Bila Tuhan Berbicara..

Bila Tuhan Berbicara..

Isnin, 23 September 2013

Kembara Ilmu Itu Panjang



 Rintihan Sang Mahasiswa Universiti
 
Menjadi seorang yang bergelar Mahasiswa merupakan satu pencapaian yang sangat dinanti-nantikan. Usaha demi usaha dari tahun ke tahun ketika di bangku sekolah telah membuahkan hasilnya apabila diterima untuk menyambung pengajian di menara gading sama ada dalam negeri mahupun luar negeri. 

Gerbang Universiti Menjadi Saksi Saat Melangkahnya Seorang Mahasiswa

Namun, alangkah sedihnya hati ini  tatkala mendengar rintihan, rungutan, dan luahan perasaan yang terbit dari mulut sang mahasiswa universiti kebelakangan ini. Antaranya, rintihan yang seringkali kedengaran adalah seperti berikut:

“Bro, ak nak habes blaja cepatla..nak kahwin bro..xsabar dah nie..membe gua sume suda kawen ma”

“Syeikh, ana nak habes blaja cepat-cepat, umur dah makin lanjut… otak makin slow, semangat belajar pun makin takde…”
“Jealous kot ak tgk membe-membe sume dah grade awal… umur muda trang tang-tang 21, 22 dah ad degree… nie aku nie umor 21 baru nak amik degree..eish, tension seyhhh”

“Ak bukan pe nak habeih cepat nie, nak keje cepat, ada income sendiri..baru bole beli macam-macam”

“Kite nak habes blaja cepat… lau lmbt habes, PTPTN makin mahal nanti!”

Bebanan Mahasiswa

Ini adalah sebahagian luahan yang mampu dicatat… Seandainya mahu dicatat semua, nescaya tulisan kali ini tidak dapat habis ditulis.
Barangkali ini adalah ekspresi anak muda. Sesungguhnya anak muda memang terkenal dengan sikapnya yang sentiasa terburu-buru dalam mengejar sesuatu yang ingin mereka capai. Demi mendapatkan segulung Ijazah dalam tempoh singkat, segala cara dilaksanakan untuk merealisasikan hasrat tersebut. 

Assignment di“copypaste” dari Internet, tugasan kumpulan diserahkan kepada individu tertentu sedangkan dirinya “menumpang” sahaja, sering kali memonteng kelas pengajian, menghabiskan masa dengan bermain “Video Game” dan ber “Facebook”, meniru dalam peperiksaan dan pelbagai lagi. Natijahnya, ramai graduan universiti yang dihasilkan namun malangnya golongan ini jugalah yang mencatat pengangguran yang tinggi di Malaysia. 
Tolong kami...bantu kami...graduan universiti xde keje


Mutiara Kata Seorang Guru

Pada musim cuti semester yang lalu, penulis menziarahi seorang pensyarah Bahasa Arab, Prof. Madya Dr. Solehah Yaakob di UIAM. Beliau merupakan seorang pensyarah yang sangat dedikasi dalam mendidik para pelajarnya. Dalam kesempatan itu, penulis telah mengadu kepada beliau tentang perjalanan pengajian penulis dalam alam universiti yang panjang.

Guru Jasamu Dikenang

Penulis: Assalamualaikum, ustazah..ustazah apa khabar? Sihat ke?
Prof. Madya: Alhamdulillah, ustazah baik-baik aje…Insya-Allah..bagaimana belajar? Ok ke?

Penulis: Alhamdulillah, baik Insya-Allah..Allah jua yang mempermudah segala urusan di samping berkat doa ibu, keluarga dan para guru. Ustazah, sebenarnya saya ada sesuatu nak berkongsi dengan ustazah, boleh ke?
Prof. Madya: Silakan berkongsi. Ustazah bersedia mendengarnya, Insya-Allah.

Penulis: Begini ustazah. Saya ingin mengadu tentang perjalanan belajar saya. Saya lihat orang lain senang dan cepat je perjalanan belajar mereka. Umur 22 sudah menggenggam segulung Ijazah di tangan bahkan ada sebahagian mereka yang sudah mula melanjutkan pengajian ke peringkat Sarjana (Master). Saya pula ustazah, setelah tamat periksa SPM, saya
STAM di SAMTSH, suatu kenangan
sambung belajar tingkatan 6 STAM selama 1 tahun, setelah selesai pengajian tingkatan 6, saya sambung belajar di UIA Gombak. Di UIA, saya menghabiskan masa selama setahun di Pusat Bahasa, UIA. Alhamdulillah, seusainya pengajian di pusat bahasa UIA, saya diterima sebagai pelajar di Universiti Islam Madinah. Namun, di Madinah, saya perlu menghabiskan kelas persediaan bahasa Arab selama 1 tahun, 6 bulan. Dua kali saya masuk pusat bahasa, ustazah. Puas saya
CELPAD (PUSAT BAHASA IIUM)
belajar di Pusat Bahasa. Apabila selesai Pusat Bahasa, masih berbaki 4 tahun pengajian untuk ijazah sarjana muda. Sekarang umur saya telah mencecah 21 tahun namun saya masih dalam keadaan bertatih-tatih untuk masuk ke kuliah bagi menyelesaikan pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda. Sering kali jiwa dan emosi saya terusik tatkala memikirkan perkara ini. Umur yang semakin menginjak dewasa di samping rakan-rakan yang menghabiskan pengajian dalam masa terdekat sangat menghambat perasaan saya tatkala ini.

Kuliah Syariah Universiti Islam Madinah
 
Prof. Madya: Ustazah memahami akan masalah yang Fathi alami sekarang. Benar, sebagai seorang yang pernah melalui zaman belajar di universiti, ustazah pernah mengalami pengalaman yang sama. Sewaktu ustazah melanjutkan pengajian ke peringkat Ph.D, ustazah telah menghabiskan masa selama 5 tahun bagi menyiapkan tesis. Jangka masa ini merupakan suatu
Tesis PhD
yang luar dari kebiasaan daripada sebahagian besar pelajar Ph.D yang berjaya menghabiskan pengajian mereka dalam jangka masa 4 tahun. Namun, ustazah tidak mengambil kisah sangat tentang itu kerana ustazah berpandangan, biarpun pengajian itu memakan masa yang lama namun hasilnya memberangsangkan. Tambahan pula, tajuk tesis ustazah adalah mengenai kritikan terhadap pemikiran nahu (tatabahasa) Arab yang merupakan satu kajian yang berat dan susah. 

Penulis: Owh, ustazah pernah mengalami pengalaman yang sama..
Prof. Madya: Eya Fathi. Ustazah ingin membuat kesimpulan dalam satu bentuk analogi. Ustazah ambil contoh sebutir berlian. Kita maklum bahawa berlian ini merupakan batu yang dijadikan sebagai barang perhiasan. Harga sebutir berlian sangat mahal. Dikatakan harga sebutir berlian boleh
Berlian
mencecah sehingga berjuta-juta ringgit. Tambahan pula, harga berlian berbeza mengikut kategori dan jenisnya. Persoalannya, mengapakah terdapat perbezaan harga bagi setiap jenis berlian? Harga setiap berlian berbeza kerana kualiti sebutir berlian diukur melalui sedalam mana sebutir digali dan dijumpai dalam tanah. Semakin dalam tanah yang digali, semakin mahal harga berlian tersebut. Begitu juga dalam kehidupan seorang insan, semakin lama dia mengembara dalam menuntut ilmu, semakin meningkat kualitinya sebagai manusia. Biar kita mengambil masa yang lama bagi menghabiskan pengajian kerana setiap proses yang kita lalui akan menjadikan kita lebih matang dan berhikmah (wisdom).

Penulis: MashaAllah, indah sekali analogi ustazah. Semangat yang luntur
YAhoo..Semangat Baru!!
bagaikan “dicaj” semula setelah mendengar nasihat ustazah. Jazakillah khairan kathira ustazah..Insya-Allah, kita berjumpa lagi pada masa akan datang. Assalamualaikum.

Prof. Madya: Insya-Allah, waiyyak. Waalaikumussalam.

Renungilah analogi sebutir berlian itu.. Moga diperoleh mesej yang tersirat dan tersurat di sebalik sebuah analogi 

Sejarah Berulang

Pertemuan penulis dengan Dr. Solehah bagaikan menyuntik nafas baru dalam menghadapi hari-hari yang mendatang. Benar, tempoh pengajianku masih berbaki 4 tahun lagi. Namun, seandainya tempoh 4 tahun ini digunakan sebaiknya untuk menuntut ilmu, maka masa bagaikan berlalu dengan pantas. Pejam celik, 4tahun sudah berakhir dan segulung ijazah berada di genggaman tangan, InshaAllah.

   Pertemuan penulis dengan Dr. Solehah mengingatkan diri ini kepada kisah kehidupan yang pernah diceritakan oleh ibuku. Ia merupakan sebuah pengalaman peribadi yang dialami oleh ibu penulis sewaktu bergelar pelajar. Ibuku menghabiskan waktu belajar dengan serba kepayahan dan kekurangan. 
Kisah Silam Ibu


Ibuku merupakan bekas penuntut di Sekolah Menengah Teknik Ipoh (kini dikenali sebagai Kolej Vokasional Ipoh) yang terletak bersebelahan Sekolah Menengah Agama Izzuddin Ipoh (sekolah agama milik kerajaan negeri yang masyhur di Perak). Berpeluang belajar di salah sebuah sekolah berasrama yang berprestij pastinya menjanjikan masa depan yang cerah untuk para penuntutnya. Namun, perkara yang sebaliknya menimpa ibuku serta rakan2 sepengajiannya. Pada tahun 1979, mencatatkan sejarah yang tidak akan dilupakan oleh sebahagian besar penuntut berbangsa Melayu di SMT
SMT Ipoh, Perak
Ipoh. Ramai dalam kalangan mereka tidak memperolehi keputusan cemerlang  dalam peperiksaan MCE (kini SPM) malah ada yang gagal. Hal ini memeranjatkan banyak pihak walhal pada tahun-tahun sebelumnya sebahagian besar penuntut Melayu di sekolah tersebut memperoleh keputusan yang amat memberangsangkan sehingga melayakkan mereka menyambung pengajian ke luar negara dengan tajaan biasiswa kerajaan. Antara
Dato' Seri Ir. Mohammad Nizar
keluaran SMT Ipoh yang terpilih untuk belajar di luar negara (UK) adalah Dato’ Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin yang merupakan mantan Menteri Besar Perak. 

Persoalannya apakah punca kegagalan “beramai-ramai” penuntut Melayu pada tahun 1979 walhal pada tahun sebelumnya rekod kecemerlangan sekolah dipegang oleh para penuntut Melayu??

Menurut ibuku, kegagalan itu berpunca daripada sikap segelintir guru berbangsa Cina yang mengamalkan budaya perkauman, berat sebelah dalam mengajar anak muridnya. Pada zaman itu, kebanyakan guru-guru yang mengajar subjek Sains seperti Kimia dan Fizik terdiri daripada mereka yang berbangsa Cina manakala guru Melayu rata-rata mengajar subjek Kesusteraan seperti Bahasa Melayu dan Sejarah. Sikap perkauman masih menebal dalam kalangan guru Cina masih menebal pada waktu itu. Keadaan ini telah menimbulkan suatu kesulitan terhadap penuntut Melayu.
Fizik & Kimia
Dalam bilik darjah, guru Kimia dan Fizik yang berbangsa Cina itu hanya memberi perhatian kepada penuntut Cina manakala penuntut Melayu dipinggirkan. Jika guru2 tersebut mengadakan kelas tuisyen, hanya pelajar Cina yang diundang manakala pelajar Melayu dibiarkan terkontang-kanting tanpa bimbingan guru. Kemuncak apabial guru Fizik dan Kimia itu mengedarkan koleksi soalan2 bocor bagi peperiksaan sebenar SPM yang bakal ditempuh kepada para pelajar Cina. Para pelajar Melayu tidak mampu berbuat apa bagi mengekang “agenda jahat” itu.

Ketika keputusan SPM diumumkan, para pelajar Cina melompat-lompat keriangan kerana memperoleh keputusan yang memberangsangkan. Adapun para pelajar Melayu hanya mampu tunduk, termenung memikirkan
Apalah masa depan kami..
keputusan peperiksaan mereka. Laluan kemasukan ke universiti pastinya sukar dengan keputusan SPM yang tidak seberapa. Masa depan mereka bagaikan kelam, tiada harapan untuk maju ke hadapan. Pelajar Melayu bagaikan hilang arah tujuan hidup. Harapan menggunung tinggi bagi merangkul sebuah kejayaan berakhir dengan sebuah kesedihan, kepedihan dek kegagalan yang sudah diatur begitu rapi oleh sang guru yang tidak berperikemanusiaan.

Namun, kegagalan tersebut bukanlah suatu pengakhiran, malah ia merupakan permulaan kepada suatu dimensi kehidupan baru. Keputusan MCE itu tidak sedikit pun melunturkan semangat ibuku untuk meneruskan pengajian ke peringkat lebih tinggi. Bagi merealisasikan hasratnya, beliau telah mengembara ke kota raya Kuala Lumpur dan mendaftarkan diri sebagai pelajar STPM di sebuah sekolah swasta yang dikenali sebagai Yayasan Anda di Lembah Pantai, Kuala Lumpur. 

 Latar Belakang Yayasan Anda 

Yayasan Anda Akademik merupakan sebuah institusi pendidikan swasta yang telah diasaskan oleh sekumpulan siswazah universiti-universiti tempatan yang dipelopori oleh YB Sdr Anwar Ibrahim (ketika itu sebagai
Dato' Seri Anwar Ibrahim
penuntut di Universiti Malaya) bersama lima orang rakannya, Kamaruddin Mohamed Noor, Ismail Mina Ahmad, Osman Bakar, Mohd Zaki Abdul Rahman dan Ahmad Fakri Abdullah di No-A1-2, Bangunan UDA, Jalan Pantai Baru, Kuala Lumpur pada bulan Mac 1971.
Penubuhan institusi ini antara lainnya untuk menyediakan peluang belajar kepada pelajar-pelajar dari sekolah-sekolah bantuan penuh kerajaan yang tidak bernasib baik untuk meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.
Sebagai satu institusi yang mempunyai faslsafah pendidikan yang tersendiri, maka semua aktiviti kurikulam dan kokurikulam digembelingkan ke arah melahirkan seorang insan yang akademis dan bertaqwa. Sesuai dengan motto penubuhannya yang berusaha untuk memberikan pendidikan di segenap peringkat lapisan masyarakat terutama di kalangan mereka yang berpendapatan rendah, maka sudah pasti YAA bertindak dengan mengenakan yuran pengajian yang paling minimum, tetapi mutu pendidikan yang disediakan sudah teruji keberkesanannya. Tenaga pengajarnya juga terdiri daripada guru-guru yang pakar dan berpengalaman dalam bidang masing-masing yang diundang khas daripada Universiti Malaya.
Universiti Malaya

Sambutan masyarakat terhadap institusi ini amatlah menggalakkan. Suatu yang perlu dibanggakan ialah institusi ini telah berjaya mencapai objektif penubuhannya iaitu dengan bertambahnya bilangan bekas lulusannya yang berjaya melanjutkan pelajaran ke pusat-pusat pengajian tinggi tempatan dan luar negeri. Tidak syak lagi bahwa kejayaan-kejayaan yang dicapai sama ada di bidang akdemik atau kerohanian di masa yang lalu, adalah hasil dari beberapa program yang telah dirancang dan dijayakan dengan amat berkesan. Di antara program yang dipercayai telah membantu YAA dikenali ramai ialah dengan lawatan-lawatan sambil belajar yang telah dianjurkan di masa lalu.

Kini, Yayasan Anda hanya tinggal pada namanya kerana bangunan tersebut telah dirobohkan bagi tujuan pembangunan komersial.

(Sumber: Wikipedia Edisi Bahasa Melayu)

  Ibu telah menggunakan peluang tersebut dengan belajar bersungguh-bersungguh bagi meraih kejayaan dalam STPM nanti. Para guru Yayasan Anda begitu berdedikasi dalam mendidik anak muridnya menjadi pemangkin semangat buat ibu dan rakan2nya. Natijahnya, ibuku telah memperoleh keputusan yang memberangsangkan dalam peperiksaan STPM iaitu 3 prinsipal dengan kepujian. Dengan keputusan itu, ibu terpilih untuk menyambung pengajiannya di Institut Teknologi Mara, Shah Alam (Kini Universiti Teknologi Mara-UiTM) dalam bidang Sains Kepustakaan. Namun,
Institut Teknologi Mara (ITM)
laluan itu tersebut ternyata sukar. Ibuku terpaksa bekerja sambilan bagi membiayai pengajiannya di ITM. Pelbagai kerja yang beliau lakukan bagi mendapatkan duit seperti menjaga anak2 orang di Taman Asuhan Kanak-kanak Islam (TASKI) di bawah selian Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), bekerja sebagai kerani di perpustakaan UIA (kampus Petaling Jaya) dan menjadi sukarelawan ABIM. Sewaktu berkhidmat di TASKI, ibuku berdepan dengan anak-anak yang datang dari pelbagai latar belakang. Rata-rata anak-anak yang dihantar ke TASKI ketika itu terdiri daripada CEO syarikat gergasi tanah air yang baru pulang dari US dimana mereka tinggal sekitar Petaling Jaya. Malah, cucu kepada Sultan Selangor ketika itu yang berketurunan Pan-Asia turut ditempatkan di taski tersebut. Ibuku menganggap pengalaman yang dilalui sepanjang berkhidmat di TASKI tersebut merupakan langkah persediaan awal bagi menjaga dan membesarkan anak-anak sendiri apabila sudah berumah tangga kelak. Bekerja sambil belajar bukanlah penghalang untuk seseorang cemerlang dalam pengajiannya. Ibuku telah membuktikannya. Alhamdulillah, hasil usaha gigih beliau serta berkat doa ibu di kampung, beliau berjaya merangkul segulung ijazah dalam bidang Sains Kepustakaan dengan Kepujian daripada Institut Teknologi Mara (ITM). Pengalaman belajar ibuku bakal menjadi sebuah kisah kehidupan yang cukup berinspirasi dalam menyuntik semangat kami lima adik-beradik dalam menuntut ilmu. Kemuncak kejayaan yang dikecapi ibu adalah apabila menamatkan pengajian Sarjananya dalam bidang Sains Kepustakaan dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dikala usianya sudah mencecah 39tahun. Beliau berhasrat untuk menyambung pengajiannya ke peringkat doktor falsafah (PhD) dalam bidang yang sama. Hasrat ini diturut disokong oleh para pensyarah antarabangsa dari UIAM kerana mereka menganggap ibuku adalah seorang yang berkelayakan atau dalam bahasa mudah "PhD material person". Namun takdir Allah mengatasi segala-galanya. Hasrat beliau bagi menyambung pengajian ke peringkat PhD tidak berkesampaian kerana bapaku telah kembali ke pangkuan Tuhan-Nya.

Akhirnya Aku Berjaya

Tulisan ini penulis dedikasikan khas buat insan yang sangat berpengaruh dalam diriku, iaitu ibuku yang tercinta, Hajjah Noraini Mukhtar atas keutuhan semangat dan kecekalan jiwa dalam membesarkan kami adik-beradik lima orang yang bermacam ragam dan perangai di saat kehilangan seorang suami yang tercinta. Namun, ibu seringkali mengingatkan kepada kami bahawa sesungguhnya setiap kekuatan itu adalah kurniaan Allah. Nasihat yang ringkas tapi ia cukup meruntun jiwa. Terima kasih mak. Terima kasih ayah. Tanpa kalian yang senantiasa mendoakan kesejahteraan kami, siapalah kami ini.

Penulis bersama ibu di Madinah

-Nukilan Anak yang Kerinduan di Perantauan-

Sabtu, 7 September 2013

Nak, Pergilah Berjihad!




Pada suatu malam yang hening, seorang ibu berbicara pada anaknya. Anaknya merupakan pelajar tahun 3, Kuliah Syariah, Universiti Islam di Madinah Munawarrah.Perbualan mereka berlaku di teratak kecil mereka di pinggir kota Kuala Lumpur.
(Ikuti perbualan di bawah)

Ibu: Along, zaman sekarang ni banyak berita memaparkan tentang peperangan, pembunuhan di serata dunia. Setiap hari ada sahaja berita bunuh sana sini

Along: Betol tu mak. Kat surat khabar, TV, facebook, youtube, sume citer pasal peperangan, pembunuhan. Dulu perang di Palestin, Afghanistan, Iraq,dan Libya, sekarang di Syria dan Mesir.
 
Peta " Arab Spring"
Ibu: Tunggang terbalik dah dunia ni, nak. Setiap hari mak update perkembangan isu di Mesir dan Syria di facebook. Ngeri, seram sejuk, mengigil bila tengok gambar-gambar yang dipost di facebook. Ada gambar kanak-kanak kecil kena sembelih, video perempuan dirogol secara bergilir-gilir, mayat dibakar, orang tua diseret atas jalan dan macam-macam lagi. Ya Alah pada nak jadi kt dunia ni!!

https://www.facebook.com/syria.care?ref=ts&fref=ts 
https://www.facebook.com/prihatinmesir?ref=ts&fref=ts 
https://www.facebook.com/eyeonpalestine2011?ref=ts&fref=ts 
https://www.facebook.com/pages/Mini-Pavilion-From-Palestine-With-LoveMAP/203794872989424?ref=ts&fref=ts 

Along: Inilah realiti kehidupan umat Islam sekarang mak. Di serata tempat umat Islam dibunuh, diseksa, ditangkap. Umat Islam diperlakukan bagaikan binatang bahkan lagi teruk lagi. Nyawa dan maruah orang Islam seolah-olah tiada nilai lagi. Musuh-musuh bagaikan singa kelaparan yang menerkam mangsanya tanpa belas kasihan. Inilah petanda akhir zaman mak… Komposisi penduduk umat Islam melebihi komposisi penduduk bukan Islam, namun dek kerana keadaan umat Islam yang sangat lemah, mereka yang majoriti terus menerus ditindas oleh mereka yang minority (masyarakat bukan Islam)
BANGUNAN HANCUR DEK PEPERANGAN

Ibu: Ini semua pastinya dirancang oleh musuh Islam. siapa lagi kalau bukan Yahudi dan Nasrani. Bermula
dari Palestin, diikuti Afghanistan, Iraq, Pakistan, Sudan, Somalia, Libya, Syria, dan yang terkini Mesir. Satu persatu bumi umat Islam diratah oleh sang pengganas sebenar. Hasil bumi umat Islam dirampas, penduduknya dibunuh, diseksa, dipenjara. Maka, mak rasa tidak mustahil akhir sekali mereka menjadikan Makkah dan Madinah sebagai sasaran terakhir mereka. Bagi mereka, kemuncak kemenangan sebenar hanya dapat dicapai sekiranya dua kawasan suci umat Islam ini diserang dan ditawan.
MUJAHIDIN SEDANG BERTEMPUR

Along: Kita setuju dengan mak 100%. Tidak ada sebarang bantahan kita pada kata-kata mak.
Ibu: Alhamdulillah, Along faham pe yang mak nak sampaikan. Sekiranya, tiba masanya mereka (Yahudi dan Nasrani) mahu menyerang Makkah dan Madinah,
TENTERA MESIR YANG MEMBUNUH RAKYATNYA
mak izinkan dan redha untuk kamu menyumbang tenaga, masa dan nyawa dalam seruan jihad mempertahankan dua kota suci umat Islam!!
(Kelihatan air mata ibu mengalir di pipi.. ibu mana yang sanggup melepaskan anaknya jauh daripada pangkuannya, namun kerana kecintaannya yang mendalam terhadap agama Islam, beliau dengan relahati merestui dan mengizinkan anaknya berjuang mempertahankan Kota Bercahaya Madinah suatu hari kelak sehingga umat
MASJID NABAWI, MADINAH MUNAWWARAH
Islam memperoleh kemenangan atau gugur syahid di medan perang!! . Beliau mendapat inspirasi dari kisah perjuangan seorang tokoh muslimat Palestin yang merestui semua anak-anaknya untuk turun berjihad menentang Israel. Natijahnya, 3 orang anak telah gugur syahud manakala seorang anak lelakinya meringkuk dalam tahanan Israel)

Along: Inshaallah mak..doakan agar Along diberikan kekuatan untuk diberi pendirian yang teguh dalam memperjuangkan Ad-Deen..
(Mata Along juga kelihatan berkaca-kaca. Barangkali terharu dan berasa kagum akan kebesaran jiwa ibunya yang dengan sepenuh jiwa raganya merestui anakanda tercinta untuk melibatkan diri bagi seruan jihad fi sabilillah)

TANGISAN SEORANG IBU
Along menadah tangan lalu berdoa:
“ Wahai Tuhan Yang Maha Membolak-balikkan hati Manusia, thabatkanlah (tetapkanlah) hati kami dalam urusan agama-Mu dan ketaatan kepada-Mu”
Ibu: Ya Allah perkenankanlah hasrat kami.
(Kelihatan ibu teresak-esak menangis saat mengaminkan du’a)

-Kisah ini berdasarkan kepada sebuah cerita yang disampaikan oleh seorang sahabat di UIAM mengenai hasrat seorang ibu kawannya yang menginginkan anaknya gugur syahid di jalan Allah. Wallahua’lam.

Ummi Nidhal: Tokoh Inspirasi Buat Kaum Ibu
 
 UMMU NIDHAL & 3 ORANG ANAKNYA
Maryam Muhammad Yusuf Farhaat dikenali sebagai Ummu Nidhal. Beliau dilahirkan di Gaza pada 24 September tahun 1949. Dikurniakan enam orang cahaya mata, beliau adalah Ummu Syuhada dan telah melakar sejarah sebagaimana yang telah dilakarkan oleh Khaulah binti Al Azur, Khansa', Nusaibah binti Ka'ab, Ummu Saad bin Muaz dan seumpamanya. Beliau sentiasa menyeru kaum wanita, pemuda-pemudi, rakyat Palestin dan Muslimin seluruhnya agar berjihad dan berharap Allah Taala mengurniakan ke semua anak-anaknya mati syahid mempertahankan agama-Nya. 
 
INTIFADAH RAKYAT PALESTIN
Nama samaran yang diberikan kepada beliau, "Ummu Nidhal" telah membangkitkan beberapa dekad-panjang perjuangan wanita Islam Palestin untuk mempamerkan satu contoh pengorbanan, iaitu pengorbanan hasil jalan jihad putera-puterinya mempertahankan maruah tanahair.

Sikap yang dipamerkan oleh Ummu Nidhal selari dengan firman Allah:

Kemunculan Ummu Nidhal bermula sejak meletusnya intifadah Al Aqsa pada tahun 2000 yang dilancarkan
Syeikh Ahmad Yasin
oleh Sheikh Ahmed Yassin. Seruan jihad Ummu Nidhal ini bukan hanya fasih dibibir, bukan hanya bertinta di lembaran kertas, tetapi dibuktikan dengan penyertaan jihad tiga orang anaknya yang telah syahid satu demi satu, iaitu Muhammad Farhaat, syahid pada tahun 2002, Nidhal Farhaat, syahid pada tahun Februari 2003 dan anak bongsunya Rawad Farhaat yang syahid pada tahun 2005. Seorang lagi anak beliau, Wisam Farhaat masih mendekam di dalam penjara Israel. 
 
Memberi penghormatan yang Terakhir Buat Anakanda Tercinta
Ummu Nidhal tidak terkejut menerima berita kematian anak-anaknya bahkan beliau bersedia menyerahkan semua anak-anaknya untuk mati syahid. Beliau pernah berkata ketika diwawancara oleh pemberita tentang pemergian anaknya, "Anak saya telah syahid. Dia yang akan menolong saya dengan kesyahidannya. Sesiapa yang menyayangi anak-anaknya berikanlah sesuatu yang paling berharga semampunya. Dan perkara paling berharga yang boleh diberikan ialah syurga".

Firman Allah:

 Ummu Nidal menghantar 3 orang anak lelakinya ke medan perang dan gembira atas kesyahidan mereka, bahkan menangis bila memikirkan tiba masanya nanti sudah tiada lagi anak untuk dihantar ke medan perang. 
Saat melepaskan Anakanda (Muhammad Fathi Farhat) Tercinta ke Medan Jihad

Ummu Nidal bukan seperti ibu-ibu yang lain, yang jauh hati bila anak sudah jarang balik melawat, yang sedih bila anak-anak tidak menghulurkan wang, yang merajuk hati bila anak sibuk memikirkan kerjaya sahaja. Di hati Ummu Nidal tidak ada 'kebiasaan' itu semua. Dia tidak peduli apakah dia tidak akan bertemu lagi dengan anak-anaknya buat selama-lamanya. Malah rela menanggung kepiluan hati seorang ibu demi mempertahankan bumi yang diberkati Allah Taala dari terus dijajah oleh Rejim Zionis.
 
Bumi Palestin Yang Semakin Mengecil
Bertitik tolak dari hal itu nama Ummu Nidhal Farhaat disebut-sebut sebagai Khansa' Palestin. Nama Khansa', diambil dari nama Sohabiyyah yang terkenal dengan kesabaran dan keteguhannya di zaman Rasulullah S.A.W kerana seluruh anak-anaknya gugur di medan jihad bersama Baginda S.A.W. Dan bagi Ummu Nidhal, apapun yang dilakukannya ini adalah demi memenuhi ruang perjuangan mengusir penjajah dan mempertahankan Palestin.

Antara perkataan yang sering diungkapkan oleh Ummu Nidhal berbunyi, "Kematian adalah suatu perkara yang menyedihkan, tetapi jangan bimbang kerana bertemu dengan Allah, adalah suatu kegembiraan yang tidak dapat digambarkan (mengatasi perasaan sedih tersebut", katanya.
Kanak2 & Wanita menjadi sasaran!

Beliau (Ummu Nidhal) sering bercerita, bagaimana
Kanak2 Palestin ditangkap
dirinya merasa terpanggil untuk melindungi anak bangsa yang sering diburu oleh tentara Zionis Israel.

"Saya sering mendengar teriakan anak-anak Palestin yang diburu oleh rejim Zionis. Suasana tidak aman sering melanda di tempat tinggal kita. Lalu saya mengambil inisiatif untuk melindungi generasi ini dari kerakusan musuh tanahair mereka. Saya meminta puteraku yang paling sulong untuk menggali lubang di belakang rumah supaya dapat dijadikan bunker para pejuang mujahidin, Bridged Al Qassam. Saya lakukan ini, agar Allah memuliakan kami sekeluarga sebagai pejuang di jalan-Nya.
 
Sebahagian Anggota Bridged Al-Qassam
"Ketika anakku yang sulong, Muhammad Fathi Farhat menginjak usia enam tahun, saya telah katakan kepadanya; Ibu mahu kamu berperang melawan Israel dengan senjata, bukan dengan batu. Tanpa sedikitpun keraguan, kebimbangan dalam hati saat itu mengarahkan anak ke medan juang demi mengusir penjajah. Kerana saya yakin apa yang saya ungkapkan itu adalah demi kebaikan untuk anak-anak saya.

"Saya sampaikan kepadanya, agar tiada informasi jihad para pemuda Palestin yang dirahsiakan dari pengetahuan saya, saya memantau pergerakannya dan agar kemudiaannya saya boleh memotivasikan mereka dan memberikan mereka semangat.
 
Logo Bridged Al-Qassam
"Tiada khabar yang paling mengembirakan buat saya, apabila puteraku mula menyampaikan berita bahawa dia telah bergabung bersama Briged Al Qassam, sayap pejuang Hamas, dan sedang bersiap menyongsong amanah syahid dalam sebuah medan peperangan. Allah telah mengabulkan hasrat dan cita-cita saya."

Begitupun deras kalimah yang diungkapkan oleh Ummu Nidhal untuk membangkitkan semangat perjuangan pemuda-pemudi Palestin, namun beliau sebenarnya tidak mampu memungkiri kehalusan hatinya yang sarat dengan naluri keibuan. Saat perpisahannya dengan putera sulongnya, Farhat, dia dan anaknya itu saling berpelukan kemudian berkata,
 "Ibu tidak dapat membendung air mata, tetapi jangan percaya dengan  air mata ibu ini nak... Ini adalah air mata bangga menjelang hari pertemuanmu dengan bidadari. Pergilah menemui Rabb-Mu dan berjihadlah. Tetaplah hatimu thabatlah, kekallah seperti itu sampai engkaubertemuAllahTaala."

SUMBER: LAMAN TAWBAWI

Akhir kalam, hayatilah firman Allah berikut:

 
HAMAS BERJUANG BERSAMA RAKYAT PALESTIN