Bila Tuhan Berbicara..

Bila Tuhan Berbicara..

Khamis, 17 Julai 2014

Palestin: Menelusuri Sejarah Penjajahannya Oleh Israel

Gerakan Zionis dan Israel Raya

Kongres Zionis 1897 (kiri), Theodor Herzl, pengasas Geraklan Zionis (kanan)


     Bangsa Yahudi telah lama memendam cita-cita untuk menubuhkan sebuah negara Yahudi yang berdaulat dan merdeka. Oleh yang sedemikian, sebuah gerakan rasmi telah ditubuhkan di Basle dalam sebuah kongres yang dihadiri oleh pemimpin-pemimpin Yahdudi dari serata dunia pada tahun 1897 yang dikenali sebagai Gerakan Zionis yang diasaskan oleh seorang wartawan Yahudi dari Hungary iaitu Theodor Herzl. Hasil dari kongres tersebut, mereka memutuskan bahawa matlamat utama gerakan itu adalah untuk menubuhkan sebuah negara Yahudi dan sah di Palestin, dikenali sebagai Israel Raya walaupun pada asalnya Herzl mencadangkan negara Israel itu didirikan sama ada di Uganda, Cyprus, atau Argentina. 

Lakaran peta Israel Raya

Bahkan, sempadan negara Israel Raya mereka turut merangkumi kawasan negara Iraq di sebelahTimur, sebahagian besar negara Mesir di sebelah Barat, kawasan Syria, Luban di Utara dan kawasan Jordan hingga ke Madinah Munawwarah di sebelah selatan. Tambahan pula, mereka mahu merobohkan Masjidil Aqsa lalu menggantikannya dengan Haikal Sulaiman atau Kuil Sulaiman yang merupakan tempat ibadat orang Yahudi satu ketika dahulu.

Add caption
  Holocoust & Deklarasi Balfour 
                                                                    
   Pada tahun, Khalifah Sultan Abdul Hamid II telah didatangi oleh sekumpulan orang Yahudi yang diketuai oleh Theodor Herzl bagi menawarkan untuk membeli sebidang tanah di Palestin dengan harga yang cukup tinggi bertujuan untuk membuka penempatan Yahudi. Namun, tawaran itu telah ditolak dengan tegas oleh khalifah kerana beliau mengatakan bahawa tanah Palestin merupakan bumi milik seluruh umat Islam yang tidak boleh dijual sewenang-wenangnya. Usaha Herzl menemui kegagalan.

  
Adolf Hitler (1889-1945)
Foto: ahitler.greyfalcon.us 
Namun kekecewaan Herzl tidak berpanjangan. Pada tahun, berlakunya sebuah pembunuhan besar-besaran orang Yahudi yang dikenali sebagai Holoucost 
 sekitar tahun 1941 hingga 1945. Pembunuhan ini didalangi oleh Adolf Hitler yang merupakan pemimpin pertubuhan radikal Nazi di Jerman sewaktu perang dunia pertama bertujuan untuk menghapuskan etnik Yahudi dari bumi Eropah. Dianggarkan seramai  11 juta telah menjadi mangsa korban Holoucost. Peristiwa Holoucost ini telah dijadikan sebab utama oleh orang Yahudi untuk membenarkan tuntutan mereka bagi mendapatkan sebuah negara berdaulat di Palestin.

    Pembantaian Yahudi dalam peristiwa Holocoust telah mendapat simpati kerajaan Britain lalu mereka (kerajaan Britain) meluluskan satu deklarasi yang dikenali sebagai Deklarasi Balfour bersempena nama Setiausaha Luar kerajaan Britain ketika itu, Arthur Balfour yang memainkan peranan dalam perpindahan beramai-ramai bangsa Yahudi ke Palestin dari Britain. Beliau telah menulis sepucuk kepada Lord Rothschild, seorang tokoh dan penaja gerakan zionis bagi menyatakan persetujuan kerajaan Britain dalam menyokong penubuhan negara Israel. Surat yang ditulis pada 2 November 1917 adalah seperti berikut:

Deklarasi Balfour 1917

Pada tahun 1933 merupakan sbeuah detik bersejarah yang hitam bagi rakyat palestin kerana sebuah kapal yang membawa rombongan pertama rakyat Yahudi daripada Britain tiba di bumi Palestin.


Kedatangan Rakyat Yahudi ke Palestin
Gerakan pembebasan Palestin Serta Tokoh-tokohnya

   Rakyat Palestin telah melalui satu episode perjuangan yang panjang sejak 15 Mei 1948 iaitu hari tertegaknya sebuah negara haram bernama Islam. Sejak hari itu, rakyat Palestin tidak pernah sepi dalam memperjuangkan hak mereka dan mempertahankan negara Palestin yang telah dijajah oleh bangsa Yahudi Zionis. Pelbagai gerakan bersenjata atau politik telah ditubuhkan bagi memperjuangkan pembebasan bumi Palestin oleh rakyat Palestin yang terdiri daripada tokoh-tokoh ayng berkaliber, antaranya adalah:


              1)   Syeikh Amin Husaini Al-Haj

  -merupakan seorang ulama’ dan Mufti Al-Quds yang pertama pada tahun 1922

                               -    memperkuatkan kedudukan Majlis Tertinggi Syariah Palestin bagi menghadapi konspirasi Zionis

                              -   Membangkitkan semangat jihad umat Islam dengan mendedahkan perancangan Yahudi untuk merobohkan masjidil aqsa dan membina Haikal           Sulaiman

                            - Menganjurkan persidangan umat Islam sedunia di Baitulmaqdis pada tahun 1931 bagi memperjuangkan isu Palestin yang merupakan umat Islam sejagat

                           - Dilantik menjadi Datuk Bandar Baitulmaqdis pada tahun 1934

-                            -Mengeluarkan fatwa secara khusus tentang pengharaman  dalam penjualan         tanah kepada orang Yahudi dalam sebuah pertemuan pemimpin-pemimpin            Palestin pada tahun 1935

( Sumber: Kenapa Dunia Tidak Boleh Mengiktirafnya; Satu soroton sejarah oleh Hafidzi Mohd Noor )

Syeikh Izzudin Al-Qassam

             2)   Syeikh Izzuddin Al-Qassam dan Briged al-Qassam

                                     - Tokoh Palestin yang pertama yang menggerakkan penentangan                              bersenjata terhadap Israel

                           -Menubuhkan Briged Al-Qassam sebagai gerakan penentangan bersenjata terhadap Israel

                                  -Melatih sendiri tentera-tentera Briged al-Qassam dalam penggunaan senjata api dan strategi peperangan

                          -  Kematian beliau telah mencetuskan pemberontakan besar-besaran dari                  tahun 1936-1939

           - Briged al-Qassam merupakan sayap ketenteraan Palestin yang paling                    digeruni Israel

          - Anggota Briged al-Qassam juga berjaya mencipta roket jarak jauh buatan               sendiri yang boleh mensasar hingga ke bandar Haifa di isarel
Logo Briged al-Qassam

              3)   HAMAS


Logo HAMAS

                     -Nama gerakan ini adalah Gerakan Penentangan Islam ( Bahasa Melayu )

                  -Diasaskan oleh Syeikh Ahmad Yasin Ismail di Gaza (Ghazzah) pada tahun

                 -Pada asalnya merupakan cawangan pergerakan Ikhwanul Muslimin di Gaza

-                   -Merupakan gerakan yang menjadikan al-Quran dan AsSunnah sebagai                 panduan jemaah

          - Melancarkan intifadhah (kebangkitan) rakyat Palestin pada tahun

                -Bergerak sebagai sebuah pertubuhan politik dan kebajikan dan Briged al-            Qassam merupakan gerakan bersenjata di bawah pengawasan HAMAS.

 4)   Fatah


Logo Fatah

Fatah (B. Arab: فتح penaklukan) merupakan parti politik Palestin dan parti terbesar gabungan Pertubuhan Pembebasan Palestin. Presiden Pihak Berkuasa Palestin, Mahmoud Abbas berasal dari parti Fatah. Namun, Fatah tewas kepada Hamas dalam pilihanraya umum parlimen 2006.

"Fatah" merupakan singkatan songsang Harakat al-Tahrir al-Watani al-Filastini (حركة التحرير الوطني الفلسطيني) yang bermaksud Gerakan Pembebasan Kebangsaan Palestin. Parti ini ditubuhkan oleh bekas pemimpin penduduk Palestin, Yasser Arafat dan mempunyai askar militan. Abbas dan Fatah dilihat oleh pihak Barat sebagai pengaruh sederhana dalam lingkungan politik Palestin.

(Sumber: http://ms.wikipedia.org/wiki/Fatah )


5) Pertubuhan Pembebasan Rakyat Palestin
       
Logo PLO

Pertubuhan Pembebasan Palestin (bahasa Arab: منظمة التحرير الفلسطينية , bahasa Inggeris: Palestine Liberation Organization (PLO)) merupakan gabungan parti-parti di Palestin yang diiktiraf oleh Liga Arab sebagai wakil penduduk Palestin.[1]

Apabila ditubuhkan pada 1964, PLO berhasrat menghapuskan negara Israel melalui tindakan bersenjata. Piagam PLO pertama menekankan pemusnahan Israel, hak pulang ke Palestin serta kebebasan penduduk Palestin. Namun, PLO masa ini menegaskan penyelesaian konflik Arab-Israel melalui dua negara (two-state solution), yakni penubuhan negara Palestin bersempadan dengan Israel, dengan syarat-syarat seperti hak penduduk Palestin untuk kembali dan penetapan Baitulmuqaddis Timur sebagai ibu negara Palestin. [2]

Pada 1993, pengerusi PLO, Yasser Arafat, dalam surat rasmi kepada Perdana Menteri Israel, Yitzhak Rabin, telah mengiktiraf kedaulatan Israel. Israel lalu mengiktiraf PLO sebagai wakil penduduk Palestin yang sah. Arafat yang menyandang jawatan pengerusi Jawatankuasa eksekutif PLO sejak 1969 meninggal dunia pada 2004. Beliau digantikan oleh Mahmoud Abbas.

Menurut laporan Perkhidmatan Perisikan Jenayah Negara United Kingdom, PLO mempunyai aset bernilai sebanyak AS$8 bilion dan pendapatan tahunan sebanyak $1.5 bilion melalui dermaan, pemerasan, perdagangan senjata haram, pengedaran dadah, pemindahan wang haram, penipuan dan sebagainya. Akhbar harian Daily Telegraph dari UK juga menyatakan PLO mempunyai $50 bilion dalam pelaburan rahsia di seluruh dunia.[3]

PLO merupakan pemerhati dalam Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Untuk pembacaan lanjut sila kunjungi link website

Rabu, 16 Julai 2014

Hujah Menangkis Dakwaan Yahudi akan Ketuanan Mereka Terhadap Palestin

 Perbincangan Palestin oleh Dr. Ahmad Thoha Ridhwan

    Dr. Ahmad Thoha Ridhwan merupakan pensyarahku berketurunan Mesir bagi subjek Ta’bir (penulisan Bahasa Arab) ketika aku menjalani semester 4 di Ma’ahad Lugothul Arabiah (Pusat Pengajian Bahasa Arab), Universiti Islam Madinah (UIM). Isu Palestin merupakan sebahagian dari sukatan pelajaran bagi subjek ta’bir semester 4 di Ma’ahad Lughoh, UIM. 

Sekadar Hiasan
    Beliau telah menceritakan tentang sejarah Palestin secara panjang lebar bermula dari sejarah penempatan awal bumi Palestin oleh bangsa Arab keturunan Kan’aan sehinggalah ke penjajahan bumi Palestin oleh Zionis Israel sejak tahun 1948M. Penyampaian beliau yang cukup menarik serta kefasihan beliau dalam menyampaikan perbincangannya dengan bahasa Arab yang fasih memukau setiap hadirin yang mendengar. 

     Antara penyampaiannya yang menarik perhatian penulis adalah berkenaan hujah orang Islam bagi mematahkan dakwaan bangsa Yahudi yang mendakwa bumi Palestin adalah hak mereka untuk didiami. Dr. Thoha menerangkan bahawa hujah orang Yahudi boleh dipatahkan melalui dua hujah iaitu dari segi fakta sejarah penempatan awal bumi Palestin dan nas-nas dari Al-Quran dan Hadith yang menceritakan tentang ketidaklayakan bangsa Yahudi mendiami dan memerintah bumi Palestin akibat kegagalan mereka meneruskan legasi yang ditinggalkan Nabi Ya’akub alaihissalam.

Hujah Pertama

( SUMBER: www.cliomusings.com )
Penduduk Yahudi bukanlah golongan yang pertama yang membuka penempatan di bumi Palestin sebagaimana dakwaan mereka. Hakikatnya, sebuah bangsa berketurunan Arab bernama Kan’aan telah dicatat dalam lembaran sejarah sebagai golongan penempatan awal di bumi Palestin. Mereka telah berhijrah ke Palestin seawal 4000 tahun yang dulu. Bangsa Kanaan berasal dari suku Filistin yang mendiami kawasan tersebut malah terdapat dalam kalangan mereka berkahwin dengan orang Arab. Maka bangsa Filistin merupakan bangsa bukan Arab yang telah diarabkan. Bangsa Kanaan telah memakmurkan bumi Palestin semenjak 1500 tahun yang lampau sebelum kedatangan kaum Israel ke Palestin.

Penghijrahan Bani Israel Ke Bumi Kan'an Di era Nabi Musa
( Sumber: http://www.lovely0smile.com/Msg-3846.html )
Hujah Kedua

    Penduduk Yahudi berasal daripada silsilah keturunan Nabi Ya’kub alaihissalam yang jua dikenali sebagai Israel. Nabi Ya’kub pernah menyatakan kepada anak-anaknya bahawa bumi Palestin hanya akan diduduki oleh mereka yang mempunyai pegangan Tauhid yang betul. Dalam erti kata lain, mereka yang akan terus mendiami dan memerintah Palestin terdiri daripada mereka yang beragama Islam. Hal ini dapat dilihat pada wasiat Nabi Ibrahim dan Nabi Ya’kub kepada anak-anak mereka seperti mana yang diceritakan dalam Al-Quran:


 (ayat 132 dan 133, surah Al-Baqarah)

Syarat ini juga dicerita kan dalam beberapa ayat yang lain iaitu 


(ayat 21, surah Al-Maidah)

 ayat 72 surah Yunus, 

ayat 128 surah al-Baqarah


Namun malangnya, orang Yahudi tidak menunaikan amanah yang diberikan kepada mereka dengan sebaiknya malah mereka bertindak dengan melakukan kerosakan di muka bumi. Oleh itu, mereka bangsa Yahudi dibinasakan sebanyak dua kali sebagaimana yang disebut dalam surah al-Isra’, ayat 4 hingga 8





Menurut catatan sejarah, bangsa Yahudi telah dibinasakan buat kali pertama oleh Raja Nebuchadnezzar, yang merupakan pemerintah kerajaan Babylon manakala mereka telah dihancurkan buat kali kedua oleh kerajaan Byzantine yang berpusat di Rom. Bahkan, bangsa Yahudi telah memerintah hanya beberapa bahagian dari bumi Palestin (bukan semuanya) dan untuk selama empat kurun sahaja iaitu dari tahun 1000 hingga 586 sebelum Masihi. Pemerintahan mereka telah hancur sebagaimana yang telah berlaku kepada kerajaan Assyiria, Kerajaan Firaun, Greek dan Roman, sedangkan penduduk asal Palestin terus kekal di situ. Manakala pemerintahan Islam pula merupakan kerajaan yang paling lama dalam sejarah Palestin iaitu selama 1200 tahun (636-1917 M) terus menerus kecuali satu gangguan dari pemerintahan Salib yang singkat s elama 90 tahun.
 Bagi mendapatkan penjelasan lanjut sila buka link di bawah.
Artikel bertajuk : Siapakah yang lebih berhak terhadap Bumi Palestin??
(Sumber:  http://palestinkini.info/?p=560 )

Artikel bertajuk: Sejarah Kemusnahan Banga Yahudi: Bila dan Bagaimana??

Link website: http://www.haluan.org.my/v5/index.php/palestin/sejarah-a-fakta/1250-kemusnahan-bangsa-yahudi-sebanyak-dua-kali-bila-dan-bagaimana


Isu Palestin: Sejauh Manakah Kesungguhan Kita Terhadap Sebuah Perjuangan!!

Isu Palestin, Kini Heboh Kembali        

Sumber: ( huseinrider.blogspot.com )
                                 
Gaza Diserang!!

Gaza under attack!!

Ratusan Terbunuh, Ribuan Cedera Parah!!

    Begitulah sebahagian tajuk-tajuk utama yang terpampang di dada-dada akhbar mutakhir ini. Isu Palestin bergema kembali setelah menyepi sekian lama. Di laman media sosal, tidak kurang rancaknya penceritaan berkenaan peristiwa wilayah Gaza atau Ghazzah yang diserang oleh rejim Israel baru-baru ini. Statistik berkenaan jumlah korban akibat serangan Israel dikemaskini hampir setiap masa menerusi melalui Facebook, Twitter, Youtube, Instagram, Whatassp sama ada daripada orang perseorangan mahupun NGO yang menyalurkan bantuan kemanusian kepada rakyat. Bahkan sebahagiannya menzahirkan solidariti mereka terhadap perjuangan rakyat Palestin dengan menukar profile picture Facebook mereka dengan imej-imej yang menggambarkan aspirasi perjuangan rakyat Palestin. Namun, persoalannya, apakah tindakan kita dalam menyokong rakyat Palestin melalui laman media sosial sudah memadai?? Adakah ia hanya sokongan yang bermusim?? Tepuk Dada, Tanyalah Iman.

(Sumber: http://www.firstcovers.com/)
Kedudukan Palestin Di Peta Dunia

Peta Negara Palestin ( www.dakwatuna.com )

    Negara Palestin terletak di wilayah Timur Tengah, Asia. Ianya bersempadan dengan negara Mesir, Syria, Jordan, dan Lubnan. Ia juga terletak berhampiran dengan laut Mediterranean dann Laut Merah. Namun, malangnya peta negara Palestin telah dipadam dari peta dunia sejak penubuhan negara haram Israel pada tahun 1948.

Peta Israel Semenjak penubuhannya pada 1948

Kelebihan Bumi Palestin Dalam Islam

1  1)   Sebuah bumi yang telah diberkati oleh Allah

(Surah al-Isra', ayat 1)

(Surah Saba', ayat 18)

(Surah al-Anbiyaa, ayat 81)

(Surah al-Anbiyaa 71)
(Surah al-A'raaf, ayat 137)
(Surah al-Maidah, ayat 21)
(Surah al-Mu'minun, ayat 50)

               2)   Bumi yang pernah didiami oleh para Nabi dan Rasul

 -Nabi Ibrahim alaihissalam

 -Nabi Yaakob alaihissalam

 - Nabi Ishaq alaihissalam

 -Nabi Yusuf alaihissalam

 -Nabi Zakaria alaihissalam

 -Nabi Sulaiman alahissalam

 -Nabi Isa alaihissalam

 -Nabi Yahya alaihissalam

               3)   Bumi yang menjadi bukti penyaksian bagi perjalanan Isra’ dan Mi’raj                     Nabi Muhammad sollahualaiwassalam


     (Surah al-Isra’ ayat 1)

4)   Bumi dimana terletaknya Masjidil Aqsa yang merupakan kiblat pertama umat Islam.

Masjidil Aqsa ( dalam bulatan )

 Pada tahun 2H, Nabi Muhammad sollhualaihiwassalam diperintahkan untuk solat menghadap Masjidil Haram, Makkah


          (Surah al-Baqarah, ayat 144)

1         5)   Keutamaan menziarahi Masjidil Aqsa ketika bermusafir bagi tujuan ibadah

\
“ Janganlah kalian bersungguh-sungguh untuk merantau (bagi tujuan ibadah) melainkan (dengan mengunjungi) ke tiga buah masjid iaitu Masjidil Haram (Mekah), Masjidil Nabawi (Madinah), Masjidil Aqsa (Baitulmaqdis).

1             6)   Kelebihan mengerjakan solat di Masjidil Aqsa
     
Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai kelebihan bumi palestin sila kunjungi link website yang tertera di bawah:



Kejatuhan Khilafah Turki Uthmaniyyah


   Isu Palestin bukanlah satu isu yang baru. Konflik di Palestin telahpun bermula sejak penubuhan negara Israel pada tahun 1948 bahkan sebahagian pihak berpendapat bahawa ianya telah tercetus sejak runtuhnya khilafah islamiyyah Uthmaniyyah yang berpusat di Istanbul, Turki sekitar tahun 1924.

   Kesan kejatuhan khilafah uthmaniyyah telah mengakibatkan satu persatu negeri yang merupakan wilayah jajahan dan naungannya terlepas ke tangan pihak penjajah asing yang datang dari benua Eropah. Perancis telah berjaya menguasai wilayah Syam dan sebahagian besar wilayah utara benua Afrika, Itali menguasai Libya dan Tunisia, manakala negeri-negeri di semenanjung Arab pula dikuasai oleh British. Akhirnya, negeri-negeri yang pernah menjadi wilayah naungan mahupun jajahan khilafah Turki Uthmaniyyah ini telah dipecahkan menjadi negara-negara yang lebih kecil seperti Mesir, Arab Saudi,  Syria, Palestin, Lubnan, Jordan, Yemen, Oman, Emiriah Arab Bersatu, Qatar, Bahrain, Kuwait, Iraq, Iran, Libya, Algeria, Tunisia, Maghribi. 

Negara-negara Arab

     Pemecahan ini merupakan usaha pihak penjajah yang didalangi oleh British dan Perancis dalam usaha melemahkan khilafah Turki Uthmaniyyah. Setiap wilayah tersebut menuntut kemerdekaan daripada khilafah dan diberikan kuasa autonomi bagi mentadbir negara sendiri serta dibebaskan daripada cengkaman dan kongkongan khilafah Uthmaniyyah. Kekalahan pihak Jerman dimana Turki Uthmaniyyah berpihak kepadanya dalam Perang Dunia Pertama menguatkan lagi hasrat mereka kepada Turki Uthmaniyyah untuk diberikan kemerdekaan bagi setiap tanah jajahannya. Kesannya, Turki Uthmaniyyah hanya berkuasa di kawasan Istanbul dan sekitarnya. Bumi Palestin turut terkena tempiasnya. Akhirnya bumi Palestin telah diletakkan dibawah pemerintahan British dan dikenali sebagai jajahan takluk British. Maka bermulalah episod hitam bagi Palestin. 


Khalifah Yang Dipinggirkan

Sultan Abdul Hamid II

      Barangkali ramai dalam kalangan kita yang tidak mengenali nama tokoh. Sekiranya nama ini pernah didengar mahupun dibaca di buku, rata-ratanya akan menggambarkan susuk tubuh dengan gambaran yang buruk. Beliau digambarkan sebagai seorang pemerintah berkuku besi, yang berbuat zalim terhadap rakyatnya, dan pelbagai tohmahan liar lain yang ditohmahkan kepada beliau. Namun hakikatnya, Sultan Abdul Hamid II mempunyai keperibadian yang baik malah beliau dianggap sebagai hero benteng terakhir umat Islam dalam mempertahankan bumi Palestin dari dijajah oleh bangsa Yahudi. Masih segar dalam memori rakyat Palestin akan ketegasan beliau dalam menolak tawaran sekumpulan hartawan Yahudi yang mahu membeli sebidang tanah di Palestin. Kata-kata baginda berbunyi seperti berikut:


      Malangnya, tidak sedikit pun jasa dan pengorbanan beliau dihargai oleh pemimpin-pemimpin khalifah Uthmaniyyah bahkan suatu komplot bagi menggulingkan khalifah telah dijalankan dan diketuai oleh Mustafa Kamal, bekas panglima tentera Turki Uthmaniyyah lalu beliau dibuang negeri dari Turki. 

Sultan Abdul Hamid II sewaktu diusir oleh Mustafa Kamal
Untuk pembacaan lebih lanjut, sila baca artikel karangan Ustaz Hasrizal Abdul Jamil di link tertera: 


    Kronologi Sejarah Penjajahan Palestin