Bila Tuhan Berbicara..

Bila Tuhan Berbicara..

Rabu, 16 Julai 2014

Isu Palestin: Sejauh Manakah Kesungguhan Kita Terhadap Sebuah Perjuangan!!

Isu Palestin, Kini Heboh Kembali        

Sumber: ( huseinrider.blogspot.com )
                                 
Gaza Diserang!!

Gaza under attack!!

Ratusan Terbunuh, Ribuan Cedera Parah!!

    Begitulah sebahagian tajuk-tajuk utama yang terpampang di dada-dada akhbar mutakhir ini. Isu Palestin bergema kembali setelah menyepi sekian lama. Di laman media sosal, tidak kurang rancaknya penceritaan berkenaan peristiwa wilayah Gaza atau Ghazzah yang diserang oleh rejim Israel baru-baru ini. Statistik berkenaan jumlah korban akibat serangan Israel dikemaskini hampir setiap masa menerusi melalui Facebook, Twitter, Youtube, Instagram, Whatassp sama ada daripada orang perseorangan mahupun NGO yang menyalurkan bantuan kemanusian kepada rakyat. Bahkan sebahagiannya menzahirkan solidariti mereka terhadap perjuangan rakyat Palestin dengan menukar profile picture Facebook mereka dengan imej-imej yang menggambarkan aspirasi perjuangan rakyat Palestin. Namun, persoalannya, apakah tindakan kita dalam menyokong rakyat Palestin melalui laman media sosial sudah memadai?? Adakah ia hanya sokongan yang bermusim?? Tepuk Dada, Tanyalah Iman.

(Sumber: http://www.firstcovers.com/)
Kedudukan Palestin Di Peta Dunia

Peta Negara Palestin ( www.dakwatuna.com )

    Negara Palestin terletak di wilayah Timur Tengah, Asia. Ianya bersempadan dengan negara Mesir, Syria, Jordan, dan Lubnan. Ia juga terletak berhampiran dengan laut Mediterranean dann Laut Merah. Namun, malangnya peta negara Palestin telah dipadam dari peta dunia sejak penubuhan negara haram Israel pada tahun 1948.

Peta Israel Semenjak penubuhannya pada 1948

Kelebihan Bumi Palestin Dalam Islam

1  1)   Sebuah bumi yang telah diberkati oleh Allah

(Surah al-Isra', ayat 1)

(Surah Saba', ayat 18)

(Surah al-Anbiyaa, ayat 81)

(Surah al-Anbiyaa 71)
(Surah al-A'raaf, ayat 137)
(Surah al-Maidah, ayat 21)
(Surah al-Mu'minun, ayat 50)

               2)   Bumi yang pernah didiami oleh para Nabi dan Rasul

 -Nabi Ibrahim alaihissalam

 -Nabi Yaakob alaihissalam

 - Nabi Ishaq alaihissalam

 -Nabi Yusuf alaihissalam

 -Nabi Zakaria alaihissalam

 -Nabi Sulaiman alahissalam

 -Nabi Isa alaihissalam

 -Nabi Yahya alaihissalam

               3)   Bumi yang menjadi bukti penyaksian bagi perjalanan Isra’ dan Mi’raj                     Nabi Muhammad sollahualaiwassalam


     (Surah al-Isra’ ayat 1)

4)   Bumi dimana terletaknya Masjidil Aqsa yang merupakan kiblat pertama umat Islam.

Masjidil Aqsa ( dalam bulatan )

 Pada tahun 2H, Nabi Muhammad sollhualaihiwassalam diperintahkan untuk solat menghadap Masjidil Haram, Makkah


          (Surah al-Baqarah, ayat 144)

1         5)   Keutamaan menziarahi Masjidil Aqsa ketika bermusafir bagi tujuan ibadah

\
“ Janganlah kalian bersungguh-sungguh untuk merantau (bagi tujuan ibadah) melainkan (dengan mengunjungi) ke tiga buah masjid iaitu Masjidil Haram (Mekah), Masjidil Nabawi (Madinah), Masjidil Aqsa (Baitulmaqdis).

1             6)   Kelebihan mengerjakan solat di Masjidil Aqsa
     
Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai kelebihan bumi palestin sila kunjungi link website yang tertera di bawah:



Kejatuhan Khilafah Turki Uthmaniyyah


   Isu Palestin bukanlah satu isu yang baru. Konflik di Palestin telahpun bermula sejak penubuhan negara Israel pada tahun 1948 bahkan sebahagian pihak berpendapat bahawa ianya telah tercetus sejak runtuhnya khilafah islamiyyah Uthmaniyyah yang berpusat di Istanbul, Turki sekitar tahun 1924.

   Kesan kejatuhan khilafah uthmaniyyah telah mengakibatkan satu persatu negeri yang merupakan wilayah jajahan dan naungannya terlepas ke tangan pihak penjajah asing yang datang dari benua Eropah. Perancis telah berjaya menguasai wilayah Syam dan sebahagian besar wilayah utara benua Afrika, Itali menguasai Libya dan Tunisia, manakala negeri-negeri di semenanjung Arab pula dikuasai oleh British. Akhirnya, negeri-negeri yang pernah menjadi wilayah naungan mahupun jajahan khilafah Turki Uthmaniyyah ini telah dipecahkan menjadi negara-negara yang lebih kecil seperti Mesir, Arab Saudi,  Syria, Palestin, Lubnan, Jordan, Yemen, Oman, Emiriah Arab Bersatu, Qatar, Bahrain, Kuwait, Iraq, Iran, Libya, Algeria, Tunisia, Maghribi. 

Negara-negara Arab

     Pemecahan ini merupakan usaha pihak penjajah yang didalangi oleh British dan Perancis dalam usaha melemahkan khilafah Turki Uthmaniyyah. Setiap wilayah tersebut menuntut kemerdekaan daripada khilafah dan diberikan kuasa autonomi bagi mentadbir negara sendiri serta dibebaskan daripada cengkaman dan kongkongan khilafah Uthmaniyyah. Kekalahan pihak Jerman dimana Turki Uthmaniyyah berpihak kepadanya dalam Perang Dunia Pertama menguatkan lagi hasrat mereka kepada Turki Uthmaniyyah untuk diberikan kemerdekaan bagi setiap tanah jajahannya. Kesannya, Turki Uthmaniyyah hanya berkuasa di kawasan Istanbul dan sekitarnya. Bumi Palestin turut terkena tempiasnya. Akhirnya bumi Palestin telah diletakkan dibawah pemerintahan British dan dikenali sebagai jajahan takluk British. Maka bermulalah episod hitam bagi Palestin. 


Khalifah Yang Dipinggirkan

Sultan Abdul Hamid II

      Barangkali ramai dalam kalangan kita yang tidak mengenali nama tokoh. Sekiranya nama ini pernah didengar mahupun dibaca di buku, rata-ratanya akan menggambarkan susuk tubuh dengan gambaran yang buruk. Beliau digambarkan sebagai seorang pemerintah berkuku besi, yang berbuat zalim terhadap rakyatnya, dan pelbagai tohmahan liar lain yang ditohmahkan kepada beliau. Namun hakikatnya, Sultan Abdul Hamid II mempunyai keperibadian yang baik malah beliau dianggap sebagai hero benteng terakhir umat Islam dalam mempertahankan bumi Palestin dari dijajah oleh bangsa Yahudi. Masih segar dalam memori rakyat Palestin akan ketegasan beliau dalam menolak tawaran sekumpulan hartawan Yahudi yang mahu membeli sebidang tanah di Palestin. Kata-kata baginda berbunyi seperti berikut:


      Malangnya, tidak sedikit pun jasa dan pengorbanan beliau dihargai oleh pemimpin-pemimpin khalifah Uthmaniyyah bahkan suatu komplot bagi menggulingkan khalifah telah dijalankan dan diketuai oleh Mustafa Kamal, bekas panglima tentera Turki Uthmaniyyah lalu beliau dibuang negeri dari Turki. 

Sultan Abdul Hamid II sewaktu diusir oleh Mustafa Kamal
Untuk pembacaan lebih lanjut, sila baca artikel karangan Ustaz Hasrizal Abdul Jamil di link tertera: 


    Kronologi Sejarah Penjajahan Palestin






Tiada ulasan:

Catat Ulasan