![]() |
Pemandangan UIAM |
“Semenjak keberadaanku di bumi madinah, beberapa rakan
seperjuangan brtanya kepada diriku akan kesetiaanku yg tidak berbelah bahagi
kpd UIAM ( kerana terlihat terpaparnya logo UIA yang gah bersinar d
jaketku..hehe)”
Baiklah,inilah antara sebab musababnya:
- UIA merupakan tempat ibuku mencari rezeki saban hari bagi menyara
kami adik-bradik
- UIA adalah tempat keduaku diberi pendedahan awal tentang Islam
selepas didikn oleh ibu dan ayahku di rumah..
-UIA merupakan tempat kami mendirikan solat fardu jumaat tika di
sekolah rendah dulu
-UIA adalah tempat ku menjalani program yg brteraskn pembangunan
jati diri dan motivasi serta pembinaan peribadi
![]() |
Ibu dan Ayah tercinta |
-UIA merupakan tempat dimana ibu dan ayahku menuntut ilmu dlm
bidang masing2 pada suatu ketika dahulu
![]() |
Prof Dr Ismail Farooqi |
-UIA telah ditubuhkan atas dasar semangat melahirkan profesional
muslim yang memperjuangkan Islam malah ia ditubuhkan oleh pejuang2 Islam seperti
Prof. Syed Naquib alAttas, Dr Ismail Farooqi, Dato' Seri Anwar Ibrahim dan
lain2
-UIA adalah merupakan universiti Islam yang pertama di Malaysia
yang disegani di seluruh dunia Islam kerana graduan yang mantap disamping
tenaga pengajar yg mempunyai kepakaran dalam bidang masing2 dan mempunyai
pengalaman yang luas dalam pengajaran dan kajian
-UIA adalah tempatku dipertemukn oleh pelajar yang berlainan
bangsa dari seantero dunia..hal ini selaras dengan perintah Allah utk brtaaruf sesame
manusia yang berlainan bangsa
-UIA telah menjadi tempat persediaan bagi pengajian bahasa
arabku sebelom berangkat ke bumi Madinah Munawarrah (KENANGAN CELPAD)
rakan berbilang2 masa tika di CELPAD |
-UIA adalah tempat aku diberikan pendedahan mengenai keseronokn
dalam melibatkn diri dlm kerja2 sukarela melalui badan sosial universiti..malah
ibu dan ayahku merupakn bekas aktivis dalam salah sebuah NGO Islam satu ketika
dahulu
![]() |
Kubur ayah di UIA (mohon doa) |
SEKIAn, Ya
Allah izinknlah ak utk pulang ke UIA setelah tamat pengajianku di bumi
madinah..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan