Bila Tuhan Berbicara..

Bila Tuhan Berbicara..

Jumaat, 14 Februari 2014

MENCARI SEMANGAT BARU UNTUK MENULIS!!


Syeikh, bila enta nak “update” blog? Xsabar nak baca entri seterusnya

Apa kita lau kita bertiga bersaing dalam penulisan di blog..kite tengok siapa yang paling rajin “update”.


  Suatu ketika dahulu kalimat2 ini yang meniti di bibirku. Aku begitu bersemangat sekali nak menulis dan menulis. Bahkan pernah suatu ketika , aku mengirim sekeping foto ke akaun facebookku dan meng “tagging” kawan-kawankuku yang terdiri daripada penulis blog berkenaan ajakan dalam bentuk “perliaan” bagi mengemaskini penulisan masing-masing di laman blog mereka.




   Malangnya, perliaan itu akhirnya memakan diriku. Kata orang, “Terkena batang hidung sendiri”.

   Blogku terbiar tanpa dikemaskini entri penulisannya. Jangankan blog, akaun facebook pun jarang dkemaskini. Kalau buka facebook, sekadar tekan LIKE atau SHARE. Haha. Silent Reader katakan. hehe

Silent Reader..Meowww

   Kini, aku sedang mencari semangat dan azam baru untuk sambung menulis. Idea terlalu banyak dalam kepala, namun mahu diterjemahkan dalam bentuk penulisan, ternyata sukar disamping aku perlu memperbaharui niat aku untuk menulis. Eya aku perlu bermuhasabah paakah tujuan aku mahu menulis sebenarnya. Tepuk Dada Tanya Iman.

   Semoga Allah memberikan kepada diri ini sebuah kekuatan untuk terus menulis dalam mengajak manusia ke arah kebaikan dan meninggalkan keburukan.


Jom Menulis!!