Bila Tuhan Berbicara..

Bila Tuhan Berbicara..

Jumaat, 6 September 2013

ERTI HARI RAYA PADA SILATURRAHIM


Dua Perayaan Agung   
 

 Saban tahun, masyarakat Muslim meraikan dua perayaan agung dalam Islam. Perayaan yang dimaksudkan adalah Hari Raya Eidulfitri dan Hari Raya ‘Aidiladha Eiduladha. Eidulfitri disambut bersempena dengan kemenangan yang diperoleh hasil daripada titik peluh dan jerih payah  dalam  mengharungi sebuah perjuangan selama sebulan berlangsungnya bulan Ramadhan yang mulia lagi diberkati, manakala ‘Aidiladha dirai sempena memperingati pengorbanan manusia agung iaitu Nabi Ibrahim Alahissalam dalam peristiwa penyembelihan anak kandungnya, Nabi Ismail
Lembu ditumbangkan sempena Eidul Adha
‘Alahissalam atas dasar menuruti perintah Allah. Sesungguhnya ia adalah salah satu daripada ni’mat agung yang dikurniakan oleh Allah kepada kita semua.

Perayaan Ala Melayu VS AraB

     Perayaan ‘Aidilfitri dan ‘Aidiladha disambut dengan meriah sekali dalam kalangan masyarakat Melayu Islam. Hal ini merupakan suatu perkara yang tidak dapat dinafikan oleh mana-mana pihak. Tambahan pula, perayaan ‘Aidilfitri berlangsung selama sebulan. Dalam tempoh sebulan, setiap keluarga berebut-rebut untuk mengadakan aktiviti “Rumah Terbuka” atau “Open House” yang pastinya dihidangkan dengan pelbagai juadah yang enak lagi menyelerakan seperti ketupat, lemang, rendang, kuih-muih, dodol dan lain-lain. Rumah Terbuka
RUMAH TERBUKA HARI RAYA
merupakan istilah yang digunapakai bagi merujuk kepada Tuan Rumah yang mengadakan majlis makan-makan bagi mempelawa orang ramai bertandang ke rumahnya untuk menjamah juadah yang disediakan bersempena Hari Raya ‘Aidilfitri malah duit yang diletakkan di dalam sampul yang dikenali sebagai “ Duit Raya” turut diberikan kepada anak-anak kecil yang bertandang ke rumah. “Duit Raya” telah menjadi tarikan utama bagi kanak-kanak untuk bertandang ke rumah sanak saudara, jiran tetangga serta sahabat handai pada Hari Raya sejak turun-temurun…hehehe.

   Namun terdapat perbezaan yang ketara antara masyarakat Melayu dengan masyarakat Arab dalam menyambut Hari Raya. Jika masyarakat Melayu menyambut Hari Raya dengan gilang-gemilang, masyarakat Arab pula adalah sebaliknya. 

 
Orang Arab Palestin
 
Orang Arab lebih cenderung meraikan Hari Raya dengan cara yang sangat sederhana. Malah, tidak keterlaluan jika penulis mengatakan bahawa sambutan Hari Raya hanya berkisar sekitar Solat Raya, Takbir raya dan Khutbah Raya!! Seusainya khutbah Raya, maka berakhirlah Raya mereka. Inilah realiti perayaan menurut perspektif orang ARAB. 

Persoalannya, mengapakah sambutan Hari Raya dalam kalangan masyarakat Arab kelihatan begitu pasif dan muram sekali ?????

Jawapan…jeng…jeng.. jeng..
SUASANA BERBUKA PUASA DI MASJID NABAWI (MERIAH KAN??)

 “Perayaan” bagi masyarakat Arab adalah ketika berlangsungnya bulan Ramadhan. Ramadhan bagaikan suatu saat yang dinanti-nantikan kerana kedatangannya membawa satu sinar kebahagian bagi mereka. Hal yang demikian kerana kerana dalam bulan Ramadhan seolah-olah terdapat satu acara tahunan iaitu “Festival Ibadah”.  Pelbagai ibadah yang dilaksanakan sepanjang Ramadhan. Selain ibadah puasa yang sememangnya telah menjadi kewajipan ke atas setiap Muslim, amalan-amalan sunat seperti
SUASANA SOLAT TARAWIKH DI MESIR
solat sunat Tarawikh, Qiyamulail, I’tikaf di masjid, Tadarus dan Tadabbur Quran juga dilaksanakan. Bahkan semua amalan dipertingkatkan ketika bermulanya episod 10 malam yang terakhir umpana kereta F1 yang ditingkatkan kelajuannya saat mendekati garisan penamat dalam litar. Hehe. Di Arab Saudi, pihak kerajaannya telah mengisytiharkan 10 malam terakhir di pada bulan Ramadhan sebagai cuti umum negara tersebut bagi membolehkan rakyatnya menumpukan usaha pada memperbanyakkan amalan sunat bagi memburu malam yang dinanti-nantikan oleh semua iaitu Malam Lailaltul Qadr. Firman ALLAH dalam Surah Al-Qadr, ayat 1-4:






Daripada Abu Hurairah RA katanya:

Rasulullah SAW pernah menggalakkan sahabatnya berqiam Ramadhan tanpa menyuruh mereka dengan kesungguhan (yang menunjukkan wajib), kemudian sabdanya:  

“Barangsiapa yang berqiam Ramadhan dengan penuh keimanan dan ihtisab (mengharapkan redha dan ganjaran Allah) akan diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu” 

  (Diriwayatkan oleh Al-Bukhari, Muslim, Abu Dawud, al-Tirmizi dan al-Nasa’i)
 
   Alhamdulillah, penulis juga telah berpeluang mengerjakan ibadah Umrah bersama ibu tercinta, dan pak cik serta mak cik yang dikasihi pada 10 malam terakhir dalam bulan Ramadhan. Sesungguhnya ini adalah kurniaan Tuhanku. “Festival Ibadah” di Makkah dan Madinah tiada tolok
BAITULLAH TEMPAT YANG DIRINDUI SEMUA
bandingnya daripada aspek kemeriahan sambutannya. Siangnya meriah dengan urusan perniagaan manakala malamnya meriah dengan aktiviti masyarakat Arab yang berebut mahu menyumbangkan juadah berbuka puasa, solat Tarawikh 20 rakaat yang diimamkan oleh imam yang memiliki suara yang merdu seperti Sheikh Dr. Abdurrahman As-Sudais, Sheikh


Sheikh Dr. Abdul Rahman AsSudais Rahimahullah
Maher al-Maeqli di Makkah, Sheikh Soleh Budair dan Sheikh Hudzaifi di Madinah. Tidak ketinggalan juga ibadah Qiyamulail yang dikerjakan seawal 3.oo pagi. Sesungguhnya ia adalah kenangan yang amat bermakna dalam hidup. Semoga Allah mengizinkan kita semua menjadi tetamu-Nya pada bulan Ramadhan Mubarak. AMIN Ya Robb.

   Namun malangnya, kedatangan bulan Ramadhan yang mulia kepada masyarakat tanah airku bagaikan tidak bermakna. Masakan tidak, sebahagian besar pusat membeli-belah sudah mula memasangkan


SHOPPING MALL 
dendangan lagu raya bagi menjadi halwa telinga para pengunjung. Bahkan terdapat “shopping complex” yang sudah memasang lagu raya seawal sehari sebelum datangnya Ramadhan !! Pihak “Shopping Complex” juga mengambil kesempatan dan peluang saat tibanya Ramadhan dengan mengadakan JUALAN MURAH sana dan sini bagi menarik pelanggan. Tidak ketinggalan pengusaha hotel bagaikan bersaing mendapatkan selera pelanggan dengan mengadakan promosi juadah berbuka puasa secara buffet di hotel. Hanya si kaya sahaja yang mampu menjamu selera di hotel-hotel manakala si miskin hanya menelan air liur melihat gelagat si kaya menjamah juadah mewah di hotel. Pengakhirannya hanyalah sebuah pembaziran!! Tambahan pula, ramai yang berkunjung ke BAZAR
BAZAR RAMADHAN
RAMADHAN untuk membeli juadah berbuka namun malangnya hanya seglintir sahaja yang berjaya menjejakkan kaki ke MASJID bagi mendirikan Solat Sunat Tarawikh!! 




Kenyanglah..
Penatlah..
Letihlah..
 Sibuklah..
Ini adalah antara alasan yang sangat lazim dilontarkan apabila ditanya kenapa tidak pergi ke Masjid…? Walhal, mereka mempunyai kekuatan dalaman yang LUAR BIASA tatkala menjejakkan kaki ke Pusat Membeli Belah, Hotel, dan Bazar Ramadhan!! Sekadar ber “post-mortem” setelah berlalunya Ramadhan.. 


Teringat akan lirik yang didendangkan oleh artis Tanah Air, Jamal Abdillah:
Aduh Sakitnya, Bukan Kepalang!!
(sakit melihat reaksi masyarakat Melayu terhadap sambutan Ramadhan)

Apa yang Dikejar Saat Beraya??
Hari Raya ‘Aidilfitri merupakan detik yang dinantikan tika mana Ramadhan mulai melabuhkan tirainya.
Persoalannya: Apakah yang ingin kita kejar saat berhari Raya ??
Duit Raya?




 Baju Raya?

HEHE..BATU LAYE
Kuih Raya?
BANYAKNYERR!!!
Juadah Raya?
RENDANG AYAM..YUMMY





  Jualan Murah / Sale Raya?
SALE!! SALE!!

Barangkali, perkara-perkara di atas akan menjadi jawapan yang lazim diberikan jika soalan itu diutarakan kepada kebanyakan orang. Namun malangnya, kebanyakan daripada kita lupa akan kemanisan sebenar ketika berhari raya. Apakah perkara yang penulis dimaksudkan ?? 
 Pasti ramai yang akan tertanya-tanya akan jawapannya. Masakan tidak, selama ini kita sering tenggelam dalam arus kehidupan masyarakat yang rata-ratanya bersikap materialistik sehingga mengabaikan keperluan sprititual individu.
Pada pandangan penulis, erti kemanisan berhari raya terletak pada ikatan silaturrahim yang terjalin.

Keindahan Silaturrahim Ketika Beraya
Erti Hari Raya terletak pada silaturrahim yang terjalin. Terpulang kepada para pembaca untuk menilainya kerana setiap orang pasti ada penilaian dan pengamatannya yang tersendiri. Teringat akan
ALBUM LAGU RAYA
lirik lagu yang cukup masyhur di Malaysia:
  1)
   Anak Muda di Perantauan,
   Semuanya pulang ke desa,
   Ibu dan Ayah keriangan.

  


 2)
    Setahun menghilang,
    Sekarang Berjumpa,
    Hari yang Mulia,
    Selamat Hari Raya.

Dua potong lirik lagu di atas sudah memadai untuk menggambarkan kepada kita akan sambutan Hari Raya yang sangat
BERSALAMAN DENGAN IBU BAPA SATU KEMULIAAN
berkait rapat dengan hubungan silaturrahim. Masakan tidak, pada Hari Raya, anak-anak yang bekerja mahupun yang tinggal di bandar akan berbondong-bondong pulang ke kampong halaman sama ada dengan menaiki kereta, bas, kereta api dan kapal terbang. Pada Hari Raya juga kita akan saling menziarahi keluarga terdekat, jiran tetangga dan sahabat handai. Hari Raya juga merupakan masa yang sesuai untuk berkumpulnya satu keluarga di bawah satu bumbung lantaran tiadanya masa yang terluang dek kesibukan di tempat kerja. Pada Hari Raya jugalah ahli keluarga secara bergotong-royong menyiapkan juadah raya
KACAU DODOL KE BANG?
seperti lemang, rendang, ketupat, dodol, kuih muih dan pelbagai jamuan lain. Bersempena Hari Raya, individu-individu bagaikan bersaing dalam memberi makan kepada orang ramai dengan menganjurkan program “ Rumah Terbuka’.

Namun, dalam kita bergembira menyambut Hari Raya, jangan sesekali kita lupa akan golongan yang kurang bernasib baik seperti orang miskin, fakir, ibu tunggal dan anak-anak yatim. Mereka juga berhak untuk meraikan dan dirai dalam sambutan Hari Raya. Bukankah Erti Hari Raya terletak pada hubungan silaturrahim ?? Jangan sesekali kita biarkan mereka berasa dipinggirkan saat semua orang bergembira menyambut perayaan yang mulia. Raikanlah bersama mereka. Jemputlah mereka bertandang ke rumah bagi menjamah juadah raya yang enak lagi menyelerakan. Hulurkanlah sumbangan berupa “Duit Raya” kepada anak-anak yatim. Semoga dengan pemberian “Duit Raya” tersebut dapat mengubat sedikit sebanyak kesedihan yang terpendam dikala beraya tanpa kehadiran ayah dan bonda tercinta. Bahkan, sekiranya terdapat individu yang berkemampuan , belikanlah sepasang baju raya buat si anak yatim yang masih kecil agar kehadiran mereka dihargai di samping merealisasikan semangat perkongsian saat berhari raya.
Ketahuilah, setiap insan tidak kira miskin mahupun kaya, tua ataupun muda, semuanya berhak untuk merasai kemanisan menyambut Hari Raya dengan jalinan silaturrahim yang penuh kasih sayang !!
Tidak Ada Maknanya berHari Raya seandainya hubungan silaturrahim diabaikan!!
Eid Mubarak. Kullu ‘Am Wa Antum Bikhair. Taqoballahuminna wa minkum.
(Selamat Hari Raya Eidulfitri, Setiap Tahun Anda Semua Dilimpahi Kebaikan, Semoga Allah menerima amalan kita dan anda semua)
PENULIS SEKELUARGA


Isnin, 15 Julai 2013

SEJARAH HITAM DI KAMUNTING



SATU HARI DI KAMUNTING

  Penulis mahu berkongsi dengan para pembaca yang dirahmati oleh Allah sekalian tentang sebuah pengalaman yang dilalui oleh penulis saat berada di Kamunting..Kamunting merupakan sebuah bandar kecil yang terletak dalam kawasan Taiping, PERAK.. pengalaman ini telah mendedahkan kepada penulis mengenai  hakikat sebenar politik Negara Malaysia yang berselindung di sebalik nama DEMOKRASI..kisah ini berlaku kira 11
tahun yang lalu, dimana saat itu umur penulis baru mencecah 9 tahun…satu peringkat umur yang dikira sangat mentah untuk memahami isu2 politik tanah air..namun, peristiwa inilah permulaan kepada penulis untuk menghadam isu politik Malaysia dengan sebaik-baiknya…

   Terdapat sebuah pusat tahanan yang cukup masyhur dalam kalangan rakyat Malaysia..malah sebahagian yang mendengar sahaja disebut nama pusat tahanan itu, pasti perasaan takut dan gerun bertanding di hati.. pusat tahanan itu dikenali sebagai Kem tahanan kamunting atau singkatannya KEMTA, dan ia terletak di
KEMTA,Kamunting
Kamunting,Perak.. KEMTA menempatkan tahanan2 yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri atau Internal Security Act (ISA).. semua pesalah yang ditahan di bawah akta ini akan ditahan tanpa bicara, paling minimum 6 bulan, dan paling maksimum 2tahun bahkan lebih mengikut budi bicara Menteri Dalam Negeri… malah yang paling tragis, hak tahanan ISA untuk mendapatkan perbicaraan yang adil di mahkamah dinafikan sama sekali..

    Pada tahun 1998, berlaku satu gerakan kebangkitan rakyat
Tun Dr Mahathir Mohamad
Malaysia yang bernama REFORMASI yang dipelopori oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, mantan Timbalan Perdana Menteri…gerakan
Datuk Seri Anwar Ibrahim
ini dicetuskan oleh beliau bagi menentang tindakan zalim oleh Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Dr Mahathir yang telah memecat timbalannya, Anwar Ibrahim dek kerana kelantangannya menentang amalan kronisme dan rasuah yang berleluasa oleh Dr Mahathir dan konco2nya..malah, salah satu babak penting dalam peristiwa REFORMASI 98’, adalah isu penangkapan 7 orang aktitivis REFORMASI dan telah ditahan di bawah ISA dan ditempatkan di KEMTA..mereka yang ditahan adalah Ustaz Badrulamin, Saari Sungib, Hishamuddin Rais, Ezam Mohd Noor, Lokman Adam, Tian Chua, Abdul Ghani..
DSAI berucap dalam perhimpunan REFORMASI

  Satu demonstrasi telah diadakan dihadapan KEMTA bagi membantah penangkapan 7 orang aktivis REFORMASI…perhimpunan itu berjalan secara aman namun malangnya ia telah disuraikan oleh pihak polis persekutuan (FRU)
Lagak FRU Malaysia
dengan tembakan gas pemedih mata…tidak cukup sekadar itu, siri tangkapan telah dibuat terhadap peserta2 perhimpunan itu..lebih tragis, sebahagian peserta yang ditangkap telah dikejar oleh anjing2 pemburu polis..malah mereka yang menyorok di sebuah kedai runcit berhampiran juga turut diserbu dan ditangkap oleh pihak polis ..para peserta perhimpunan dikejar dan ditangkap bagaikan penjenayah…walhal kebebasan utk berdemonstrasi adalah satu perkara yang dibenarkan oleh perlembagaan Negara..penulis dan ibu juga tidak terlepas daripada siri penangkapan yang dibuat..kami berdua bersama mereka yang ditahan telah dibawa ke trak polis
suasana dalam trak polis
menuju ke balai polis berhampiran..dalam trak polis, ibuku tidak henti2 menyapu2 dadaku..beliau begitu risau sekali dgn ak yang kelihatan begitu gelisah sekali saat menaiki trak polis menuju ke balai polis..kami berdua lihat tahanan2 lelaki duduk dalam trak
OKT lelaki digari dalam trak polis
dalam keadaan tangan mereka digari…sungguh menyedihkan..kami dilayan seperti penjenayah!

 Di balai polis, semua peserta disoal siasat oleh pegawai polis yang bertugas..penulis masih ingat ketika itu, penulis disoal siasat oleh seorang pegawai polis wanita..antara soalan2 soal siasat yang masih penulis ingat sehingga sekarang adalah:

1)           Pengenalan ringkas diri
2)         Siapakah sahabat baik anda?
3)         Di mana anda selalu brjumpa dengan kwn baik anda?di taman permainan?

  Pelik bin ajaib..penulis hanyalah seorang budak yang baru berumur
sesi soal siasat
9tahun..penulis begitu naïf, menjawab soalan dengan jujur…akhirnya penulis dibebaskan setelah disoal siasat..namun para demonstran yang hanya diberi “ penginapan “ selama semalam di hotel “lokap’ bertaraf lima bintang!! Ibu penulis juga diberi peluang utk bermalam di hotel lokap..huhuhu…malam itu, penulis merasai kesepian teramat sangat di kala tiadanya kehadiran ibu
Lokap
disisi..sebelum tidur, penulis menangis sepuas hati kerana mengenangkan apakah nasib ibu di dalam lokap bersama tahanan2 yang lain..tapi penulis yakin mak dan tahanan yang lain tabah menghadapinya kerana mereka adalah PEJUANG KECIL TANPA


NAMA!!

   Keesokan harinya, mak serta peserta2 perhimpunan yang lain telah dibebaskan dengan ikat jamin…tidak dapat digambarkan bagaimana gembiranya saat itu dikala mak penulis dan rakan2 seperjuangan yg lain dibebaskan setelah bermalam di lokap…seusai setelah dibebaskan, ibuku menceritakan betapa peritnya bermalam di sebuah lokap yang
pejuang kecil
bertemankan nyamuk..makku serta tahanan yang lain xdapat tidur dgn lena..namun, syukur pada Allah kerana penderitaan itu hanya dilalui selama satu malam..alhamdulillah..

   Pembebasan para demonstran bukanlah suatu pembebasan yang bersifat mutlak namun realitinya ia masih terikat dengan siri  perbicaraan di mahkamah..ya, kes ini telah didakwa ke Mahkamah Tinggi Taiping..seolah2 menyertai perhimpunan aman atau berdemonstrasi merupakan tindakan jenayah yang menyalahi undang2!! Sedih, pilu, geram, marah..perasaan bercampur
mahkamah tinggi taiping
baur saat itu..apakah daya, kami hanyalah rakyat marhaen yang tiada kuasa utk melawan pemerintah yg zalim…perbicaraan kes ini telah berlarutan selama 10 tahun lamanya..bermula dari umurku 9 tahun sehinggalah umurku 19 tahun..budak kecil yang pernah ditahan satu ketika dahulu telah menjadi seorang remaja..malah, perbicaraan kes ini di mahkamah telah menyaksikan hakim yang mengetuai perbicaraan telah bertukar 3kali, pendaftar mahkamah yang bertukar sekali, peguam pendakwa yang bertukar dua kali..malah lebih parah lagi, terdapat seorang tertuduh yang telah
bilik pembicaraan mahkamah
mengalami tekanan jiwa sehingga menghidapi penyakit sakit mental, seorang menghidapi penyakit kronik seperti barah otak disamping kematian beberapa orang tertuduh termasuk ayah penulis yang merupakan penjamin buat mak..saksi2 kejadian2 yang terdiri daripada pegawai polis yang bertugas dan yg sudah bersara sudah menampakkan tanda2 hilang ingatan dan nyanyuk..inilah akibatnya hidup utk menzalimi orang..malah, bahan2 bukti kejadian seperti rakaman video dan dokumen2 penting telah rosak dan  reput ditelan masa..seseungguhnya ia adalah perbicaraan yang sangat membazir duit dan masa rakyat!!

    Peristiwa ini benar2 membuka mataku akan realiti sebenarnya politik tanah air ku yang sangat mendukacitakan namun berselindung disebalik semangat demokrasi!! Penulis akan kenang peristiwa ini sehingga mati…penulis tidak bersedia memaafkan mereka yang telah berbuat zalim kepada rakyat marhaen yang lemah…benar politik itu kelihatan kotor…namun ketahuilah ia pada
pilih pemimpin betul2!
asalnya suatu perkara yang suci dan bersih..namun malangnya segelintir mereka yang berkepentingan telah merosakkann keindahan politik itu sehingga menampakkan politik itu seolah2 suatu perkara yang sangat menjijikan dan memualkan!! Ayuh, kite hentikan perbuatan kotor dalam politik…jangan sesekali kita biarkan politik kita dimonopoli oleh mereka yang mementingkan diri sendiri, mengambil rasuah, tidak
PILIHAN DI TANGAN ANDA!
mempedulikan nasib rakyat kebanyakan yang hidup miskin, mengamalkan amalan kronisme..janganlah kita memilih pemimpin drpd kalangan mereka! Ubahlah tampuk kepimpinan Negara sebelum ia menjadi lebih parah di masa depan!!

LAWAN TETAP LAWAN!!

PUTRAJAYA