Bila Tuhan Berbicara..

Bila Tuhan Berbicara..

Rabu, 30 Oktober 2013

Haji: Sebuah Kembara Mencari Redha Tuhan 2


Bahagian 2

Persiapan Haji



Mat: “ Bro, nape ko asyik sibuk ikut ceramah kursus haji sana sini. Kite redah je buat haji itu. Xyah nak ikut kursus haji sangatla!”

Abu: “ Hmm, ok je lau ko nak wat haji pakai redah je tapi ko nak haji ko diterima  x??”

Mat: “ Mestilah nak haji mabrur bro. lau x wat penat je kite wat haji kan”

Abu: “ Hah, taw pun nak haji mabrur. Tapi ko igt ko nak redah je boleh dapat        haji mabrur?? Kalau kita main redah je tanpa belajar dulu pasal cara    nak wat Haji, macam kita nak wat haji tu? Apa yang kita perlu buat sewaktu haji? Apa yang kita perlu jauhkan waktu haji? Tempat mana nak dituju sewaktu haji? Ini antara soalan yang kita kena pikir sebelum nak wat haji nanti..

Mat: “ Hmmm, a’ah kan. Btol jugak cakap ko tu. Baru aku terpikir. Nak kejar haji mabrur konon, tapi satu perkara pasal cara nak wat haji un xtw..aisemen, ini kali la.. Terima kasih banyakla ustaz igtkan ak pasal ini. Lau x, ak main hantam keromo je haji ak nnt”

Abu: “Xyah ko nk panggil ak ustaz. Ak ne un baru nak belajar jugak. Dah2,
jom kita gi kursus haji di masjid”

Mat: “ ceh2, merendah diri plak kwn kite ne..Jom2”



   Begitulah perbualan ringkas antara Ahmad dan Abdullah. Ahmad yang pada mulanya ragu-ragu untuk menghadiri kursus haji anjuran masjid kariah mereka akhirnya memutuskan untuk mnyertainya setelah diyakinkan oleh Abdullah akan pentingnya persedian sebelum haji.

Persoalannya penting ke kursus haji? Kalau ingin tahu adakah ia suatu penting atau sebaliknya, maka cuba renungi soalan-soalan yang tertera:

    Apakah syarat yang mewajibkan individu menunaikan Haji?

        Apakah rukun Haji? Wuquf, Sai’e, Cukur, Ihram, tawaf, apakah ini semua? Kalau ditinggalkan, apakah akibatnya?

      Apakah perkara2 wajib Haji? Niat Ihram di Miqat? Melontar jamrah? Mabit di Mudzalifah? Tawaf selamat tinggal? Kalau xdilakukan apa pula kesannya pada haji kita?

         Apakah perkara2 larangan sewaktu pelaksanaan Haji? Apa yang boleh dan tidak boleh buat sewaktu Haji?

        Dimana tempat yang harus dituju dan ketika bila?

Aduh banyak persoalan2 yang perlu difikirkan. Sekiranya seseorang berhasrat mahu mengembara ke sesuatu destinasi yang ditujui, pastinya dia perlu merancang perjalanannya dengan sebaiknya. Latar belakang destinasi, kos penginapan, tambang penerbangan, wang saku untuk makanan, agen
Kapal Terbang untuk Jemaah Haji Malaysia
syarikat pelancongan adalah antara perkara2 yang perlu difikirkan sebelum memulakan pengembaraannya. Demikian juga dengan perjalanan ibadah Haji. Namun ibadah Haji tidak hanya meliputi perkara2 sekitar kelancaran pengembaraan seperti  tiket penerbangan dan penginapan bahkan ia merangkumi aspek2 kerohanian/ tuntutan agama. Hal ini demikian kerana perjalanan Haji merupakan perjalanan ibadah yang bertujuan untuk mengesakan Allah dalam melaksanakan perintah-Nya dan meninggalkan larangan-Nya.







Kursus Haji  Pelajar Madinah 2013 bersama Ustaz Abal Khair



Alhamdulillah, kami para pelajar di Madinah berpeluang menyertai kursus persediaan Haji yang dianjurkan oleh Persatuan Pelajar Malaysia Arab Saudi cawangan Madinah. Kursus haji tersebut telah disampaikan oleh dua orang pelajar Sarjana Pengajian Bahasa Arab di Universiti Islam Madinah, iaitu Ustaz Rosyimie Abdullah dan Ustaz Abal Khair bertempat di  masjid
Masjid Universiti Islam Madinah
universiti Islam Madinah. Di samping menghadiri kursus Haji anjuran persatuan pelajar Madinah, penulis juga membeli beberapa buah kitab berkenaan Haji sebagai rujukan dan bacaan tambahan sebagai persiapan mengerjakan haji nanti.Di Malaysia, menjadi suatu kebiasaan dimana setiap tahun akan dianjurkan kursus Haji buat rakyat Malaysia yang terpilih untuk berangkat ke Mekah sama ada dianjurkan oleh Lembaga Tabung Haji Malaysia mahupun agensi2 syarikat pelancongan yang mengendalikan ibadah umrah mahupun Haji. Dengan penganjuran kursus Haji setiap tahun, bakal2 jemaah mendapat pencerahan yang sewajarnya mengenai tatacara pelaksanaan ibadah Haji yang disampaikan oleh para2 pembimbing haji yang berwibawa, berpengalaman, dan bertauliah.



Antara Kitab Rujukan Haji 1435




Kempen Haji Dengan "Tasrih"



 Saban tahun, pastinya ada isu-isu berbangkit yang menggamit suasana ibadah Haji. Daripada sekecil-kecil isu hinggalah ke sebesar-besar isu. Pada tahun 2013M bersamaan 1434H, terdapat dua isu penting yang seringkali menjadi tajuk muka depan akhbar mahupun perbualan orang ramai. Dua isu tersebut adalah penurunan kuota jemaah Haji daripada setiap negara sebanyak 20% dan penguatkuasaan undang-undang haji dengan “tasrih” lebih ketat. Persoalannya, mengapakah kedua2 isu ini berbangkit pada musim haji pada tahun ini?? Jawapannya… biarlah gambar yang tertera membicarakannya.

Pembesaran Masjidilharam Makkah 1434H/2013M

Gambar pembinaan di sekitar Ka’baah? Ya, gambar ini menunjukkan projek pembesaran Masjidilharam Makkah sedang dilaksanakan. Bermula tahun 2012, projek perluasan Masjidil Haram telah dimulakan bagai menampung kapasiti jemaah Haji mahupun Umrah yang semakin meningkat jumlahnya
Pelan Pembesaran Masjidil Haram dijangka siap 2020
saban tahun. Terdapat banyak hotel2 penginapan yang terletak berhampiran Masjidil Haram terpaksa dirobohkan bagi memberi laluan kepada pelaksanaan projek tersebut. Hal ini telah menimbulkan kesukaran buat jemaah bagi mendapatkan tempat penginapan selama bertandang di bumi Makkah bagi tujuan pelaksanaan Haji. Maka, kerajaan Arab Saudi melalui Kementerian Hal Ehwal Haji telah memutuskan untuk mengurangkan kuota jemaah Haji bagi setiap negara sebanyak 20%. Manakala bagi masyarakat tempatan (rakyat Arab Saudi), mereka hanya akan diberikan “tasrih” iaitu visa kebenaran bagi melaksanakan Haji  hanya akan dikeluarkan setiap 5 tahun sekali bagi setiap individu. Bermakna, bagi mana-mana rakyat Saudi mahupun mereka yang bermukim di Saudi seperti pelajar Universiti Islam Madinah mahupun pekerja-pekerja profesional dari luar Saudi yang bekerja seperti jurutera atau
Sekeping Tasrih SR5000!!!
pensyarah universiti hanya dibenarkan melaksanakan Haji bagi setiap 5 tahun sekali sahaja. Kebiasaannya setiap tasrih yang dikeluarkan oleh pihak imigresen Saudi berharga sekitar SR5000. Mahalnya!! Pada tahun ini, undang-undang penguatkuasaan sepanjang musim Haji telah diperketatkan. Kempen “Haji Dengan Tasrih” telah dihebahkan di serata Arab Saudi. Segala medium penyebaran maklumat kepada orang ramai dimanfaatkan semaksimumnya seperti papan iklan, hebahan melalui siaran televisyen dan
Haji yg Sahih Bermula dengan Tasrih(Tema Haji 1434H)
radio serta sebaran kempen melalui SMS. Hukuman yang sangat berat menanti kepada sesiapa yang melanggar peraturan Haji tersebut. Mesej berkenaan ancaman Haji tanpa tasrih telah masuk secara bertubi-tubi dalam ruangan “inbox” telefon bimbit orang ramai. Antara contoh mesej yang diterima:

“Hukuman setahun penjara bagi mana2 rakyat Saudi yang mengerjakan haji tanpa tasrih (kebenaran)”

“Hukuman dibuang terus daripada Saudi dan dihalang daripada memasuki negara Saudi selama 10 tahun bagi mana2 rakyat luar Saudi yang mengerjakan Haji tanpa tasrih”



Tambahan pula, pemandu rakyat Saudi yang membawa penumpang haji tanpa tasrih (kebenaran) tidak terkecuali daripada dikenakan tindakan. Antara hukuman yang bakal menimpa ke atas pemandu yang menyalahi undang-undang haji tersebut adalah hukuman penjara selama 1tahun dan kenderaan tersebut akan disita oleh pihak imigresin Arab Saudi. Di samping itu, pihak imigresen dibantu oleh pasukan polis telah diarahkan untuk mengawal setiap pusat pemeriksaan sempadan daerah bagi memeriksa setiap kenderaan yang keluar dari sempadan daerah menuju ke Kota Makkah. Sekiranya mereka mendapati adanya pemilik kenderaan yang menumpangkan jemaah haji tanpa tasrih, kedua-duanya (pemandu dan penumpang) akan ditahan dan dibawa ke balai polis berdekatan. Justeru, para pemilik kenderaan yang menumpangkan jemaah haji tanpa tasrih terutama dalam kalangan pelajar universiti Saudi, akan memberhentikan
Pemeriksaan Polis Di Sempadan
kereta mereka di kawasan berhampiran dengan pos pemeriksaan dan para penumpang tersebut perlu berjalan kaki sambil menjinjing beg sehingga melepasi pos pemeriksaan tersebut bagi mengelakkan ditahan pihak imigresen. Seorang sahabat penulis pernah berkongsi pengalamannya dimana beliau bersama rakan-rakan yang lain terpaksa berjalan kaki sejauh 20km bagi melepasi pusat pemeriksaan! Allahulmusta’an.

Sepanjang musim haji yang lepas, tersebar khabar bahawa terdapat beberapa orang pelajar Universiti Islam Madinah telah ditahan oleh pihak imigresen Saudi kerana didapati bersalah mengerjakan haji tanpa tasrih. Namun, sehingga kini khabar tersebut tidak disahkan. Wallahua’lam.

Menurut seorang senior di Universiti Islam Madinah, isu tasrih akan berdendang berulangkali setiap kali menjelang musim Haji. Saban tahun, kerajaan Saudi mahu mengambil tindakan terhadap jemaah Haji yang menyalahi undang-undang iaitu mengerjakan haji tanpa tasrih namun akhirnya tiada tindakan susulan yang diambil. Pernah seorang sahabat bergurau:

“ Kalau kerajaan Saudi mahu tangkap jemaah haji tanpa tasrih, mereka nak sumbatkan ke penjara mana? Penjara di Saudi tak cukup untuk menampung kapasiti jemaah haji tanpa tasrih yang berjuta-juta tu..haha”

Hmmm, betul jugak tu...

Bersambung…


Polis yang Menunggu "Mangsanya"- Pe tengok2 orang???