Bila Tuhan Berbicara..

Bila Tuhan Berbicara..

Rabu, 23 Oktober 2013

Haji: Sebuah Kembara Mencari Redha Tuhan


Bahagian 1

Pengesahan Haji

Tik Tik Tik Tik
Telefon bimbitku berbunyi..
Tanda Mesej baru masuk..
Ku membuka peti masuk mesej..
Tiba2 aku terpaku melihat mesej yang terpapar..


[Maksud mesej: Anda telah berjaya dipilih untuk menyertai rombongan haji yang pertama (hajjatulislam). Tahniah diucapkan dan semoga Allah menerima amalan kalian]

Hanya ungkapan “Alhamdulillah” yang bias keluar dari mulut

Tiba-tiba, seorang sahabatku menerpa masuk ke bilik kami lantas beliau bertanya pada kami dengan gaya  penuh persoalan:
“ Ada dapat mesej?”

Kami berdua menjawab serentak:
“Ya, Alhamdulillah”

  Setelah itu, kami beramai-ramai melakukan sujud syukur sebagai menzahirkan rasa syukur kami terhadap Allah atas ni’mat kurniaan-Nya..
Pasti para pembaca tertanya-tanya apakah berita gembira??

Sujud Syukur Sebagai Tanda Zahirkan Kesyukuran

   Penantian berbulan-bulan lama-lamanya akhirnya telah membuahkan hasilnya.. malam tersebut adalah malam yang kami akan kenang seumur hidup kami.. masakan tidak, malam tersebut telah mengesahkan pemilihan
Lembaga Antarabangsa Untuk Pengenalan Tentang Islam
kami dalam rombongan fardhu haji yang dibiayai sepenuhnya oleh para dermawan Saudi di bawah seliaan Hai’ah Al-‘Alamiah Bilta’rif BilIslam (Lembaga Antarabangsa untuk Pengenalan Mengenai Islam)..

   Sejak itu, lafaz talbiyah mula terngiang-ngiang di telinga..



Maksud:”Aku penuhi panggilan-Mu Ya Allah, Aku penuhi panggilan-Mu Ya Allah, Tiada sekutu bagi-Mu, Sesungguhnya nikmat dan pujian adalah milik-Mu, Tidak ada sekutu bagi-Mu”.

2010: Ibuku Menunaikan Haji
Kenangan Haji Ibu dan Adik 2010

    Alhamdulillah, ibuku, Noraini binti Mukhtar telah berjaya mengerjakan fardhu Haji bersama adikku, Nuha ‘Adil sebagai mahram pada tahun 2010 bersama rombongan Ash-Har Travel Sdn. Bhd di bawah bimbingan Ustaz Dr. Abdul Basit bin Abdul Rahman. Pada asalnya, ibu dan ayahku telah merancang  untuk menunaikan ibadah haji pada tahun 2012 namun takdir Allah mengatasi segala-galanya. Ayahku telah kembali ke pangkuan-Nya sebelum sempat menunaikan ibadah haji bersama ibu. Badal haji ayahku telah diselesaikan oleh ibu melalui mutawwif yang dilantik syarikat Ash-Har.
Logo Syarikat Ash-Har


  Beberapa orang mempersoalkan keputusan ibuku yang mahu membawa adikku menunaikan haji sebagai mahram? Mereka berpendapat adalah lebih baik sekiranya mahram itu seorang lelaki. Bagi mereka, bermahramkan seorang lelaki lebih menjamin keselamatan ibu sewaktu mengerjakan ibadah haji. Namun, ibuku berpandangan sebaliknya. Ibuku berasa lebih mudah dan selesa ditemani oleh seorang perempuan kerana setiap waktu pasti dirinya akan diiringi oleh seorang “bodyguard perempuan” dalam melaksanakan amalan-amalan seharian dari pagi sehingga petang. Keputusan yang diambil 
Ustaz Dr. Abdullah Yasin, Murabbi Ibu
oleh ibu tidaklah diputuskan secara melulu. Ibuku telah mendapatkan nasihat dan pandangan daripada beberapa orang ustaz yang faqih dan berpengalaman dalam haji. Natijahnya, mereka berpandangan harus bagi ibuku untuk ditemani mahram seorang perempuan.Tambahan pula, aku mempunyai halangan untuk menemani ibuku menunaikan haji. Hal ini demikian kerana aku terpaksa menduduki peperiksaan STAM yang semakin hampir tatkala keberangkatan ibuku ke Tanah Suci Makkah.

Arghhh...exam..exam..

   Rasa bersalah menyelubungi diri kerana diri ini tidak dapat menemani ibu untuk menunaikan haji. Namun, ibu berfikiran positif tetang keuzuranku itu. Ibuku berkata kepadaku:

“ xpe nak. Keutamaan kamu sekarang untuk fokus dalam peperiksaan STAM. InshaAllah semua berjalan lancar mak pergi haji dengan Nuha”

  Hatiku cukup tenteram tatkala mendengar jawapan ini. Aku kagum dengan cara beliau yang cukup positif dalam menghadapi masalah yang berbangkit. Setelah beliau dan adikku pulang dari Tanah Haram, mereka menceritakan  pengalaman mereka  sepanjang pelaksanaan haji. Cerita haji mereka memukau hadirin yang mendengarnya. Hatiku menjadi berkobar-kobar untuk mengerjakan haji lalu aku bermonolog:

 “ Ya Allah, bilalah peluang untuk aku pergi haji??......”

Bilalah ak boleh wat haji..hmmm


Perancangan Allah itu Lebih Baik

   Penantian demi penantian, akhirnya persoalan yang senantiasa bermain di fikiran tentang haji terjawab. Ternyata, Allah mahu memberikan aku sebuah kebaikan yang tidak pernahku gambarkan selama ini. Tidak terpilih untuk menemani ibu tercinta bermusafir dalam rehlah haji pada tahun 2010 bukan bermakna tiada peluang lagi untukku pada masa akan datang, bahkan sebenarnya Allah menangguhkan peluang itu ke suatu masa yang lain. 

   Setahun selepas ibuku pulang dari musafir haji, aku dan ibuku berpeluang menunaikan ibadah umrah di bulan Ramadhan yang mulia malah tahun berikutnya aku memperolehi khabar gembira tentang penerimaanku sebagai 
Pintu Depan Universiti Islam Madinah
pelajar di Universiti Islam Madinah. Kemuncaknya, aku dan rakan-rakan seperjuangan yang lain dipilih sebagai tetamu-Nya bagi menunaikan haji setelah setahun bermukim di Kota Bercahaya dalam sebuah perjalanan menuntut ilmu.

“MashaAllah, la haula quwatta illah billah. Sesungguhnya ia adalah kurniaan Tuhanku.”

   Sesungguhnya perasaan gembira atas segala ni’mat kurniaan Ilahi ini tidak mampu digambarkan kata-kata. Allah mahu menguji hamba-Nya adakah ia bersyukur atau pun disebaliknya atas setiap ni’mat kurniaan-Nya. 


Seandainya hamba-Nya bersyukur akan ni’mat kurniaan-Nya, maka Allah akan menambahkan kurnia-Nya, namun seandainya hamba-Nya kufur, maka azab yang pedih yang menanti hamba-Nya di akhirat sana.




Pernah terlintas di fikiran ini akan apakah sebab Allah menangguhkan pemergianku ke Makkah bagi menunaikan Haji. Kenapa Allah tidak
Masjid Nabawi, Madinah Munawarrah
membenarkan aku pergi sahaja haji bersama ibu pada tahun 2010 itu? Soalan ini akhirnya dijawab secara tidak langsung oleh Syeikh Ali ibnu Khalid Ad-Duwaish, murabbi kami di Kota Bercahaya Madinah dalam salah satu pertemuan kami bersama beliau. Antara mutiara katanya yang masih aku segar dalam ingatanku:

“ Para sahabat S.A.W telah dididik dan ditarbiyah oleh baginda Muhammad S.A.W dalam tempoh 6-10 tahun lamanya sebelum mereka menunaikan fardhu Haji di Makkah. Natijahnya, mereka memperolehi haji mabrur iaitu haji yang 100% bersih daripada segala dosa dan kesilapan.”

  Syeikh Ali juga membuat perbandingan antara segelintir para pelajar universiti yang tergesa-gesa mahu menunaikan haji dengan segera dengan jemaah haji yang datang daripada seluruh pelusuk dunia dalam keadaan usia mereka yang sudah lanjut. 

Syeikh Ali ibnu Khalid AdDuwaish (Hafizahullah)

Syeikh menceritakan pengalaman beliau mengenai beberapa orang pelajar universiti Islam yang mendatangi beliau lalu merayu merintih untuk memberi peluang kedua mereka untuk dibiayai perjalanan haji mereka. Hal ini demikian kerana saat mereka melaksanakan haji pertama, mereka lakukannya secara sambil lewa tanpa adanya kesungguhan bagi mendapatkan haji yang mabrur kerana barangkali mereka berpeluang melaksanakan haji dalam keadaan senang-lenang setelah segala perbelanjaan haji mereka ditanggung sepenuhnya oleh orang lain. Sudah pasti Syeikh menolak permintaan mereka kerana hanya pelajar baru universiti yang tidak pernah mengerjakan haji yang ditanggung sepenuhnya oleh pihak lembaga. Keadaan pelajar tersebut pastinya jauh bebeza dengan jemaah haji yang lain. Jemaah haji yang lain mereka terpaksa mengumpul duit yang secukupnya bagi membolehkan mereka mengerjakan haji di Makkah. Sebahagian besar daripada mereka telah mula mengumpul duit
Duit Simpanan Untuk Haji
semenjak mereka kecil lagi. Namun, mereka hanya berpeluang bermusafir ke Makkah dikala usia senja. Barangkali kerana kesusahan mereka dalam mendapatkan peluang menunaikan fardhu haji, mereka kelihatan begitu bersungguh-sungguh dalam melaksanakan ibadah mereka. Mereka berdoa dengan penuh mengharap sambil bercucuran air mata mereka. Mereka juga bersungguh-sungguh pergi ke masjid bagi menunaikan solat secara berjemaah. Ketahuilah bahawa dengan melihat kesungguhan mereka membuatkan kita menjadi serba salah dan tercabar. Masakan tidak, mereka yang sudah lanjut usia lebih bersemangat dan lebih kuat stamina walaupun fizikal luarannya lemah berbanding anak muda yang fizikal luarannya lebih kuat namun lesu, malas, malah selalu ditimpa kesakitan dalam mengerjakan rukun Islam kelima itu!!! 

Seorang Jemaah Haji Sedang Berdoa


  Astaghfirullah.. Kepada-Mu, aku memohon ampun Ya Allah. Sesungguhnya, kata-kata hikmah yang terbit daripada mulut syeikh Ali membuatkan kami tersentak seketika. Ya, kami tidak menafikan bahawasanya kami agak tergesa-gesa mahu menyelesaikan ibadah haji itu. Barangkali, perasaan itu terbit daripada jiwa anak muda kami yang sentiasa panas dan berkobar-kobar.

Bersambung...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan