Dua Perayaan
Agung
Saban tahun,
masyarakat Muslim meraikan dua perayaan agung dalam Islam. Perayaan yang
dimaksudkan adalah Hari Raya Eidulfitri dan Hari Raya ‘Aidiladha Eiduladha. Eidulfitri
disambut bersempena dengan kemenangan yang diperoleh hasil daripada titik peluh
dan jerih payah dalam mengharungi sebuah perjuangan selama sebulan
berlangsungnya bulan Ramadhan yang mulia lagi diberkati, manakala ‘Aidiladha
dirai sempena memperingati pengorbanan manusia agung iaitu Nabi Ibrahim
Alahissalam dalam peristiwa penyembelihan anak kandungnya, Nabi Ismail
‘Alahissalam
atas dasar menuruti perintah Allah. Sesungguhnya ia adalah salah satu daripada
ni’mat agung yang dikurniakan oleh Allah kepada kita semua.
Lembu ditumbangkan sempena Eidul Adha |
Perayaan Ala
Melayu VS AraB
Perayaan ‘Aidilfitri dan ‘Aidiladha disambut dengan meriah sekali dalam
kalangan masyarakat Melayu Islam. Hal ini merupakan suatu perkara yang tidak
dapat dinafikan oleh mana-mana pihak. Tambahan pula, perayaan ‘Aidilfitri
berlangsung selama sebulan. Dalam tempoh sebulan, setiap keluarga berebut-rebut
untuk mengadakan aktiviti “Rumah Terbuka” atau “Open House” yang pastinya dihidangkan
dengan pelbagai juadah yang enak lagi menyelerakan seperti ketupat, lemang,
rendang, kuih-muih, dodol dan lain-lain. Rumah Terbuka
merupakan istilah yang
digunapakai bagi merujuk kepada Tuan Rumah yang mengadakan majlis makan-makan
bagi mempelawa orang ramai bertandang ke rumahnya untuk menjamah juadah yang
disediakan bersempena Hari Raya ‘Aidilfitri malah duit yang diletakkan di dalam
sampul yang dikenali sebagai “ Duit Raya” turut diberikan kepada anak-anak
kecil yang bertandang ke rumah. “Duit Raya” telah menjadi tarikan utama bagi
kanak-kanak untuk bertandang ke rumah sanak saudara, jiran tetangga serta
sahabat handai pada Hari Raya sejak turun-temurun…hehehe.
RUMAH TERBUKA HARI RAYA |
Namun terdapat
perbezaan yang ketara antara masyarakat Melayu dengan masyarakat Arab dalam
menyambut Hari Raya. Jika masyarakat Melayu menyambut Hari Raya dengan
gilang-gemilang, masyarakat Arab pula adalah sebaliknya.
Orang Arab Palestin |
Persoalannya, mengapakah sambutan Hari Raya dalam kalangan
masyarakat Arab kelihatan begitu pasif dan muram sekali ?????
Jawapan…jeng…jeng.. jeng..
SUASANA BERBUKA PUASA DI MASJID NABAWI (MERIAH KAN??) |
“Perayaan” bagi
masyarakat Arab adalah ketika berlangsungnya bulan Ramadhan. Ramadhan bagaikan
suatu saat yang dinanti-nantikan kerana kedatangannya membawa satu sinar
kebahagian bagi mereka. Hal yang demikian kerana kerana dalam bulan Ramadhan
seolah-olah terdapat satu acara tahunan iaitu “Festival Ibadah”. Pelbagai ibadah yang dilaksanakan sepanjang
Ramadhan. Selain ibadah puasa yang sememangnya telah menjadi kewajipan ke atas
setiap Muslim, amalan-amalan sunat seperti
solat sunat Tarawikh, Qiyamulail,
I’tikaf di masjid, Tadarus dan Tadabbur Quran juga dilaksanakan. Bahkan semua
amalan dipertingkatkan ketika bermulanya episod 10 malam yang terakhir umpana
kereta F1 yang ditingkatkan kelajuannya saat mendekati garisan penamat dalam
litar. Hehe. Di Arab Saudi, pihak kerajaannya telah mengisytiharkan 10 malam
terakhir di pada bulan Ramadhan sebagai cuti umum negara tersebut bagi
membolehkan rakyatnya menumpukan usaha pada memperbanyakkan amalan sunat bagi
memburu malam yang dinanti-nantikan oleh semua iaitu Malam Lailaltul Qadr.
Firman ALLAH dalam Surah Al-Qadr, ayat 1-4:
SUASANA SOLAT TARAWIKH DI MESIR |
Daripada Abu Hurairah
RA katanya:
Rasulullah SAW pernah
menggalakkan sahabatnya berqiam Ramadhan tanpa menyuruh mereka dengan
kesungguhan (yang menunjukkan wajib), kemudian sabdanya:
“Barangsiapa yang
berqiam Ramadhan dengan penuh keimanan dan ihtisab (mengharapkan redha dan
ganjaran Allah) akan diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu”
(Diriwayatkan
oleh Al-Bukhari, Muslim, Abu Dawud, al-Tirmizi dan
al-Nasa’i)
Alhamdulillah, penulis juga telah berpeluang
mengerjakan ibadah Umrah bersama ibu tercinta, dan pak cik serta mak cik yang
dikasihi pada 10 malam terakhir dalam bulan Ramadhan. Sesungguhnya ini adalah
kurniaan Tuhanku. “Festival Ibadah” di Makkah dan Madinah tiada tolok
bandingnya daripada aspek kemeriahan sambutannya. Siangnya meriah dengan urusan
perniagaan manakala malamnya meriah dengan aktiviti masyarakat Arab yang berebut
mahu menyumbangkan juadah berbuka puasa, solat Tarawikh 20 rakaat yang
diimamkan oleh imam yang memiliki suara yang merdu seperti Sheikh Dr.
Abdurrahman As-Sudais, Sheikh
BAITULLAH TEMPAT YANG DIRINDUI SEMUA |
Sheikh Dr. Abdul Rahman AsSudais Rahimahullah |
Namun malangnya,
kedatangan bulan Ramadhan yang mulia kepada masyarakat tanah airku bagaikan
tidak bermakna. Masakan tidak, sebahagian besar pusat membeli-belah sudah mula
memasangkan
SHOPPING MALL |
BAZAR RAMADHAN |
Kenyanglah..
Penatlah..
Letihlah..
Sibuklah..
Ini adalah antara alasan yang sangat lazim dilontarkan apabila
ditanya kenapa tidak pergi ke Masjid…? Walhal, mereka mempunyai kekuatan
dalaman yang LUAR BIASA tatkala menjejakkan kaki ke Pusat Membeli Belah, Hotel,
dan Bazar Ramadhan!! Sekadar ber “post-mortem” setelah berlalunya Ramadhan..
Teringat akan lirik yang didendangkan oleh artis Tanah Air, Jamal Abdillah:
Teringat akan lirik yang didendangkan oleh artis Tanah Air, Jamal Abdillah:
Aduh Sakitnya, Bukan Kepalang!!
(sakit melihat reaksi masyarakat Melayu terhadap sambutan
Ramadhan)
Apa yang Dikejar
Saat Beraya??
Hari Raya ‘Aidilfitri merupakan detik yang dinantikan tika
mana Ramadhan mulai melabuhkan tirainya.
Persoalannya: Apakah yang ingin kita kejar saat berhari Raya ??
Jualan Murah / Sale Raya?
SALE!! SALE!! |
Barangkali, perkara-perkara di atas akan menjadi jawapan yang lazim diberikan jika soalan itu diutarakan kepada kebanyakan orang. Namun malangnya, kebanyakan daripada kita lupa akan kemanisan sebenar ketika berhari raya. Apakah perkara yang penulis dimaksudkan ??
Pasti ramai yang akan tertanya-tanya akan jawapannya. Masakan tidak, selama ini kita sering tenggelam dalam arus kehidupan masyarakat yang rata-ratanya bersikap materialistik sehingga mengabaikan keperluan sprititual individu.
Pada pandangan penulis, erti kemanisan berhari raya terletak
pada ikatan silaturrahim yang terjalin.
Keindahan
Silaturrahim Ketika Beraya
Erti Hari Raya terletak pada silaturrahim yang terjalin.
Terpulang kepada para pembaca untuk menilainya kerana setiap orang pasti ada
penilaian dan pengamatannya yang tersendiri. Teringat akan
lirik lagu yang
cukup masyhur di Malaysia:
ALBUM LAGU RAYA |
1)
Anak Muda di Perantauan,
Semuanya pulang ke
desa,
Ibu dan Ayah
keriangan.
2)
Setahun menghilang,
Sekarang Berjumpa,
Hari yang Mulia,
Selamat Hari Raya.
Dua potong lirik lagu di atas sudah memadai untuk
menggambarkan kepada kita akan sambutan Hari Raya yang sangat
berkait rapat
dengan hubungan silaturrahim. Masakan tidak, pada Hari Raya, anak-anak yang
bekerja mahupun yang tinggal di bandar akan berbondong-bondong pulang ke
kampong halaman sama ada dengan menaiki kereta, bas, kereta api dan kapal
terbang. Pada Hari Raya juga kita akan saling menziarahi keluarga terdekat,
jiran tetangga dan sahabat handai. Hari Raya juga merupakan masa yang sesuai
untuk berkumpulnya satu keluarga di bawah satu bumbung lantaran tiadanya masa
yang terluang dek kesibukan di tempat kerja. Pada Hari Raya jugalah ahli keluarga
secara bergotong-royong menyiapkan juadah raya
seperti lemang, rendang,
ketupat, dodol, kuih muih dan pelbagai jamuan lain. Bersempena Hari Raya,
individu-individu bagaikan bersaing dalam memberi makan kepada orang ramai
dengan menganjurkan program “ Rumah Terbuka’.
BERSALAMAN DENGAN IBU BAPA SATU KEMULIAAN |
KACAU DODOL KE BANG? |
Namun, dalam kita bergembira menyambut Hari Raya, jangan
sesekali kita lupa akan golongan yang kurang bernasib baik seperti orang
miskin, fakir, ibu tunggal dan anak-anak yatim. Mereka juga berhak untuk
meraikan dan dirai dalam sambutan Hari Raya. Bukankah Erti Hari Raya terletak
pada hubungan silaturrahim ?? Jangan sesekali kita biarkan mereka berasa
dipinggirkan saat semua orang bergembira menyambut perayaan yang mulia.
Raikanlah bersama mereka. Jemputlah mereka bertandang ke rumah bagi menjamah
juadah raya yang enak lagi menyelerakan. Hulurkanlah sumbangan berupa “Duit
Raya” kepada anak-anak yatim. Semoga dengan pemberian “Duit Raya” tersebut
dapat mengubat sedikit sebanyak kesedihan yang terpendam dikala beraya tanpa
kehadiran ayah dan bonda tercinta. Bahkan, sekiranya terdapat individu yang
berkemampuan , belikanlah sepasang baju raya buat si anak yatim yang masih
kecil agar kehadiran mereka dihargai di samping merealisasikan semangat
perkongsian saat berhari raya.
Ketahuilah, setiap insan tidak kira miskin mahupun kaya, tua
ataupun muda, semuanya berhak untuk merasai kemanisan menyambut Hari Raya
dengan jalinan silaturrahim yang penuh kasih sayang !!
Tidak Ada Maknanya berHari Raya seandainya hubungan
silaturrahim diabaikan!!
Eid Mubarak. Kullu ‘Am Wa Antum Bikhair. Taqoballahuminna wa minkum.
(Selamat Hari Raya Eidulfitri, Setiap Tahun Anda Semua Dilimpahi Kebaikan,
Semoga Allah menerima amalan kita dan anda semua)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan