Bila Tuhan Berbicara..

Bila Tuhan Berbicara..

Sabtu, 19 Oktober 2013

Universiti Islam Gaza: Suatu Impian



Melakar sebuah Impian
Apacer sodere ak di Palestin?

  Seandainya aku diberi peluang untuk menyertai lawatan ke salah sebuah universiti di dunia, pastinya aku memilih Universiti Islam Gaza sebagai destinsiku.. Persoalan kenapa aku memilih universiti tersebut? Apakah yang mendorongku untuk mengunjungi universiti yang terletak di sebuah daerah perang itu? Bukanlah lebih baik aku mengunjungi university Harvard di USA mahupun Universiti Cambrige di UK yang menjadi sebutan ramai orang.. ianya terletak di negara yang aman damai dan maju. Namun, bukan
Universiti Cambridge
pengiktirafan manusia yang menjadi kayu pengukur dalam pemilihan destinasiku.

   Pemilihan Universiti Islam Gaza sebagai suatu tempat yang aku ingin kunjungi lahir daripada sebuah perasaan rasa ingin tahu akan apakah rahsia di sebalik sebuah universiti yang berjaya melahirkan ramai graduan anak Palestin dalam pelbagai bidang bagi berkhidmat buat negaranya.. Namun, kejayaan yang dicapai oleh universiti tersebut dipandang sepi oleh masyarakat dunia khas bagi mereka yang menguasai kuasa besar dunia
Kuasa Besar Yang Menindas
seperti US, Britain serta sekutunya. Universiti yang berjasa ini telah ditohmah sebagai sarang melahirkan pengganas bertaraf antarabangsa hanya kerana ia diasaskan oleh sebuah gerakan Islam Palestin iaitu HAMAS. 

Penubuhan Sebuah Universiti Terulung

  Penubuhan Universiti Islam Gaza telah merealisasikan hasrat berjuta-juta rakyat Gaza yang ingin melanjutkan pengajian mereka di menara gading. Sebelum adanya Universiti Islam Gaza, rakyat Palestin di Gaza terpaksa meyeberangi ke Mesir bagi menyambung pengajian mereka di peringkat universiti. Hal ini sedemikian kerana daerah Gaza pada ketika itu tidak mempunyai sebuah universiti bagi menampung bilangan pelajar yang ramai. Melanjutkan pengajian di Mesir memakan sejumlah wang dan masa
Peta Semenanjung Gaza
yang besar . Keadaan ini pasti mendatangkan kesulitan buat anak-anak Palestin yang kebanyakan datang daripada keluarga yang miskin dan susah di samping tiada sebarang biasiswa yang diperuntukkan bagi menampung pengajian mereka di Mesir.

  Pada tahun 1961, sekumpulan ahli perniagaan telah memulakan sebuah usaha ke arah penubuhan sebuah universiti di Gaza bagi menampung pengajian tinggi ribuan pelajar disamping menjimatkan masa, wang dan tenaga pelajar-pelajar tersebut. Alhamdulillah hasil usaha keras mereka, sebuah universiti yang dikenali sebagai Universiti Islam Gaza telah berjaya ditubuhkan pada tahun 1978. Pada peringkat awal penubuhan universiti, ia hanya mempunyai tiga fakulti pengajian. Kini, Universiti Islam Gaza mempunyai 10 fakulti pengajian dalam pelbagai bidang yang menawarkan kursus pengajian di peringkat  Sarjana Muda, Sarjana, Diploma serta Diploma Tinggi. Tambahan pula, Universiti Islam Gaza telah memperolehi pelbagai anugerah kebangsaan dan antarabangsa atas kejayaannya melahirkan graduan yang berkualiti tinggi dalam pelbagai bidang. Tambahan pula, Universiti Islam Gaza merupakan universiti yang terbesar di Gaza. Di Gaza, terdapat beberapa buah universiti antaranya Universiti Islam Gaza, Universiti Al-Azhar Gaza, Universiti Al-Aqsa.

 Keunikan Rakyat Palestin

 Menjalani kehidupan di sebuah negara yang dilanda peperangan bukan suatu perkara yang mudah. Setiap hari, rakyat Palestin terpaksa menghadapi bunyi pengemboman, tembak-menembak, pembunuhan di tanah tumpah air mereka. Bertapak Israel di Palestin merupakan sebuah malapetaka yang sangat besar. Sudahla Israel masuk bumi Palestin tanpa
Berambus ko Israel!!
diundang, lepas itu mereka pula mahu menghalau tuan rumah dari rumahnya. Namun, tidak sedikit pun rasa mengalah terdetik di sanubari rakyat Palestin. Bahkan, mereka akan terus berjuang bagi mempertahankan bumi berdaulat mereka sekalipun ia terpaksa dibayar dengan darah dan nyawa mereka!

  Rakyat Palestin sentiasa yakin bahawa suatu hari nanti bumi Palestin akan dibebaskan dan Islam akan memerintah di bumi tersebut kerana itulah janji Allah buat hamba-Nya yang beriman. Maka, pelbagai persiapan yang telah dilakukan bagi menghadapi hari kemenangan yang dijanjikan itu. Antaranya adalah dengan menyediakan kemudahan pendidikan yang terbaik buat anak-anak muda Palestin. Hal ini demikian kerana golongan inilah yang bakal mengambil alih tampuk kepimpinan negara bagi memerintah sebuah negara Palestin yang berdaulat. Justeru, ia hendaklah diisi oleh mereka yang berpendidikan tinggi serta mempunyai kefahaman agama yang utuh. Kerana sesebuah tidak akan bermakna sekiranya ia diperintah oleh mereka yang bodoh lagi berkelakuan jahat! Anak-anak2 kecil Palestin semenjak kecil telah dilatih untuk
Kanak2 tahfiz Palestin
menyelesaikan hafazan Quran 30juz di masjid-masjid. Maka, tidaklah hairan apabila mereka menyambung pengajian di universiti, mereka mampu menguasai pengajian dengan baik, malah mereka jua dapat mencipta pelbagai rekaan yang tidak pernah difikir oleh manusia sebelumnya. Sesungguhnya rakyat Palestin mendapat manfaat yang sangat besar daripada graduan-graduan ini. Kenapa? Kerana merekalah yang menjadi doktor yang merawat pesakit, jurutera yang membangunkan infrastruktur
Para Jurutera sedang menyiapkan bangunan makmal

negara, saintis yang menjalankan penyelidikan dalam pembangunan sains serta para ulama’ yang sentiasa menyampaikan risalah Ad-Deen yang menjadi rahsia kekuatan Palestin yang tertindas.Hal ini menggerunkan rakyat Israel sehingga mereka seringkali menjadi kanak-kanak kecil sebagai sasaran tangkapan dan pembunuhan mereka.

   Sesungguhnya aku berharap agar dapat menjejakkan kakiku ke Universiti
Ismail Haniyeh, PM Palestin lulusan Universiti Islam Gaza
Islam Gaza bagi melihat dengan mataku sendiri akan kegigihan sebuah masyarakat yang dalam membangunkan sebuah ketamadunan dunia. Benarlah dengan Agama dan Pendidikan dapat mengubahkan nasib sesuatu bangsa.

 “Ya Allah, Engkau kurniakanlah pertolongan buat saudara-saudara seIslam kami yang kini berjuang menegakkan agama-Mu serta mempertahankan bumi berdaulat mereka di Palestin, Iraq, Afghanistan, Syria, Mesir serta di seluruh dunia Islam serta masyarakat minoriti Islam di negara bukan Islam”
 
Gambar Sekitar Universiti Islam Gaza


 
Pintu Gerbang Universiti


Masjid Universiti

Bangunan Pentadbiran Universiti




Perpustakaan Universiti



Pusat Makmal Saintifik


Pusat Kegiatan Pelajar Universiti

Dewan Konferens Universiti

Bangunan Akademik Universiti
Bangunan AlQuds (Bangunan Akademik)
Bangunan Luhaidan (Bangunan Akademik)
Bangunan Taiba (Bangunan Akademik)
Bangunan Akademik Universiti
Tugu Universiti
Bangunan Akademik Universiti
Pagar Universiti
Persatuan Atfaluna Untuk Kanak-Kanak Pekak

Logo Universiti

2 ulasan:

  1. Terima Kasih atas perkongsian yang amat bermakna ni. Lepas ni kena baca lebih detail lagi, hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. baca pa yang lebih detail Firdani? jazakallah khairan kathiea atas penghargaan anda

      Padam