Bila Tuhan Berbicara..

Bila Tuhan Berbicara..

Selasa, 14 Mei 2013

Di sebalik insan OTAI


 
MAT REMPIT BERAKSI
  Perkataan OTAI merupakan satu label yang seringkali  ditujukan buat golongan yang berperibadi nakal mahupun jahat seperti Geng Mat Rempit, perokok, Gengster jalanan dan pelbagai perbuatan yang lain…malah ada yang menakrifkan perkataan OTAI itu sendiri merupakan singkatan kepada Orang Tak De Iman…sejauh mana kebenaran kata2 ini, penulis sendiri tidak mengetahuinya…wallahua’lam…
     Penulis ingin berkongsi dengan para pembaca tentang pengalaman peribadi berhadapan dengan mat Otai ne…peristiwa ini berlaku kira2 2 tahun lepas ketika penulis sedang menunggu di salah sebuah
tempat menunggu KTM
stesen KTM di Klang… ketika itu, penulis ingin membeli tiket kereta api utk pulang ke rumah penulis di Kuala Lumpur namun kaunter jual tiket ditutup…malah, mesin pula meragam yang mahu jumlah bayaran yang tepat (penulis hanya mempunyai not duit yang besar)…malah duit kecil yang ada ketika itu tdiak mencukupi untuk membeli tiket pulang… ia menimbulkan kerungsingan di hati penulis…malah kehadiran seorang pemuda yang penampilan dicurigai
dilanda keresahan
menambahkan lahi genduh gelana di hati penulis..pemuda tersebut yang berambut pacak, menghisap rokok dan memakai cermin mata hitam..tiba2 pemuda itu menghampiri penulis…degupan jantung bertambah kencang..lalu dia menyapa penulis:

“ Nape bang?”

Penulis menjwb: “ xde, mesin ne dia xterimalah duit
mesin tiket KTM
besar dea nk bayaran yang tepat je”  hmmm…1001 persoalan bermain di fikiran…degupan jantung bertambah agi kencang…pelbagai prasangka buruk sudah menerjah di fikiran…hanya berserah kepada Allah adalah jalannya dalam menghadapi situasi begini…

Mat otai : “ xpe, cuba abang masukkan agi..”

syiling malaysia

Pergerakan di saat itu bagaikan dikawal oleh dia...mcm robot…aka menuruti je pe yang dia suruh…ak memasukkan satu persatu not seringgit ke dalam mesin..namun, bayaran ku masih berbaki 30 sen..bagaimanakah ak mahu melunaskan bayaran tersebut? Ak xmempunyai sebarang syiling utk melunaskan bayaran tersebut…lalu, mamat tadi memasukkan 30 sen ke dalam mesin tersebut…Alhamdulillah, bayaran sudah dilunaskan, tiket dipegang dengan penuh erat…dalam hati, ku panjatkan infiniti kesyukuran…lalu ak berpaling pada mamat tadi dan berkata,

 “duit adik 30 sen td mcmne?”

..mamat tadi menjawab pertanyaan hanya dengan melambai tangan ( isyarat yg menunjukkan dia menghalalkan duit 30 sen tadi )
xpe bro halal...

     Perasaan yang pada mulanya gelisah, sudah bertukar menjadi gembira yang bukan kepalang di samping terharu akan sikap murah hatinya terhadap aku sekalipun dilihat dari penampilan umpama samseng jalanan…Allah Akhbar...Ini adalah ni’mat kurniaan Tuhanku… peristiwa ini membekas dalam jiwaku..peristiwa yang ringkas, namun kesannya masih membekas di lubuk sanubari sehingga kini..sesungguhnya Allah telah memberikan aku suatu pengalaman yang tidak ternilai…Allah mahu mendidik jiwa ini agar sentiasa bersangka baik dengan sesiapa jua tidak kira macamana jua penampilannya namun dalam keadaan yang berhati2..sikap tawakkal yang sepenuhnya kepada Allah telah ku perolehi melalui pengalaman ini.

   
terharunyer!!
    .Alhamdulillah, teringin benar ingin berjumpa dengan pemuda tadi..kerana kelakuannya itu telah membuka fikiran dan pintu hati agar lebih berusaha untuk mengenali golongan ini dengan lebih dekat…malah, mereka jugalah antara sasaran dakwah di Malaysia..ketandusan jiwa akibat tiada penghayatan agama dalam diri menyebabkan mereka menjerumuskan diri dalam lembah kebinasaan…
ustaz berjiwa anak muda
     Kemunculan ustaz selebriti seprti Ustaz Azhar Idrus telah membuka suatu dimensi baru dalam perkembangan dakwah di Malaysia…kejayaan ustaz Azhar idrus dalam menawan hati anak muda mengikuti program dakwah merupakan suatu yang tidak pernah berlaku dalam sejarah perkembangan dakwah di Malaysia..hal ini sedemikian xpernah sebelum ini kerana rata2 program dakwah  hanya yang dihadiri oleh mereka yang dikenali “kaki masjid” atau Tok Lebai..amat jarang sekali utk menjumpai golongan seprti mamat Otai dan Taiko dalam program berbentuk dakwah..namun, kini segalanya telah berubah dimana golongan OTAI boleh duduk
suasana kuliah agama
sekali bersama pak lebai di masjid bagi menghadiri kuliah agama..alhamdulillah…segala kesyukuran dipanjatkan kpd Allah…
sham kamikaze
malah penghijrahan golongan artis secara beramai2 ke arah kehidupan Islamik menyumbang kepada perkembangan dakwah kerana mereka mempunyai pengaruh yang sangat besar dalam masyarakat...

Ya Allah, Engkau izinkanlah hamba-Mu yang kerdil ini menjadi pejuang agama yang bakal menyuburkan dakwah di bumi Malaysia kepada semua golongan sasaran…

Ke Arah Menyuburkan Bumi Malaysia dengan Siraman Dakwah


2 ulasan: