SPM 2009
Siri 1-
suasana dewan peperiksaan |
Tahun
2009 merupakah tahun dimana penulis menduduki
SPM yang merupakan antara peperiksaan yang terpenting dalam sejarah sebagai seorang pelajar di Malaysia..kalimah
SPM merupakan singkatan kepada Sijil
Pelajaran Malaysia..namun,kalimah SPM itu sendiri mempunyai takrifan yang
berbeza menurut pandangan pelajar…ada yang berpendapat bahawa
“SIJIL PALING MAUT”,
xkurang
juga yang menggelarnya sebagai
“ SAAT
PALING MENCABAR”,
“ SIBUK
PIKIR MASA DEPAN “,
“SAAT PALING MENEKAN”
dan pelbagai lagi tafsiran lain yang tidak
mampu penulis coretkan dalam tulisan
ini… barangkali, setiap tafsiran yang
lahir dari benak fikiran para pelajar ini sedikit sebanyak
menterjemahkan
perasaan yang terpendam selama ini di lubuk sanubari para pelajar..resah
gelisah, gundah gelana, lemah semangat pasti seringkali menghantui benak
fikiran para pelajar..hal yang sedemikian kerana rata2 pelajar tidak memberi suatu
penekanan yang serius dikala menuntut
waktu tingkatan 4 dan 5…sebahagian pelajar
merasakan seakan ada suatu “ honey moon “ dikala tingkatan 4 setelah
berhempas pulas dalam menghadapi peperiksaan PMR..namum, hakikatnya adalah
disebaliknya.. pengajian tingkatan 4 merupakan satu tempoh yang sangat perlu
bagi seorang pelajar utk memberi penekanan yg serius terhadap subjek2 yang
dipelajari…krn di kala tingkatan 4 adalah permulaan kepada satu pembelajaran
yang bersifat pengkhususan
sama ada dalam bidang Sains Tulen, Sains Teknikal,
Sains Perakaunan dan Vokasional…
ala xpahamla...mcmne ne...hmmm |
kelas sains tulen |
Malangnya, kebanyakan pelajar xmemberikan focus sepenuhnya akan apa yang
diajar dalam bilik darjah disamping
mereka banyak menyibukkan diri
dalam aktiviti kurikulum dan kokurikulum yang sedikit sebanyak menjejakan
daya tumpuan mereka dlm bilik darjah..natijahnya, para pelajar tersebut akan
menjadi kelam kabut saat menjelang SPM kerana
memikirkan akan timbunan buku
yang banyak yang perlu diulangkaji, banyak subjek2 yang xdpt dikuasai dgn baik
dek kerana kurangnya daya focus dikala guru mengajar…malah sikap sesetengah
para guru yang seringkali memomokkan bahawa SPM ini perkara yang sgt penting
dlm hidup pelajar antaranya
byknyer buku nk bace weh!! |
“SPM penentu masa depan awak..”
“SPM boleh tolong awak
utk maju ke depan”
”SPM bole bantu awak masuk U”
momokan2 seperti ini
menambahkan lagi tekanan dan kerungsingan pelajar sebelum menghadapi
SPM….bak kata pepatah melayu, “sudah jatuh ditimpa tangga’..inilah reality yang
dihadapi sebahagian
pelajar yang bakal menghadapi SPM..kesannya, pelajar ini
xdapat menjawab yang terbaik dalam peperiksaan SPM dan hasilnya mereka memperolehi
keputusan yang begitu TIDAK MEMBERANGSANGKAN!!!
sudah jatuh ditimpa tangga...aduii..sakit!! |
Keputusan
SPM yang penulis peroleh cukup menyedihkan
…(1A+,2A,1A-,3B+,2B,2C+)
SIJIL SPM 2009 |
GRED inilah yang terpapar di slip
keputusan peperiksaan penulis….dikala
itu mata ini seakan2 terjojol keluar dari kelopak mata ini…masakan
tidak,penulis seakan seakan tidak percaya dan percaya
bahwa itulah yang
keputusn yang penulis peroleh..hasrat sudah hancur berkecai, xdapat terbayang
bagaimana pilunya hati ini saat menatap sekeping kertas..namun apakah daya,
bukankah itu semua sudah menjadi
ketentuan Tuhan yang mengatur segala-segalanya.. pasrah dan rehda itulah
jawapannya bagi mngubat hati yang lara..
sesungguhya masa yang sudah berlalu tidak boleh dipatah balik…
biar betol keputusan SPM ak!tidak!! |
hidup mesti
diteruskan..
Lalu,
penulis memandang ke arah ibu yang sedang tecegat berdiri di sebelah diri ini
yang sama2 menemani penulis mengambil slip bersejarah itu.. lalu
penulis berkata kepada mak tercinta dengan
suara yang sayu,yang hanya mampu didengari
oleh telinga kami berdua,
memujuk ibu.. |
Penulis : “mak, kite pinta maaf banyak2 mak…”
Tiada sepatah perkataan yang keluar dari
mak..beliau hanya mendiamkan diri..barangkali terkejut dan terkesima dengan
sebuah “hadiah” yang cukup menyayat hati daripadaku…sesungguhnya tidaklah dapat
penulis bayangkan akan kesedihan yang teramat sangat dalam lubuk sanubari
seorang ibu..kesedihan akibat sebuah kematian insan yang tersayang yang masih
belum terubat ditambahkan lagi kepiluan hati mak dengan keputusn anak yang
cukup “memberangsangkan sangatlah”….dikala itu,jiwa ini
diselubungi perasaan bersalah yang teramat mendalam..masakan tidak,seorang anak
telah melukakan hati ibunya..walhal mak telah menyediakan persediaan yang
secukupnya..makanan sedap2 belaka mak masak, duit belanja tiap2 minggu mak bagi
bila datang melawat ke asrama, ada guru tuisyen yang mengajar subjek yang
kurang difahami, dipilih menyertai kelas tuisyen percuma bagi subjek2 kritikal
yang ditanggung sepenuhnya oleh pihak kerajaan negeri..apa yang tidak cukup
lagi????!!!.. sume suda disediakan oleh insan brjiwa besar bergelar
ibu…ternyata aku mempersia2kan segala usaha penat lelah mak dan sume pihak yang
mahu membantu diri ini memperoleh kejayaan yang cemerlang dlm SPM..penulis
merasakan masa depan kelam, gelap malah
seolah2 xada harapan untuk penulis untuk mara ke hadapan…namun, penulis xkan
sesekali ,mengaku kalah dan putus asa dalam jalan perjuangan ini…gagal
sekali bukan gagal selama2nya…penulis mahu
bangkit
semula daripada sebuah kejatuhan…segalanya bermula………….penulis mahukan
buktikan pada mak dan semua orang bahawa
pa dh aku buat... |
bangkit dari kegagalan |
SPM BUKANLAH
SEGALA-SEGALANYA!
Bersambung...
Teruskan dengan sambungannya. Semoga akan ada insan lain yang terinspirasi daripada kisah perjalanan seorang pengembara di bumi-Nya... ~
BalasPadamjazakallah khair ya akhi alhabib Prof Dr Firdani as-Sandakani atas dorongan yang diberikan..inshaallah sy akan terus menulis episod kehidupan yang seterusnya...mohon doa agar segalanya dipermudahkan..hehe
BalasPadam