Bila Tuhan Berbicara..

Bila Tuhan Berbicara..

Isnin, 13 Mei 2013

MEMANDANG KEMATIAN INSAN YG TERSAYANG DARI SUDUT PANDANG YG POSITIF



    Tanggal 2 Julai 2009 merupakan satu tarikh bakal terpahat kukuh di memori  kami sekeluarga…pada tarikh inilah, insan tersayang dan yang paling berpengaruh dalam keluarga telah menghembuskan nafasnya yang terakhir menemui Sang Pencipta…beliau yang dimaksudkan adalah Encik Mohamad Azmi bin Haji Mat
kenangan kami bersama ayah
Amin, seorang ayah buat kami adik beradik yang lima serta seorang suami kepada ibu kami, Puan Noraini binti Mukhtar..Jujurnya, pemergian beliau merupakan sesuatu suatu peristiwa yang mengejutkan ramai pihak…Siapa sangka insan yang berumur 46 tahun itu, pergi buat selama-lamanya pada satu usia yang begitu muda..sebab kematiannya adalah kerana tekanan darah yang terlalu tinggi…namun, sebagai seorang muslim, maka kami percaya bahawa permergiannya kerana ajalnya suda tiba…bukankah setiap yang bernyawa itu pasti akan menemui kematian?? 

  Dalam entri blog kali ini,penulis ingin mempersembahkan kepada para pembaca mengenai pengamatan penulis terhadap peristiwa kematian ayahanda tercinta yang luar dari kebiasaan pengamatan orang lain..umum mengetahui bahawasanya saat kematian insan tersayang merupakan saat yang menyedihkan bagi seseorang insan…namun, penulis mendapati bahawa kematian insan tersayang jua boleh menyuntik motivasi diri  dan menjadi antara kenangan manis dalam hidup disebalik saat kesedihan yang perlu ditempuhi…

  
  “Memandang peristiwa kematian dari sudut pandang yang berbeza”

-         malam sebelum ayah dimasukkan kedalam ICU, ayah telah memberikan kepada mak suatu hadiah yang xternilai..hadiah yg dimaksudkan adalah sebuah ungkapan yang singkat lafaznya,namun amat mendalam maknanya..ungkapan berbunyi:  

  “ ney, u ni istri yang solehah”…dan ia merupakan kata2 terakhir yang terbit dari mulut ayah sebelum dia dimasukkan ke ICU

-     
pemandangan hospital PUSRAWI

    Saat ayah dimasukkan dalam ICU PUSRAWI..kesihatan  ayah selama 2hari semakin kritikal dek kerana menderita akan pedihnya tekanan darah yang tinggi…bahkan kebarangkalian untuk mendapat stroke adalah tinggi disebabkan tekanan darahnya yang sudah tidak terkawal…namun Allah lebih menyayanginya, ayah telah menghembuskan nafasnya yang terakhir setelah dua malam dimasukkan ke dalam ICU

-         Urusan pengebumian jenazah yang begitu cepat selesai dilaksanakan oleh ajk kariah masjid....hal ini berlaku ke atas jenazah ayah  saya yang telah disahkan meninggalkan di hospital PUSRAWI jam 7.00pagi dan telah selamat dikebumikan pada jam 11.00pagi di tanah perkuburan islam kampong sungai pusu,berhampiran UIAM..betapa cepatnya dan mudah urusan pengurusan jenazah ayah sehinggakan adik-beradik serta saudara-maranya yang datang jauh dari negeri Perak tidak berkesempatan untuk melihat wajah almarhum buat kali terakhir

-         Ramainya orang yang memandikan jenazahnya serta mendirikan solat jenazah utk ayah..bahkan ada diantara pengunjung yang terdiri daripada boss atasan yang tidak pernah ayah mahupun ibu di samping beberapa pelajar dari China yang mengikuti kursus kepimpinan Imam di UIAM

-        
pengebumian jenazah
Saat pengebumiannya sesak dengan pengunjung yang begitu ramai di tanah perkuburan..kami sekeluarga merasakan seolah2 ayah adalah seorang tokoh besar  yang permergiannya dirasakan sebuah kehilangan yang besar buat mereka yang mengenalinya

Berdasarkan rentetan peristiwa di atas, penulis sekeluarga seolah-olah Allah memperlihatkan kepada kami akan tanda kesudahan yang baik
bersedih dikala orang bergembira
buat ayah tercinta…bahkan, rata2 kenalan ayah ditemui mengatakan ayah ketika hayatnya merupakan seorang yang baik…ayah juga xmeninggalkan hutang yang banyak malah dia telah meninggalkan kami harta yang cukup untuk kami menyara kehidupan kami setelah kematiannya…Masha Allah…indah sekali balasan bagi mereka yang mengerjakan amal yang soleh tika hayatnya…semoga ayah kami digolongkan bersama golongan yang beriman dan beramal soleh…al-Fatihah…

Sentimentalnye Diri ini pada Sebuah Institusi Pendidikan Islam


Pemandangan UIAM
“Semenjak keberadaanku di bumi madinah, beberapa rakan seperjuangan brtanya kepada diriku akan kesetiaanku yg tidak berbelah bahagi kpd UIAM ( kerana terlihat terpaparnya logo UIA yang gah bersinar d jaketku..hehe)”


Baiklah,inilah antara sebab musababnya:

- UIA merupakan tempat ibuku mencari rezeki saban hari bagi menyara kami adik-bradik

- UIA adalah tempat keduaku diberi pendedahan awal tentang Islam selepas didikn oleh ibu dan ayahku di rumah..

-UIA merupakan tempat kami mendirikan solat fardu jumaat tika di sekolah rendah dulu

-UIA adalah tempat ku menjalani program yg brteraskn pembangunan jati diri dan motivasi serta pembinaan peribadi
Ibu dan Ayah tercinta

-UIA merupakan tempat dimana ibu dan ayahku menuntut ilmu dlm bidang masing2 pada suatu ketika dahulu

Prof Dr Ismail Farooqi
-UIA telah ditubuhkan atas dasar semangat melahirkan profesional muslim yang memperjuangkan Islam malah ia ditubuhkan oleh pejuang2 Islam seperti Prof. Syed Naquib alAttas, Dr Ismail Farooqi, Dato' Seri Anwar Ibrahim dan lain2

-UIA adalah merupakan universiti Islam yang pertama di Malaysia yang disegani di seluruh dunia Islam kerana graduan yang mantap disamping tenaga pengajar yg mempunyai kepakaran dalam bidang masing2 dan mempunyai pengalaman yang luas dalam pengajaran dan kajian

-UIA adalah tempatku dipertemukn oleh pelajar yang berlainan bangsa dari seantero dunia..hal ini selaras dengan perintah Allah utk brtaaruf sesame manusia yang berlainan bangsa

-UIA telah menjadi tempat persediaan bagi pengajian bahasa arabku sebelom berangkat ke bumi Madinah Munawarrah (KENANGAN CELPAD)
rakan berbilang2 masa tika di CELPAD

-UIA adalah tempat aku diberikan pendedahan mengenai keseronokn dalam melibatkn diri dlm kerja2 sukarela melalui badan sosial universiti..malah ibu dan ayahku merupakn bekas aktivis dalam salah sebuah NGO Islam satu ketika dahulu

Kubur ayah di UIA (mohon doa)







-UIA adalah tempat dimana bersemadinya jenazah insan trsayang yang bergelar AYAH.

SEKIAn, Ya Allah izinknlah ak utk pulang ke UIA setelah tamat pengajianku di bumi madinah..

Ahad, 12 Mei 2013

Hasrat Seorang Ibu



 
Masjid Nabawi
Seorang shbtku pelajar universiti Islam Madinah pernah diajukn soalan seorang ibu yg ingin mnghntrkn anaknye sambung blaja d madinah..

Seorang ibu ( jemaah umrah ):  Assalamualaikum dik, makcik nak tanye bole?

Pelajar UIM ( Universiti Islam Madinah ):  Waalaikumusslm,makcik..boleh xde masalah..nak tnye ape makcik?

Ibu :  Sebenarnya nak, makcik nk tanye ape rahsia kejayaan nak sampai berjaya sambung belajar di Universiti Islam Madinah? makcik pun sebenarnye berhasrat mahu hantar anak makcik untuk sambung belajar ke Universiti Islam Madinah macam  kamu.
.
Pemandangan Pintu Gerbang Universiti Islam Madinah
Pelajar UIM:  Bagus itu niat makcik tu..saya sokong seratus peratus....kerana bumi Madinah adalah tempat yang sangat baik untuk menuntut ilmu agama Islam..sebenarnya makcik, saya ini bukan pelajar cemerlang...peperiksaan STAM haritu saya memperolehi  pangkat dua atau jayyid jiddan,alhamdulillah..tambahan pula saya tidak menghafaz quran 30juz..kerana kebanyakan pelajar Univesriti Islam Madinah memperolehi keputusan yang cemerlang dlm peperiksaan yang berteraskan bahasa arab di samping hafiz quran..alhamdulillah,dengan izin dan rezeki daripada Allah, saya terpilih utk menyambung pengajian saya untuk peringkat ijazah sarjana muda di bumi barakah madinah..tambahan pula, semangat brkobar2 dan sikap  tidak mengenal putus asa ibu saya untuk menghantar saya sambung belajar ke bumi madinah menjadi pendorong dan pembakar semangat saya untuk berazam penuh bagi menyambung pengajian saya di bumi madinah ..saya sedar bahawa ibu saya  tidak putus2 berdoa pd Allah agar saya dipilih oleh-Nya utk menuntut ilmu di bumi Madinah.. alhamdulillah, berkat doa dan redha seorang ibu dan dengan izin Allah, saya telah dipilih oleh-Nya untuk menuntut ilmu di bumi Madinah..

Ibu :   Mashaallah..terharu ibu mndgrnya..Maha Suci ALLAH yg Maha mendengar dan  yang memakbulkan permintaan hamba-Nya..

Lantas, tiba2 mengalir air mata ibu tadi..kemudiansi ibu meluahkan hasratnya dalam nada yang sebak kepada pelajar Madinah tadi,

Ibu :  Nak, doakan untuk anak makcik ye..makcik berhasrat sangat anak makcik dapat sambung belajar d  Universiti Islam Madinah...sebab ini merupakan hasrat makcik dan suami sejak mula2 mendirikan rumah tangga agi .
.
Pelajar UIM:  Inshaallah makcik..Allah sentiasa mndengar n memakbulkn rintihn para hamba-Nya..



*PENGAJARAN*

-  Buat teman2, igt n ingatlah bahawa di dunia, kite hanye dikurniakn seorang insan yg bergelar ibu..beliaulah yg melahirkan,menyusukan,membesarkan,mendidik dan segala2nya dilakukn untuk kite tanpe jemu, penat mahupun ungkit..kerana diciptakn seorang ibu oleh Allah dlm dirinya akan sifat penyayang dan kasih sayangnya yang xberbelah bahagi pada  anak..Allah itu Maha Penyayang maka diciptakn pd kita setiap seorg, seorg ibu yg penyayang..

-   Tok guru ku pena brkata: doa seorang ibu adalah sangat mustajab, maka pintalah pada ibu kamu untuk mendoakan kamu di setiap masa dan waktu..malah dikatakan mudahnya Allah memakbulkn doa seorng ibu adalah kerana dirinya penuh dengan sifat kasih sayang yang tiada tolok bandingnnya..

-   Kejayaan kita pada hari ne bukan hanya atas hasil kesungguhan usaha kita semata-mata bahkan kerana adanya kedua org tua yg senantiasa mendoakan kejayaan kita..oleh itu,janganlah lupakn mereka dan janganlah brlaku sombong pd mereka.. 

-    Akhirkata, mana teman2 yg ingin sambung belajar d madinah dgn sebenar2nya, pintalah doa n restu dari ibu mu krn doa seorg ibu amat mustajab n redha Allah terletak pd kedua redha ibu bapa....

sekadar perkongsian dr sang penuntut ilmu....