Bila Tuhan Berbicara..

Bila Tuhan Berbicara..

Isnin, 13 Mei 2013

MEMANDANG KEMATIAN INSAN YG TERSAYANG DARI SUDUT PANDANG YG POSITIF



    Tanggal 2 Julai 2009 merupakan satu tarikh bakal terpahat kukuh di memori  kami sekeluarga…pada tarikh inilah, insan tersayang dan yang paling berpengaruh dalam keluarga telah menghembuskan nafasnya yang terakhir menemui Sang Pencipta…beliau yang dimaksudkan adalah Encik Mohamad Azmi bin Haji Mat
kenangan kami bersama ayah
Amin, seorang ayah buat kami adik beradik yang lima serta seorang suami kepada ibu kami, Puan Noraini binti Mukhtar..Jujurnya, pemergian beliau merupakan sesuatu suatu peristiwa yang mengejutkan ramai pihak…Siapa sangka insan yang berumur 46 tahun itu, pergi buat selama-lamanya pada satu usia yang begitu muda..sebab kematiannya adalah kerana tekanan darah yang terlalu tinggi…namun, sebagai seorang muslim, maka kami percaya bahawa permergiannya kerana ajalnya suda tiba…bukankah setiap yang bernyawa itu pasti akan menemui kematian?? 

  Dalam entri blog kali ini,penulis ingin mempersembahkan kepada para pembaca mengenai pengamatan penulis terhadap peristiwa kematian ayahanda tercinta yang luar dari kebiasaan pengamatan orang lain..umum mengetahui bahawasanya saat kematian insan tersayang merupakan saat yang menyedihkan bagi seseorang insan…namun, penulis mendapati bahawa kematian insan tersayang jua boleh menyuntik motivasi diri  dan menjadi antara kenangan manis dalam hidup disebalik saat kesedihan yang perlu ditempuhi…

  
  “Memandang peristiwa kematian dari sudut pandang yang berbeza”

-         malam sebelum ayah dimasukkan kedalam ICU, ayah telah memberikan kepada mak suatu hadiah yang xternilai..hadiah yg dimaksudkan adalah sebuah ungkapan yang singkat lafaznya,namun amat mendalam maknanya..ungkapan berbunyi:  

  “ ney, u ni istri yang solehah”…dan ia merupakan kata2 terakhir yang terbit dari mulut ayah sebelum dia dimasukkan ke ICU

-     
pemandangan hospital PUSRAWI

    Saat ayah dimasukkan dalam ICU PUSRAWI..kesihatan  ayah selama 2hari semakin kritikal dek kerana menderita akan pedihnya tekanan darah yang tinggi…bahkan kebarangkalian untuk mendapat stroke adalah tinggi disebabkan tekanan darahnya yang sudah tidak terkawal…namun Allah lebih menyayanginya, ayah telah menghembuskan nafasnya yang terakhir setelah dua malam dimasukkan ke dalam ICU

-         Urusan pengebumian jenazah yang begitu cepat selesai dilaksanakan oleh ajk kariah masjid....hal ini berlaku ke atas jenazah ayah  saya yang telah disahkan meninggalkan di hospital PUSRAWI jam 7.00pagi dan telah selamat dikebumikan pada jam 11.00pagi di tanah perkuburan islam kampong sungai pusu,berhampiran UIAM..betapa cepatnya dan mudah urusan pengurusan jenazah ayah sehinggakan adik-beradik serta saudara-maranya yang datang jauh dari negeri Perak tidak berkesempatan untuk melihat wajah almarhum buat kali terakhir

-         Ramainya orang yang memandikan jenazahnya serta mendirikan solat jenazah utk ayah..bahkan ada diantara pengunjung yang terdiri daripada boss atasan yang tidak pernah ayah mahupun ibu di samping beberapa pelajar dari China yang mengikuti kursus kepimpinan Imam di UIAM

-        
pengebumian jenazah
Saat pengebumiannya sesak dengan pengunjung yang begitu ramai di tanah perkuburan..kami sekeluarga merasakan seolah2 ayah adalah seorang tokoh besar  yang permergiannya dirasakan sebuah kehilangan yang besar buat mereka yang mengenalinya

Berdasarkan rentetan peristiwa di atas, penulis sekeluarga seolah-olah Allah memperlihatkan kepada kami akan tanda kesudahan yang baik
bersedih dikala orang bergembira
buat ayah tercinta…bahkan, rata2 kenalan ayah ditemui mengatakan ayah ketika hayatnya merupakan seorang yang baik…ayah juga xmeninggalkan hutang yang banyak malah dia telah meninggalkan kami harta yang cukup untuk kami menyara kehidupan kami setelah kematiannya…Masha Allah…indah sekali balasan bagi mereka yang mengerjakan amal yang soleh tika hayatnya…semoga ayah kami digolongkan bersama golongan yang beriman dan beramal soleh…al-Fatihah…

Tiada ulasan:

Catat Ulasan