Bila Tuhan Berbicara..

Bila Tuhan Berbicara..

Rabu, 22 Mei 2013

DI KEHENINGAN MALAM..

Ku LIHAT bULAN mEngambang
  Penulis teringat akan tazkirah yang disampaikan oleh seorang abang senior di dalam musolla.. saat itu penulis menuntut di Sekolah
SAM Bestari,USJ 5
Agama Menengah Bestari, USJ 5..tazkirah yang disampaikan menyentuh perihal bangun malam atau bahasa mudahnya; “QIYAMULLAIL”…perkataan 


QIYAMULLAIL merupakan kata pinjaman daripada perkataan Bahasa Arab namun ia telah digunapakai secara  meluas sejak turun temurun..
perkataan QIYAM bermaksud bangun manakala ALLAIL membawa erti malam..

   Berbaik kepada kisah tadi…abang itu dikenali sbgi Ah Teng (nama glamour waktu skola), dia merupakan seorang yg hafiz quran 30juz dan suara merdu bila mengalunkan ayat2 suci Al-Quran..kini beliau melanjutkan pengajiannya di bumi sungai nil, Mesir…dalam tazkirah
penceramah menyampaikan tazkirah
beliau, beliau menekankan akan peri pentingnya seseorang pelajar itu mengerjakan amalan qiyamullail..beliau berhujah bahawa  dengan mengerjakan  ibadah Qiyamulail, seseorang akan memperolehi satu ketenangan yang luar biasa dalam lubuk sanubarinya…malah keesokkan harinya, mereka yang telah mengerjakan ibadah qiyamulail di malam hari  akan melalui harinya dengan suatu kekuatan dalaman yang luar biasa..hatinya lapang, fikirannya luas, fokusnya tajam antara kesan drpd bangun malam…

Pada mulanya, penulis meragui akan kata2  abg senior itu..kerana
betul ke pe yg abg ne ckp??hmm
penulis berasa mustahil hanya dengan bangun malam boleh memberikan suatu kekuatan dalaman yang luar biasa..lalu, malam tersebut seusai majlis tazkirah oleh abg Ah Teng, penulis mengambil keputusan utk bermalam di musolla bagi memudahkan penulis utk bangun malam..penulis berhasrat untuk membuktikan sama ada kata2 abang itu benar atau sebaliknya..

   Alhamdulillah, dengan izin Allah, hasratku utk bangun malam
bangun2...jom qiyam bro!!
dimakbulkan oleh-Nya yang Maha Mendengar..penulis diberi
qiyamulail
kesempatan untuk mengerjakan qiyamulail pada malam tersebut..terasa sungguh akan keheningan malam..sunyi namun suasana tenang yang cukup mengasyikkan lalu penulis menyempurnakan wudhu’ serta mengerjakan solat sunat tahajjud, taubat, hajat yang setiap satu solat dua rakaat dan diakhiri dengan solat sunat witir 3 rakaat..seusai mengerjakan solat sunat witir, hati penulis terasa begitu tenang sekali…fikiran lapang..penulis mendapat suatu kekuatan yang luar biasa..belum pernah penulis
dengan mengingati Allah, hati menjadi tenang
merasai ketenangan yg begitu luar biasa sebelum ini..inilah kali pertama!! Penulis mengakui bahawa kata2 tazkirah abg Ah Teng mmg benar..selagi xbuat,maka kite xkan tahu kesannya…

Alhamdulillah, penulis telah melakukannya,anda bila lagi??? Namun, apa yang sekali dalam mengerjakan sesuatu ibadah adalah istiqamah, tanpa istiqamah sia2lah ia..bak kata pepatah “ hangat2 tahi ayam “ yang membawa maksud xde istiqamah atau konsisten dalam mengerjakan sesuatu perkara..atau kata orang “ buat ikut mood je, lau nk buat,buatle…lau xde mood, xyah buat “

 Info:
Kelebihan Qiamullail


Daripada Abu Hurairah : Aku bertanya : Wahai Rasulullah! Beritahulah kepadaku tentang suatu amalan yang membolehkan aku masuk Syurga lalu nabi s.a.w bersabda yang bermaksud : Sebarkanlah salam, jamukanlah makan, dirikanlah solat sedangkan manusia lain sedang tidur nescaya engkau akan masuk Syurga dengan selamat
– Dikeluarkan oleh Imam Ahmad, Hakim dan Ibnu Habban   dengan sanad sohih
 
ibadah qiyamulail
Daripada Abdullah bin Salam katanya bahawa nabi s.a.w bersabda yang bermaksud : Wahai sekalian manusia! Sebarkanlah salam, jamukanlah makan, jalinkanlah silaturrahim dan bangunlah untuk dirikanlah solat sedangkan manusia lain sedang tidur nescaya kamu akan masuk Syurga dengan selamat – Dikeluarkan oleh Tarmizi, Ahmad, Hakim, Darimi, Ibnu Majah dan Ibnu Saad dengan sanad sohih
muhasabah musim peperiksaan

Daripada Abu Hurairah katanya bahawa nabi s.a.w bersabda yang bermaksud : Puasa yang paling afdhal selepas puasa Ramadhan ialah puasa pada bulan Allah Muharram dan sembahyang sunat yang paling afdhal selepas solat fardhu ialah solat pada waktu malam
– Dikeluarkan oleh Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasaie, Ibnu Khuzaimah, Ahmad, Darimi, dan Baihaqi dengan sanad sohih

Daripada Abdullah ibnu Umar katanya bahawa nabi s.a.w bersabda yang bermaksud : Wahai Abdullah ibnu Umar! Janganlah engkau menjadi seperti si Pulan di mana dia bangun pada waktu malam tetapi dia tidak melakukan ibadat qiamullail – Dikeluarkan oleh Imam Bukhari, Muslim, Ibnu Majah dan Ahmad  dengan sanad sohih


 Ayuh kita mulakan kehidupan seharian kita dengan qiyamulail…semoga Allah kurniakan kita semua kekuatan dalaman yang luar biasa untuk terus berjuang di siang hari..




Isnin, 20 Mei 2013

GAGAL SEKALI TIDAK BERMAKSUD ANDA GAGAL SELAMA2NYA

 SIRI 2-

Bangkit dari sebuah kejatuhan…keputusan SPM sangatlah mengecewakn …namun tiada manfaatnya utk terus menerus  meratapi akan sebuah “kematian” itu…hidup mesti diteruskan, perjuangan masih panjang…bukankah orang2 tua pernah berkata

“gagal sekali bukan gagal selama2nya”???

 ungkapan ini sangat membekas dalam diri ku..ia seolah2 memberikan kepadaku akan suatu semangat utk bangkit semula..yang suda berlalu, biarkan ia berlalu dan jadikan ia sebagai satu panduan dalam menghadapi perkara2 yang berdatang…

renungkanlah sejenak kata2 di atas

Antara Dua Jalan
   
yang mana satukah pilihanku

Borang online matrikulasi suda diisi…UPU tidak sempatku isi dek kerana habisnya tempoh pendaftaran…aduh…pelbagai persoalan bermain di benak fikiran…

“ish,bole ke dapat matrik ne??? subjek2 sains sume kantoi…adoyai”…rungut penulis dalam hati..

laman web utk pndftrn UPU
“UPU plak,idak plak diisinya..jem2…”

Persoalan demi persoalan terus menerus menerjah kotak fikiran namun tiada satu pun jalan penyelesaian yang datang ke ilham bagi menangani kemelut ini…

Surat tawaran matrikulasi telah sampai ke rumah…tertera alamat Matrikulasi Tangkak,Johor..program yang ditawarkan Sains Tulen..namun, hati menjadi tawar saat melihat surat itu..masakan tidak sume subjek sains tulen, ak memperolehi markah CUKUP2 MAKAN kata orang..

ak bermonolog bersendirian,     
contoh surat tawaran matrikulasi


“Mampu ke ak menyambung pengajianku ke bidang Sains Tulen ne? result SPM un kantoi derrr…paham un xberape…minat un makin hari makin hilang..


Ya Allah pimpinkanlah hamba-Mu dalam menangani kemelut yang dihadapi…
  Tiba2 terlantas di hati,

“teruskan je STAM  tu…manala taw disitu ada peluang yang lebih cerah utk terus maju dalam pelajaran”..

 Ak terdiam..terkedu..ye x ye..dalam diam, ak menyetujui lintasan ak itu..sedar tidak sedar sudah 3 bulan ak mempelajari  subjek  STAM (singkatan utk Sijil Tinggi Agama Malaysia)…ada benarnya kata hatiku tadi…sejak melangkah masuk kealam STAM, hatiku  seakan jatuh cinta..masakan tidak, dikala STAMla, ak cuba membina sebuah kehidupan yang baru setelah mengalami suatu kejatuhan yang tragis dlm SPM.. STAM  jugalah tempat aku mengubati luka hati dek kesedihan yang mendalam setelah SPM..

 Mengimbau memori silam…

    Sewaktu ak mahu mendaftar sebagai pelajar STAM, ak xmempunyai suatu keinginan serius utk menduduki peperiksaan STAM, malah ak hanya menuruti ajakan kwnku yang kebetulan mahu mendaftar sebagai pelajar STAM…kata orang, 

“mngikut orang je kerjenye”..haha..

ak telah memilih Sekolah Agama Menengah Tinggi Hishamuddin sebagai tempatku menuntut ilmu STAM..ak memilihnya  kerana ia merupakan sebuah  institusi pendidikan yang terletak berdekatan dgn teratakku..


pagar depan SAMTS Hishamuddin

bahkan seringkali terngiang2 akan kata2 penyuntik semangat oleh mantan pengetua SAM  Bestari, haji saharoni

“ sekiranya kalian tidak dapat keputusan dlm SPM, jgn putus asa utk terus mnyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi..kerana masih byk lagi peluang lain utk menyambung pengajian antaranya menduduki STAM..dan saya sangat menggalakan para pelajar utk mngambil STAM kerana ia satu peluang yg sgt baik utk meneruskan pengajian selepas SPM..malah ia boleh membantu anda utk menjdi seornang yang faham agama, dan saya lihat kawan sy berkelulusan bidang agama, hidup mereka senang, hati pun tenang”..

demikian kata2 penyuntik semangat yang dilontarkan oleh seorang pengetua yang penulis kagumi..terima kasih ustaz, smoga Allah melimpahkan rahmat n hidayah kepada dirimu..inshaallah

Di sini ak bermula..

  Menjadi seorang pelajar STAM bukanlah suatu kehidupan yang mudah..bilangan subjek yang mencecah 10 subjek yang bahasa pengantar bahasa arab di samping buku teks yang tebal2 pasti mencabar daya ketahanan seseorang utk terus berjuang di alam STAM..
BUKU2 TEKS STAM

tauhid mantiq, feqh faraid, hadith mustolah, alquran, tafsir dan ushol, balaghah, nahw sorof, arudh qofiah. Insha mutholaah, adab nusus…

ksemua istilah ini merupakan istilah asing dalam kamus hidup sebahagian besar pelajar.. 

sewaktu diriku menjadi pelajar STAM, ak melihat akan ramainya pelajar STAM yang tidak mempunyai daya tahan yg jitu dlm mnghadapi alam STAM yg serba mencabar..ad yg hanya mampu bertahan selama sebulan dua, dua minggu tiga bahkan ada yang hanya menjadi pelajar STAM  selama 1HARI  SAHAJA!!  Malah, dalam sejarah alam STAM, ia seolah2 menjadi tempat persinggahan  atau R & R bagi para pelajar sebelum berpindah ke alam pra-universiti seperti matrik mahupun asasi setelah diumumkan dan tawaran yang disajikan oleh pihak matrik dan ASASI..

Memang persekitaran ini sangat menguji daya juang penulis..sebaik shj keputusan peperiksaan diumuman, maka berbondong2 pelajar2 STAM  meninggalkan  alam STAM dengan slogan: 

“SAYONARA  STAM, sehingga bertemu lagi”….

saat ini benar2 menguji daya juang kami utk meneruskan pengajian
universiti mu'tah  di Jordan
STAM..masakan tidak, sebahagian rakan2 seperjuangan telah melangkah ke alam university di dalam Negara seperti Darul quran, matrikulasi, ASASI mahupun luar Negara seperti di Negara timur tengah seperti Jordan, Mesir, Yaman

Universiti Al-Azhar di Mesir




walhal kami pelajar STAM masih kekal di alam persekolahan dengan memakai UNIFORM PELAJAR SEKOLAH!!....malah ibuku sendiri pada mulanya tidak bersetuju dengan keputusan yang aku ambil untuk meneruskan pengajian di peringkat STAM, kerana beliau berpendapat adalah lebih baik bagiku utk menyambung pengajianku ke peringkat matrikulasi di matrikulasi UIAM Petaling Jaya…
Matrikulasi UIAM,PJ


Namun, penulis telah bertekad utk meneruskan jua perjuangan di alam STAM walaupun apa jua rintangan yang mendatang…penulis mahu membuktikan bahawa melalui STAMlah, penulis mahu bangkit dari sebuah kegagalan!!! Alhamdulillah, dengan limpah kurnianya  dapat menghabiskan pengajian STAM sehingga ke penghujung bersama sahabat2 perjuangan..

Nahtijahnya , penulis memperolehi  keputusan yang memberangsangkan dalam peperiksaan STAM 2010  yakni dengan memperolehi pangkat Jayyid Jiddan ( atau dlm bhse penulis: JAYA JUSCO..hehe  ).. 


SIJIL TINGGI AGAMA MALAYSIA penulis


segala kesyukuran hanya dipanjatkan kepada Allah, tidak dilupakan  juga buat ibuku, Hajjah Noraini Mukhtar yang xputus berdoa buat
anakmu ini disamping menjadi pendorong dan penyuntik motivasi penulis, rakaman penghargaan  ditujukan buat para asatizah, yang tidak jemu mendidik kami agar erti perjuangan dalam menuntut ilmu sehingga kami memperolehi keputusan yang memberangsangkan dalam STAM..Barakallah fikum..hanya Allah jualah yang mampu membalas jasa dan pengorbanan kalian semua..

  Alhamdulillah, setiap sesuatu yang berlaku xberlaku dgn sia2 melainkan terdapat disebalik 1001 hikmah yang tersurat dan tersirat yang perlu disingkap oleh setiap manusia yang melalui setiap pengalamannya…

BENARLAH BAHAWA KEGAGALAN SEKALI BUKANLAH KEGAGALAN SELAMA2NYA BAHKAN KEGAGALAN MERUPAKAN PERMULAAN KEPADA SEBUAH KEJAYAAN AKAN DATANG..penulis sudah membuktikannya..anda bila lagi???

Alhamdulillah, dengan keputusan peperiksaan STAM, penulis telah terpilih utk mnyambung pengajian di Universiti Islam Madinah dalam pengajian Syariah Islam..Ikutilah sambungan kisah yang berikutnya…

Universiti Islam Madinah

BERSAMBUNG

Khamis, 16 Mei 2013

SPM Bukanlah segala-galanya


 SPM 2009

Siri 1-
suasana dewan peperiksaan

   Tahun 2009 merupakah tahun dimana penulis menduduki  SPM yang merupakan antara peperiksaan yang terpenting dalam sejarah  sebagai seorang pelajar di Malaysia..kalimah SPM merupakan  singkatan kepada Sijil Pelajaran Malaysia..namun,kalimah SPM itu sendiri mempunyai takrifan yang berbeza menurut pandangan pelajar…ada yang berpendapat bahawa

“SIJIL PALING MAUT”,

 xkurang juga yang menggelarnya sebagai   



 “ SAAT PALING MENCABAR”,

 “ SIBUK PIKIR MASA DEPAN “,

“SAAT PALING MENEKAN”

dan pelbagai lagi tafsiran lain yang tidak mampu  penulis coretkan dalam tulisan ini…  barangkali, setiap tafsiran yang lahir dari benak fikiran para pelajar ini sedikit sebanyak
ala xpahamla...mcmne ne...hmmm
menterjemahkan perasaan yang terpendam selama ini di lubuk sanubari para pelajar..resah gelisah, gundah gelana, lemah semangat pasti seringkali menghantui benak fikiran para pelajar..hal yang sedemikian kerana  rata2 pelajar tidak memberi suatu penekanan  yang serius dikala menuntut waktu tingkatan 4 dan 5…sebahagian pelajar  merasakan seakan ada suatu “ honey moon dikala tingkatan 4 setelah berhempas pulas dalam menghadapi peperiksaan PMR..namum, hakikatnya adalah disebaliknya.. pengajian tingkatan 4 merupakan satu tempoh yang sangat perlu bagi seorang pelajar utk memberi penekanan yg serius terhadap subjek2 yang dipelajari…krn di kala tingkatan 4 adalah permulaan kepada satu pembelajaran yang bersifat pengkhususan
kelas sains tulen
sama ada dalam bidang Sains Tulen, Sains Teknikal, Sains Perakaunan dan Vokasional…

    Malangnya, kebanyakan pelajar xmemberikan focus sepenuhnya akan apa yang diajar dalam bilik darjah disamping  mereka banyak menyibukkan diri  dalam aktiviti kurikulum dan kokurikulum yang sedikit sebanyak menjejakan daya tumpuan mereka dlm bilik darjah..natijahnya, para pelajar tersebut akan menjadi kelam kabut saat menjelang SPM kerana
byknyer buku nk bace weh!!
memikirkan akan timbunan buku yang banyak yang perlu diulangkaji, banyak subjek2 yang xdpt dikuasai dgn baik dek kerana kurangnya daya focus dikala guru mengajar…malah sikap sesetengah para guru yang seringkali memomokkan bahawa SPM ini perkara yang sgt penting dlm hidup pelajar antaranya

“SPM penentu masa depan awak..”

 “SPM boleh tolong awak utk maju ke depan”

”SPM bole bantu awak masuk U”

momokan2  seperti ini  menambahkan lagi tekanan dan kerungsingan pelajar sebelum menghadapi SPM….bak kata pepatah melayu, “sudah jatuh ditimpa tangga’..inilah reality yang dihadapi sebahagian
sudah jatuh ditimpa tangga...aduii..sakit!!
pelajar yang bakal menghadapi SPM..kesannya, pelajar ini xdapat menjawab yang terbaik dalam peperiksaan SPM dan hasilnya mereka memperolehi keputusan yang begitu TIDAK MEMBERANGSANGKAN!!!





        Keputusan SPM yang penulis peroleh cukup menyedihkan

…(1A+,2A,1A-,3B+,2B,2C+)

SIJIL SPM 2009

GRED inilah yang terpapar di slip keputusan  peperiksaan penulis….dikala itu mata ini seakan2 terjojol keluar dari kelopak mata ini…masakan tidak,penulis seakan seakan tidak percaya dan percaya
biar betol keputusan SPM ak!tidak!!
bahwa itulah yang keputusn yang penulis peroleh..hasrat sudah hancur berkecai, xdapat terbayang bagaimana pilunya hati ini saat menatap sekeping kertas..namun apakah daya, bukankah itu semua sudah menjadi  ketentuan Tuhan yang mengatur segala-segalanya.. pasrah dan rehda itulah jawapannya  bagi mngubat hati yang lara.. sesungguhya masa yang sudah berlalu tidak boleh dipatah balik…
hidup mesti diteruskan..

   Lalu, penulis memandang ke arah ibu yang sedang tecegat berdiri di sebelah diri ini yang sama2 menemani penulis mengambil slip bersejarah itu..  lalu  penulis berkata kepada mak tercinta dengan 
memujuk ibu..
suara yang sayu,yang hanya mampu didengari oleh telinga kami berdua,

Penulis : “mak, kite pinta maaf banyak2 mak…”

Tiada sepatah perkataan yang keluar dari mak..beliau hanya mendiamkan diri..barangkali terkejut dan terkesima dengan sebuah “hadiah” yang cukup menyayat hati daripadaku…sesungguhnya tidaklah dapat penulis bayangkan akan kesedihan yang teramat sangat dalam lubuk sanubari seorang ibu..kesedihan akibat sebuah kematian insan yang tersayang yang masih belum terubat ditambahkan lagi kepiluan hati mak dengan keputusn anak yang cukup “memberangsangkan sangatlah”….dikala itu,jiwa ini diselubungi perasaan bersalah yang teramat mendalam..masakan tidak,seorang anak telah melukakan hati ibunya..walhal mak telah menyediakan persediaan yang secukupnya..makanan sedap2 belaka mak masak, duit belanja tiap2 minggu mak bagi bila datang melawat ke asrama, ada guru tuisyen yang mengajar subjek yang kurang difahami, dipilih menyertai kelas tuisyen percuma bagi subjek2 kritikal yang ditanggung sepenuhnya oleh pihak kerajaan negeri..apa yang tidak cukup lagi????!!!.. sume suda disediakan oleh insan brjiwa besar bergelar ibu…ternyata aku mempersia2kan segala usaha penat lelah mak dan sume pihak yang
pa dh aku buat...
mahu membantu diri ini memperoleh kejayaan yang cemerlang dlm SPM..penulis merasakan  masa depan kelam, gelap malah seolah2 xada harapan untuk penulis untuk mara ke hadapan…namun, penulis xkan sesekali ,mengaku kalah dan putus asa dalam jalan perjuangan ini…
gagal sekali bukan gagal selama2nya…penulis mahu bangkit
bangkit dari kegagalan
semula daripada sebuah kejatuhan…segalanya bermula………….penulis mahukan buktikan pada mak dan semua orang bahawa  

SPM BUKANLAH  SEGALA-SEGALANYA!

Bersambung...

Rabu, 15 Mei 2013

Hasrat Ayah Menjadi Penulis



 
penulis bersama ayah 
  Ayah…ayah..setiap manusia secara fitrahnya dilahirkan dari seorang ayah mahupun ibu..melainkan Nabi Adam alaihi assalam yang dilahirkan tanpa seorang ayah mahupun ibu serta Nabi Isa alaihi assalam yang dilahirkan daripada seorang ibu bernama Maryam tanpa kehadiran seorang ayah… insan bergelar ayah ini pasti mempunyai hasratnya yang tersendiri buat anaknya yang tercinta…ini xdpt dinafikan lagi…namun adakalanya hasratnya terpendam shj di lubuk sanubarinya tanpa diluahkannya pd si anak..kerana apa?? Mungkin kerana takut akan hasratnya bakal membebankan si anak utk memikulnya.. wallahua’alam


 
menulis dimana jua
Mengimbau memori silam bersama ayah…ayah pernah menyuarakan hasrat terpendamnya kepada penulis...utk meringkas cerita, ikuti perbualan di bawah..


Ayah : ayah dulu sewaktu masa remaja teringin benar nak menjadi seorang pnulis…ayah suka menulis..tapi hasrat ayah tidak tercapai

Penulis : kenapa hasrat ayah yang tercapai??

kesibukan dalam buisness
Ayah : mungkin sebab ayah terlalu sibuk menumpukan dalam pembangunan kerjaya ayah sebagai businessman.. dalam kesibukan, sangat sukar bagi ayah utk mencari waktu utk menulis…padahal, ayah nak memulakan usaha utk menjadi penulis dengan bekerja sebagai pekerja am dalam bahagian  percetakan dalam salah sebuah NGO Islam pada tahun 80-an dulu..bahkan ayah telah mendaftarkan diri di ITM (singkatan kpd Institut Teknologi Mara) bagi mendalami ilmu Komunikasi..ayah mahu mempertingkat lagi kemahiran ayah dalam percakapan dan penulisan…namun, takdir Allah telah meletakkan ayah dalam bidang percetakan daripada bidang penulisan..

ITM Shah Alam
Penulis : “ owh, okla tu ayah..walaupun ayah tidak menulis, namun ayah tetap dapat menyumbang ke arah pembangunan penulisan umat Islam dengan mencetak dan menerbitkan hasil tulisan penulis2 Islam dan disebarkan kepada masyarakat..bukankah ini kerja dakwah ayah untuk masyarakat Islam?? ”

Mesin Cetak
Ayah : betul tu nak.. pandai anak ayah berbicara ye.. xpelah, walaupun ayah xdpt menulis, mencetak hasil tulisan orang Islam buat tatapan masyarakat.. sebab itu ayah berhasrat nak yang dapat menunaikan hasrat ayah untuk menjadi penulis kelak..bole ke nak??

Penulis : inshaallah ayah..kite akan cuba tunaikan hasrat ayah..

Jujurnya, penulisan bukanlah satu subjek yang diminati oleh penulis ketika menuntut ilmu di bangku sekolah dahulu..kerana diri ini tidak suka menulis dalam bentuk yang tersusun dan berfakta…lebih2 agi seringkali berlaku ketandusan idea dikala mahu mengarang satu penulisan terutama saat penulis menghadapi peperiksaan dimana ditetapkan satu masa yang khusus bagi menyiapkan satu penulisan…
Boring...boring...asyik2 nak menulis jer..

  Namun, seakan berlaku satu perubahan dalam diri ini yang mahu untuk menulis sesuatu…sedangkan bidang penulisan bukanlah kegemaran penulis.. barangkali hadirnya kemahuan untuk menulis  ini terbit dari sebuah hasrat seorang ayah yang mahukan anaknya menjadi seorang penulis..tambahan pula, pengaruh
kena semangat...yerhhh!!
persekitaran penulis yang terdiri dari rakan2 yang mahu menjadi penulis melonjakkan semangat diri ini untuk mula menulis secara serius..maka, penulis telah memutuskan untuk membuka BLOG
sebagai medium untuk diri ini melatih diri untuk menulis secara serius di samping mengasah kemahiran penulisan sebagai satu alat untuk berdakwah kepada masyarakat…

semoga Allah meredhai usaha kerdil ini.. 
Amin Ya robb..



Blog Penulis.....jemput singgah yer!!





Selasa, 14 Mei 2013

Di sebalik insan OTAI


 
MAT REMPIT BERAKSI
  Perkataan OTAI merupakan satu label yang seringkali  ditujukan buat golongan yang berperibadi nakal mahupun jahat seperti Geng Mat Rempit, perokok, Gengster jalanan dan pelbagai perbuatan yang lain…malah ada yang menakrifkan perkataan OTAI itu sendiri merupakan singkatan kepada Orang Tak De Iman…sejauh mana kebenaran kata2 ini, penulis sendiri tidak mengetahuinya…wallahua’lam…
     Penulis ingin berkongsi dengan para pembaca tentang pengalaman peribadi berhadapan dengan mat Otai ne…peristiwa ini berlaku kira2 2 tahun lepas ketika penulis sedang menunggu di salah sebuah
tempat menunggu KTM
stesen KTM di Klang… ketika itu, penulis ingin membeli tiket kereta api utk pulang ke rumah penulis di Kuala Lumpur namun kaunter jual tiket ditutup…malah, mesin pula meragam yang mahu jumlah bayaran yang tepat (penulis hanya mempunyai not duit yang besar)…malah duit kecil yang ada ketika itu tdiak mencukupi untuk membeli tiket pulang… ia menimbulkan kerungsingan di hati penulis…malah kehadiran seorang pemuda yang penampilan dicurigai
dilanda keresahan
menambahkan lahi genduh gelana di hati penulis..pemuda tersebut yang berambut pacak, menghisap rokok dan memakai cermin mata hitam..tiba2 pemuda itu menghampiri penulis…degupan jantung bertambah kencang..lalu dia menyapa penulis:

“ Nape bang?”

Penulis menjwb: “ xde, mesin ne dia xterimalah duit
mesin tiket KTM
besar dea nk bayaran yang tepat je”  hmmm…1001 persoalan bermain di fikiran…degupan jantung bertambah agi kencang…pelbagai prasangka buruk sudah menerjah di fikiran…hanya berserah kepada Allah adalah jalannya dalam menghadapi situasi begini…

Mat otai : “ xpe, cuba abang masukkan agi..”

syiling malaysia

Pergerakan di saat itu bagaikan dikawal oleh dia...mcm robot…aka menuruti je pe yang dia suruh…ak memasukkan satu persatu not seringgit ke dalam mesin..namun, bayaran ku masih berbaki 30 sen..bagaimanakah ak mahu melunaskan bayaran tersebut? Ak xmempunyai sebarang syiling utk melunaskan bayaran tersebut…lalu, mamat tadi memasukkan 30 sen ke dalam mesin tersebut…Alhamdulillah, bayaran sudah dilunaskan, tiket dipegang dengan penuh erat…dalam hati, ku panjatkan infiniti kesyukuran…lalu ak berpaling pada mamat tadi dan berkata,

 “duit adik 30 sen td mcmne?”

..mamat tadi menjawab pertanyaan hanya dengan melambai tangan ( isyarat yg menunjukkan dia menghalalkan duit 30 sen tadi )
xpe bro halal...

     Perasaan yang pada mulanya gelisah, sudah bertukar menjadi gembira yang bukan kepalang di samping terharu akan sikap murah hatinya terhadap aku sekalipun dilihat dari penampilan umpama samseng jalanan…Allah Akhbar...Ini adalah ni’mat kurniaan Tuhanku… peristiwa ini membekas dalam jiwaku..peristiwa yang ringkas, namun kesannya masih membekas di lubuk sanubari sehingga kini..sesungguhnya Allah telah memberikan aku suatu pengalaman yang tidak ternilai…Allah mahu mendidik jiwa ini agar sentiasa bersangka baik dengan sesiapa jua tidak kira macamana jua penampilannya namun dalam keadaan yang berhati2..sikap tawakkal yang sepenuhnya kepada Allah telah ku perolehi melalui pengalaman ini.

   
terharunyer!!
    .Alhamdulillah, teringin benar ingin berjumpa dengan pemuda tadi..kerana kelakuannya itu telah membuka fikiran dan pintu hati agar lebih berusaha untuk mengenali golongan ini dengan lebih dekat…malah, mereka jugalah antara sasaran dakwah di Malaysia..ketandusan jiwa akibat tiada penghayatan agama dalam diri menyebabkan mereka menjerumuskan diri dalam lembah kebinasaan…
ustaz berjiwa anak muda
     Kemunculan ustaz selebriti seprti Ustaz Azhar Idrus telah membuka suatu dimensi baru dalam perkembangan dakwah di Malaysia…kejayaan ustaz Azhar idrus dalam menawan hati anak muda mengikuti program dakwah merupakan suatu yang tidak pernah berlaku dalam sejarah perkembangan dakwah di Malaysia..hal ini sedemikian xpernah sebelum ini kerana rata2 program dakwah  hanya yang dihadiri oleh mereka yang dikenali “kaki masjid” atau Tok Lebai..amat jarang sekali utk menjumpai golongan seprti mamat Otai dan Taiko dalam program berbentuk dakwah..namun, kini segalanya telah berubah dimana golongan OTAI boleh duduk
suasana kuliah agama
sekali bersama pak lebai di masjid bagi menghadiri kuliah agama..alhamdulillah…segala kesyukuran dipanjatkan kpd Allah…
sham kamikaze
malah penghijrahan golongan artis secara beramai2 ke arah kehidupan Islamik menyumbang kepada perkembangan dakwah kerana mereka mempunyai pengaruh yang sangat besar dalam masyarakat...

Ya Allah, Engkau izinkanlah hamba-Mu yang kerdil ini menjadi pejuang agama yang bakal menyuburkan dakwah di bumi Malaysia kepada semua golongan sasaran…

Ke Arah Menyuburkan Bumi Malaysia dengan Siraman Dakwah