Realiti Kehidupan,
Ternyata sukar sekali untuk mendapatkan seorang pendengar yang baik.
Seorang yang bersedia mendengar apa jua luahan perasaan, rintihan kita serta
mampu untuk memberi maklum balas yang berkesan sama ada bentuk
nasihat,kata-kata perangsang dan sebagainya. Mencari individu yang mempunyai
ciri-ciri tersebut bagaikan mencari kaca dalam lautan pasir yang luas kerana hakikatnya
ramai yang tidak bersedia mahupun sudi mendengar.
Kebanyakan orang menganggap orang yang suka meluah perasaan ini lemah
jiwa, macam perangai perempuan, malah mereka berpandangan sekiranya kita mahu
mengadu akan masalah kita mahupun meluahkan perasaan kita, mengadu, meluahlah
segalanya pada Allah. Hal ini bertambah parah apabila adanya individu yang suka
memperkecilkan masalah yang dihadapi orang lain. Semua orang tahu bahawasanya
Allah adalah sebaik-baik tempat untuk kita mengadu atau meluah segala
permasalahan yang kita hadapi namun adakalanya manusia mahu luahan perasaannya
itu didengari oleh manusia prihatin yang sudi mendengar kerana ia sedimit
sebanyak dapat meringankan beban yang dipikul.
Maka, persiapkanlah diri anda untuk menjadi seorang pendengar yang baik
kerana pastinya kehadiran individu seperti ini dinanti-nantikan oleh mereka
yang mendambakan kasih seseorang yang sudi mendengar luahan isi hati mereka
kerana ia sedikit sebanyak boleh meringankan beban masalah yang dipikul oleh
individu tersebut.
Oleh itu, kurangkan bercakap, banyakkan mendngar. InshaAllah anda layak
menjadi pendengar yang baik malah kehadiran individu seperti anda akan sentiasa
dinanti-nanti oleh mereka yang dilanda masalah.
~Maafkan aku seandainya aku tidak mampu menjadi
seorang pendengar yang baik disaat kalian memerlukan aku~
Abu Abdul Rahman
Madinah Munawwarah
30 April 2014 bersamaan 30
Jumadilthani 1435
Tiada ulasan:
Catat Ulasan