Bila Tuhan Berbicara..

Bila Tuhan Berbicara..

Khamis, 17 Julai 2014

Palestin: Menelusuri Sejarah Penjajahannya Oleh Israel

Gerakan Zionis dan Israel Raya

Kongres Zionis 1897 (kiri), Theodor Herzl, pengasas Geraklan Zionis (kanan)


     Bangsa Yahudi telah lama memendam cita-cita untuk menubuhkan sebuah negara Yahudi yang berdaulat dan merdeka. Oleh yang sedemikian, sebuah gerakan rasmi telah ditubuhkan di Basle dalam sebuah kongres yang dihadiri oleh pemimpin-pemimpin Yahdudi dari serata dunia pada tahun 1897 yang dikenali sebagai Gerakan Zionis yang diasaskan oleh seorang wartawan Yahudi dari Hungary iaitu Theodor Herzl. Hasil dari kongres tersebut, mereka memutuskan bahawa matlamat utama gerakan itu adalah untuk menubuhkan sebuah negara Yahudi dan sah di Palestin, dikenali sebagai Israel Raya walaupun pada asalnya Herzl mencadangkan negara Israel itu didirikan sama ada di Uganda, Cyprus, atau Argentina. 

Lakaran peta Israel Raya

Bahkan, sempadan negara Israel Raya mereka turut merangkumi kawasan negara Iraq di sebelahTimur, sebahagian besar negara Mesir di sebelah Barat, kawasan Syria, Luban di Utara dan kawasan Jordan hingga ke Madinah Munawwarah di sebelah selatan. Tambahan pula, mereka mahu merobohkan Masjidil Aqsa lalu menggantikannya dengan Haikal Sulaiman atau Kuil Sulaiman yang merupakan tempat ibadat orang Yahudi satu ketika dahulu.

Add caption
  Holocoust & Deklarasi Balfour 
                                                                    
   Pada tahun, Khalifah Sultan Abdul Hamid II telah didatangi oleh sekumpulan orang Yahudi yang diketuai oleh Theodor Herzl bagi menawarkan untuk membeli sebidang tanah di Palestin dengan harga yang cukup tinggi bertujuan untuk membuka penempatan Yahudi. Namun, tawaran itu telah ditolak dengan tegas oleh khalifah kerana beliau mengatakan bahawa tanah Palestin merupakan bumi milik seluruh umat Islam yang tidak boleh dijual sewenang-wenangnya. Usaha Herzl menemui kegagalan.

  
Adolf Hitler (1889-1945)
Foto: ahitler.greyfalcon.us 
Namun kekecewaan Herzl tidak berpanjangan. Pada tahun, berlakunya sebuah pembunuhan besar-besaran orang Yahudi yang dikenali sebagai Holoucost 
 sekitar tahun 1941 hingga 1945. Pembunuhan ini didalangi oleh Adolf Hitler yang merupakan pemimpin pertubuhan radikal Nazi di Jerman sewaktu perang dunia pertama bertujuan untuk menghapuskan etnik Yahudi dari bumi Eropah. Dianggarkan seramai  11 juta telah menjadi mangsa korban Holoucost. Peristiwa Holoucost ini telah dijadikan sebab utama oleh orang Yahudi untuk membenarkan tuntutan mereka bagi mendapatkan sebuah negara berdaulat di Palestin.

    Pembantaian Yahudi dalam peristiwa Holocoust telah mendapat simpati kerajaan Britain lalu mereka (kerajaan Britain) meluluskan satu deklarasi yang dikenali sebagai Deklarasi Balfour bersempena nama Setiausaha Luar kerajaan Britain ketika itu, Arthur Balfour yang memainkan peranan dalam perpindahan beramai-ramai bangsa Yahudi ke Palestin dari Britain. Beliau telah menulis sepucuk kepada Lord Rothschild, seorang tokoh dan penaja gerakan zionis bagi menyatakan persetujuan kerajaan Britain dalam menyokong penubuhan negara Israel. Surat yang ditulis pada 2 November 1917 adalah seperti berikut:

Deklarasi Balfour 1917

Pada tahun 1933 merupakan sbeuah detik bersejarah yang hitam bagi rakyat palestin kerana sebuah kapal yang membawa rombongan pertama rakyat Yahudi daripada Britain tiba di bumi Palestin.


Kedatangan Rakyat Yahudi ke Palestin
Gerakan pembebasan Palestin Serta Tokoh-tokohnya

   Rakyat Palestin telah melalui satu episode perjuangan yang panjang sejak 15 Mei 1948 iaitu hari tertegaknya sebuah negara haram bernama Islam. Sejak hari itu, rakyat Palestin tidak pernah sepi dalam memperjuangkan hak mereka dan mempertahankan negara Palestin yang telah dijajah oleh bangsa Yahudi Zionis. Pelbagai gerakan bersenjata atau politik telah ditubuhkan bagi memperjuangkan pembebasan bumi Palestin oleh rakyat Palestin yang terdiri daripada tokoh-tokoh ayng berkaliber, antaranya adalah:


              1)   Syeikh Amin Husaini Al-Haj

  -merupakan seorang ulama’ dan Mufti Al-Quds yang pertama pada tahun 1922

                               -    memperkuatkan kedudukan Majlis Tertinggi Syariah Palestin bagi menghadapi konspirasi Zionis

                              -   Membangkitkan semangat jihad umat Islam dengan mendedahkan perancangan Yahudi untuk merobohkan masjidil aqsa dan membina Haikal           Sulaiman

                            - Menganjurkan persidangan umat Islam sedunia di Baitulmaqdis pada tahun 1931 bagi memperjuangkan isu Palestin yang merupakan umat Islam sejagat

                           - Dilantik menjadi Datuk Bandar Baitulmaqdis pada tahun 1934

-                            -Mengeluarkan fatwa secara khusus tentang pengharaman  dalam penjualan         tanah kepada orang Yahudi dalam sebuah pertemuan pemimpin-pemimpin            Palestin pada tahun 1935

( Sumber: Kenapa Dunia Tidak Boleh Mengiktirafnya; Satu soroton sejarah oleh Hafidzi Mohd Noor )

Syeikh Izzudin Al-Qassam

             2)   Syeikh Izzuddin Al-Qassam dan Briged al-Qassam

                                     - Tokoh Palestin yang pertama yang menggerakkan penentangan                              bersenjata terhadap Israel

                           -Menubuhkan Briged Al-Qassam sebagai gerakan penentangan bersenjata terhadap Israel

                                  -Melatih sendiri tentera-tentera Briged al-Qassam dalam penggunaan senjata api dan strategi peperangan

                          -  Kematian beliau telah mencetuskan pemberontakan besar-besaran dari                  tahun 1936-1939

           - Briged al-Qassam merupakan sayap ketenteraan Palestin yang paling                    digeruni Israel

          - Anggota Briged al-Qassam juga berjaya mencipta roket jarak jauh buatan               sendiri yang boleh mensasar hingga ke bandar Haifa di isarel
Logo Briged al-Qassam

              3)   HAMAS


Logo HAMAS

                     -Nama gerakan ini adalah Gerakan Penentangan Islam ( Bahasa Melayu )

                  -Diasaskan oleh Syeikh Ahmad Yasin Ismail di Gaza (Ghazzah) pada tahun

                 -Pada asalnya merupakan cawangan pergerakan Ikhwanul Muslimin di Gaza

-                   -Merupakan gerakan yang menjadikan al-Quran dan AsSunnah sebagai                 panduan jemaah

          - Melancarkan intifadhah (kebangkitan) rakyat Palestin pada tahun

                -Bergerak sebagai sebuah pertubuhan politik dan kebajikan dan Briged al-            Qassam merupakan gerakan bersenjata di bawah pengawasan HAMAS.

 4)   Fatah


Logo Fatah

Fatah (B. Arab: فتح penaklukan) merupakan parti politik Palestin dan parti terbesar gabungan Pertubuhan Pembebasan Palestin. Presiden Pihak Berkuasa Palestin, Mahmoud Abbas berasal dari parti Fatah. Namun, Fatah tewas kepada Hamas dalam pilihanraya umum parlimen 2006.

"Fatah" merupakan singkatan songsang Harakat al-Tahrir al-Watani al-Filastini (حركة التحرير الوطني الفلسطيني) yang bermaksud Gerakan Pembebasan Kebangsaan Palestin. Parti ini ditubuhkan oleh bekas pemimpin penduduk Palestin, Yasser Arafat dan mempunyai askar militan. Abbas dan Fatah dilihat oleh pihak Barat sebagai pengaruh sederhana dalam lingkungan politik Palestin.

(Sumber: http://ms.wikipedia.org/wiki/Fatah )


5) Pertubuhan Pembebasan Rakyat Palestin
       
Logo PLO

Pertubuhan Pembebasan Palestin (bahasa Arab: منظمة التحرير الفلسطينية , bahasa Inggeris: Palestine Liberation Organization (PLO)) merupakan gabungan parti-parti di Palestin yang diiktiraf oleh Liga Arab sebagai wakil penduduk Palestin.[1]

Apabila ditubuhkan pada 1964, PLO berhasrat menghapuskan negara Israel melalui tindakan bersenjata. Piagam PLO pertama menekankan pemusnahan Israel, hak pulang ke Palestin serta kebebasan penduduk Palestin. Namun, PLO masa ini menegaskan penyelesaian konflik Arab-Israel melalui dua negara (two-state solution), yakni penubuhan negara Palestin bersempadan dengan Israel, dengan syarat-syarat seperti hak penduduk Palestin untuk kembali dan penetapan Baitulmuqaddis Timur sebagai ibu negara Palestin. [2]

Pada 1993, pengerusi PLO, Yasser Arafat, dalam surat rasmi kepada Perdana Menteri Israel, Yitzhak Rabin, telah mengiktiraf kedaulatan Israel. Israel lalu mengiktiraf PLO sebagai wakil penduduk Palestin yang sah. Arafat yang menyandang jawatan pengerusi Jawatankuasa eksekutif PLO sejak 1969 meninggal dunia pada 2004. Beliau digantikan oleh Mahmoud Abbas.

Menurut laporan Perkhidmatan Perisikan Jenayah Negara United Kingdom, PLO mempunyai aset bernilai sebanyak AS$8 bilion dan pendapatan tahunan sebanyak $1.5 bilion melalui dermaan, pemerasan, perdagangan senjata haram, pengedaran dadah, pemindahan wang haram, penipuan dan sebagainya. Akhbar harian Daily Telegraph dari UK juga menyatakan PLO mempunyai $50 bilion dalam pelaburan rahsia di seluruh dunia.[3]

PLO merupakan pemerhati dalam Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Untuk pembacaan lanjut sila kunjungi link website

Tiada ulasan:

Catat Ulasan