SAM  Bestari, haji saharoni

“ sekiranya kalian tidak dapat keputusan dlm SPM, jgn putus asa utk terus mnyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi..kerana masih byk lagi peluang lain utk menyambung pengajian antaranya menduduki STAM..dan saya sangat menggalakan para pelajar utk mngambil STAM kerana ia satu peluang yg sgt baik utk meneruskan pengajian selepas SPM..malah ia boleh membantu anda utk menjdi seornang yang faham agama, dan saya lihat kawan sy berkelulusan bidang agama, hidup mereka senang, hati pun tenang”..

demikian kata2 penyuntik semangat yang dilontarkan oleh seorang pengetua yang penulis kagumi..terima kasih ustaz, smoga Allah melimpahkan rahmat n hidayah kepada dirimu..inshaallah

Di sini ak bermula..

  Menjadi seorang pelajar STAM bukanlah suatu kehidupan yang mudah..bilangan subjek yang mencecah 10 subjek yang bahasa pengantar bahasa arab di samping buku teks yang tebal2 pasti mencabar daya ketahanan seseorang utk terus berjuang di alam STAM..
BUKU2 TEKS STAM

tauhid mantiq, feqh faraid, hadith mustolah, alquran, tafsir dan ushol, balaghah, nahw sorof, arudh qofiah. Insha mutholaah, adab nusus…

ksemua istilah ini merupakan istilah asing dalam kamus hidup sebahagian besar pelajar.. 

sewaktu diriku menjadi pelajar STAM, ak melihat akan ramainya pelajar STAM yang tidak mempunyai daya tahan yg jitu dlm mnghadapi alam STAM yg serba mencabar..ad yg hanya mampu bertahan selama sebulan dua, dua minggu tiga bahkan ada yang hanya menjadi pelajar STAM  selama 1HARI  SAHAJA!!  Malah, dalam sejarah alam STAM, ia seolah2 menjadi tempat persinggahan  atau R & R bagi para pelajar sebelum berpindah ke alam pra-universiti seperti matrik mahupun asasi setelah diumumkan dan tawaran yang disajikan oleh pihak matrik dan ASASI..

Memang persekitaran ini sangat menguji daya juang penulis..sebaik shj keputusan peperiksaan diumuman, maka berbondong2 pelajar2 STAM  meninggalkan  alam STAM dengan slogan: 

“SAYONARA  STAM, sehingga bertemu lagi”….

saat ini benar2 menguji daya juang kami utk meneruskan pengajian
universiti mu'tah  di Jordan
STAM..masakan tidak, sebahagian rakan2 seperjuangan telah melangkah ke alam university di dalam Negara seperti Darul quran, matrikulasi, ASASI mahupun luar Negara seperti di Negara timur tengah seperti Jordan, Mesir, Yaman

Universiti Al-Azhar di Mesir




walhal kami pelajar STAM masih kekal di alam persekolahan dengan memakai UNIFORM PELAJAR SEKOLAH!!....malah ibuku sendiri pada mulanya tidak bersetuju dengan keputusan yang aku ambil untuk meneruskan pengajian di peringkat STAM, kerana beliau berpendapat adalah lebih baik bagiku utk menyambung pengajianku ke peringkat matrikulasi di matrikulasi UIAM Petaling Jaya…
Matrikulasi UIAM,PJ


Namun, penulis telah bertekad utk meneruskan jua perjuangan di alam STAM walaupun apa jua rintangan yang mendatang…penulis mahu membuktikan bahawa melalui STAMlah, penulis mahu bangkit dari sebuah kegagalan!!! Alhamdulillah, dengan limpah kurnianya  dapat menghabiskan pengajian STAM sehingga ke penghujung bersama sahabat2 perjuangan..

Nahtijahnya , penulis memperolehi  keputusan yang memberangsangkan dalam peperiksaan STAM 2010  yakni dengan memperolehi pangkat Jayyid Jiddan ( atau dlm bhse penulis: JAYA JUSCO..hehe  ).. 


SIJIL TINGGI AGAMA MALAYSIA penulis


segala kesyukuran hanya dipanjatkan kepada Allah, tidak dilupakan  juga buat ibuku, Hajjah Noraini Mukhtar yang xputus berdoa buat
anakmu ini disamping menjadi pendorong dan penyuntik motivasi penulis, rakaman penghargaan  ditujukan buat para asatizah, yang tidak jemu mendidik kami agar erti perjuangan dalam menuntut ilmu sehingga kami memperolehi keputusan yang memberangsangkan dalam STAM..Barakallah fikum..hanya Allah jualah yang mampu membalas jasa dan pengorbanan kalian semua..

  Alhamdulillah, setiap sesuatu yang berlaku xberlaku dgn sia2 melainkan terdapat disebalik 1001 hikmah yang tersurat dan tersirat yang perlu disingkap oleh setiap manusia yang melalui setiap pengalamannya…

BENARLAH BAHAWA KEGAGALAN SEKALI BUKANLAH KEGAGALAN SELAMA2NYA BAHKAN KEGAGALAN MERUPAKAN PERMULAAN KEPADA SEBUAH KEJAYAAN AKAN DATANG..penulis sudah membuktikannya..anda bila lagi???

Alhamdulillah, dengan keputusan peperiksaan STAM, penulis telah terpilih utk mnyambung pengajian di Universiti Islam Madinah dalam pengajian Syariah Islam..Ikutilah sambungan kisah yang berikutnya…

Universiti Islam Madinah

BERSAMBUNG

22 ulasan:

  1. yg universiti islam madinah...hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. owh..alhamdulillah...ini adalah ni'mat kurniaan dari tuhanku...setiap kesusahan dan kesedihan pasti disusuli dengan kesenangan dan kegembiraan di kemudian hari...bukankah ini adalah janji Allah seperti yang dirakamkan dalam surah Al-Asr??

      Padam
  2. Mantap (Y)

    Teruskan berkongsi pengalaman.

    Semoga bermanfaat buat yang lain, =)

    BalasPadam
    Balasan
    1. jazakallah khair sahabatku firdani atas sokongan anda yang terus menerus dan tidak berbelah bagi kepada saya agar terus menulis dari semasa ke semasa...moga2 ad manfaatnya dan usaha ini diredhai ALlah dan kite sume mendapat keampunan daripda-Nya..inshaallah

      Padam
  3. Balasan
    1. kene la setuju sbb btul ape yg dikate oleh si dani tu..haha

      Padam
  4. salam 'alaik.
    alhamdulillah fathi.
    rupenye mcm tu cite ny..
    bla nk tulis pjlnn d celpad uia pula?
    bljr rjin2 d sana.
    smga trus bjya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumussalam,kak..smoga sentiasa dalam lindungan rahmat-Nya..inshaallah..a'ah. begitulah kisah suka dan duka di alam STAM..inshaallah kisah mengenai CELPAD bakal menyusul, episod seterusnya seblum bermulanya musafir ke bumi Nabi..jazakillah khair kak..allahuma amin..waiyyak

      Padam
  5. Balasan
    1. pengalaman mengajar erti kehidupan sebenar

      Padam
    2. owh...dh pandai kecek arab deh?hehe...jazakillah khair di ats sokongan yg diberi...ye, pengalaman menyingkap akan rahsia disebalik episod dalam sebuah kehidupan..gunakanlah mata hati utk menilai sesuatu pengalaman..nescaya ad hikmah yang tersirat dan tersurat disebaliknta..inshaallah

      Padam
  6. Waktu form 1 sampai form 5 penulis sekolah mana?

    BalasPadam
  7. Wah!!! Tahniah...smbung blajar luar negara dpt biasiswa drpd mne ye?

    BalasPadam
  8. Sblum msuk ke stam...kamu hebat x bahasa arab? Risau..sbb Sy punya vocab arab lemah
    ..ade kata2 hikmah??

    Atau just ikut jer pembelajaran?

    BalasPadam
    Balasan
    1. bahasa Arab bese2 je sebelum masuk STAM..bahkan waktu STAM pun biasa2 agi. alhamalhamdul sejak masuk madinah bru bertambah baik

      Padam
    2. Macam mana nk apply uni madinah?

      Padam