Bahagian 1
Pengesahan Haji
Pengesahan Haji
Tik
Tik Tik Tik
Telefon
bimbitku berbunyi..
Tanda
Mesej baru masuk..
Ku
membuka peti masuk mesej..
Tiba2
aku terpaku melihat mesej yang terpapar..
[Maksud mesej: Anda telah berjaya
dipilih untuk menyertai rombongan haji yang pertama (hajjatulislam). Tahniah
diucapkan dan semoga Allah menerima amalan kalian]
Hanya
ungkapan “Alhamdulillah” yang bias keluar dari mulut
Tiba-tiba,
seorang sahabatku menerpa masuk ke bilik kami lantas beliau bertanya pada kami
dengan gaya penuh persoalan:
“
Ada dapat mesej?”
Kami
berdua menjawab serentak:
“Ya,
Alhamdulillah”
Setelah itu, kami beramai-ramai melakukan
sujud syukur sebagai menzahirkan rasa syukur kami terhadap Allah atas ni’mat
kurniaan-Nya..
Pasti
para pembaca tertanya-tanya apakah berita gembira??
Penantian berbulan-bulan lama-lamanya
akhirnya telah membuahkan hasilnya.. malam tersebut adalah malam yang kami akan
kenang seumur hidup kami.. masakan tidak, malam tersebut telah mengesahkan
pemilihan
kami dalam rombongan fardhu haji yang dibiayai sepenuhnya oleh para
dermawan Saudi di bawah seliaan Hai’ah Al-‘Alamiah Bilta’rif BilIslam (Lembaga
Antarabangsa untuk Pengenalan Mengenai Islam)..
![]() |
Lembaga Antarabangsa Untuk Pengenalan Tentang Islam |
Sejak itu, lafaz talbiyah mula
terngiang-ngiang di telinga..
Maksud:”Aku
penuhi panggilan-Mu Ya Allah, Aku penuhi panggilan-Mu Ya Allah, Tiada sekutu
bagi-Mu, Sesungguhnya nikmat dan pujian adalah milik-Mu, Tidak ada sekutu
bagi-Mu”.
2010: Ibuku
Menunaikan Haji
![]() |
Kenangan Haji Ibu dan Adik 2010 |
Alhamdulillah,
ibuku, Noraini binti Mukhtar telah berjaya mengerjakan fardhu Haji bersama
adikku, Nuha ‘Adil sebagai mahram pada tahun 2010 bersama rombongan Ash-Har
Travel Sdn. Bhd di bawah bimbingan Ustaz Dr. Abdul Basit bin Abdul Rahman. Pada
asalnya, ibu dan ayahku telah merancang untuk
menunaikan ibadah haji pada tahun 2012 namun takdir Allah mengatasi
segala-galanya. Ayahku telah kembali ke pangkuan-Nya sebelum sempat menunaikan
ibadah haji bersama ibu. Badal haji ayahku telah diselesaikan oleh ibu melalui
mutawwif yang dilantik syarikat Ash-Har.
Logo Syarikat Ash-Har |
Beberapa orang mempersoalkan keputusan ibuku
yang mahu membawa adikku menunaikan haji sebagai mahram? Mereka berpendapat adalah
lebih baik sekiranya mahram itu seorang lelaki. Bagi mereka, bermahramkan
seorang lelaki lebih menjamin keselamatan ibu sewaktu mengerjakan ibadah haji.
Namun, ibuku berpandangan sebaliknya. Ibuku berasa lebih mudah dan selesa
ditemani oleh seorang perempuan kerana setiap waktu pasti dirinya akan diiringi
oleh seorang “bodyguard perempuan” dalam melaksanakan amalan-amalan seharian
dari pagi sehingga petang. Keputusan yang diambil
oleh ibu tidaklah diputuskan
secara melulu. Ibuku telah mendapatkan nasihat dan pandangan daripada beberapa
orang ustaz yang faqih dan berpengalaman dalam haji. Natijahnya, mereka
berpandangan harus bagi ibuku untuk ditemani mahram seorang perempuan.Tambahan
pula, aku mempunyai halangan untuk menemani ibuku menunaikan haji. Hal ini
demikian kerana aku terpaksa menduduki peperiksaan STAM yang semakin hampir
tatkala keberangkatan ibuku ke Tanah Suci Makkah.
![]() |
Ustaz Dr. Abdullah Yasin, Murabbi Ibu |
Rasa bersalah menyelubungi diri kerana diri
ini tidak dapat menemani ibu untuk menunaikan haji. Namun, ibu berfikiran
positif tetang keuzuranku itu. Ibuku berkata kepadaku:
“
xpe nak. Keutamaan kamu sekarang untuk fokus dalam peperiksaan STAM. InshaAllah
semua berjalan lancar mak pergi haji dengan Nuha”
Hatiku cukup tenteram tatkala mendengar
jawapan ini. Aku kagum dengan cara beliau yang cukup positif dalam menghadapi
masalah yang berbangkit. Setelah beliau dan adikku pulang dari Tanah Haram,
mereka menceritakan pengalaman mereka sepanjang pelaksanaan haji. Cerita haji mereka
memukau hadirin yang mendengarnya. Hatiku menjadi berkobar-kobar untuk
mengerjakan haji lalu aku bermonolog:
“ Ya Allah, bilalah peluang untuk aku pergi
haji??......”
![]() |
Bilalah ak boleh wat haji..hmmm |
Perancangan Allah itu
Lebih Baik
Penantian demi penantian, akhirnya persoalan
yang senantiasa bermain di fikiran tentang haji terjawab. Ternyata, Allah mahu
memberikan aku sebuah kebaikan yang tidak pernahku gambarkan selama ini. Tidak terpilih
untuk menemani ibu tercinta bermusafir dalam rehlah haji pada tahun 2010 bukan
bermakna tiada peluang lagi untukku pada masa akan datang, bahkan sebenarnya
Allah menangguhkan peluang itu ke suatu masa yang lain.
Setahun selepas ibuku
pulang dari musafir haji, aku dan ibuku berpeluang menunaikan ibadah umrah di bulan
Ramadhan yang mulia malah tahun berikutnya aku memperolehi khabar gembira
tentang penerimaanku sebagai
pelajar di Universiti Islam Madinah. Kemuncaknya,
aku dan rakan-rakan seperjuangan yang lain dipilih sebagai tetamu-Nya bagi menunaikan
haji setelah setahun bermukim di Kota Bercahaya dalam sebuah perjalanan
menuntut ilmu.
![]() |
Pintu Depan Universiti Islam Madinah |
“MashaAllah,
la haula quwatta illah billah. Sesungguhnya ia adalah kurniaan Tuhanku.”
Sesungguhnya
perasaan gembira atas segala ni’mat kurniaan Ilahi ini tidak mampu digambarkan
kata-kata. Allah mahu menguji hamba-Nya adakah ia bersyukur atau pun
disebaliknya atas setiap ni’mat kurniaan-Nya.
Seandainya hamba-Nya bersyukur akan ni’mat kurniaan-Nya, maka Allah akan menambahkan kurnia-Nya, namun seandainya hamba-Nya kufur, maka azab yang pedih yang menanti hamba-Nya di akhirat sana.
Seandainya hamba-Nya bersyukur akan ni’mat kurniaan-Nya, maka Allah akan menambahkan kurnia-Nya, namun seandainya hamba-Nya kufur, maka azab yang pedih yang menanti hamba-Nya di akhirat sana.
Pernah
terlintas di fikiran ini akan apakah sebab Allah menangguhkan pemergianku ke
Makkah bagi menunaikan Haji. Kenapa Allah tidak
membenarkan aku pergi sahaja
haji bersama ibu pada tahun 2010 itu? Soalan ini akhirnya dijawab secara tidak
langsung oleh Syeikh Ali ibnu Khalid Ad-Duwaish, murabbi kami di Kota Bercahaya
Madinah dalam salah satu pertemuan kami bersama beliau. Antara mutiara katanya
yang masih aku segar dalam ingatanku:
![]() |
Masjid Nabawi, Madinah Munawarrah |
“
Para sahabat S.A.W telah dididik dan ditarbiyah oleh baginda Muhammad S.A.W
dalam tempoh 6-10 tahun lamanya sebelum mereka menunaikan fardhu Haji di Makkah.
Natijahnya, mereka memperolehi haji mabrur iaitu haji yang 100% bersih daripada
segala dosa dan kesilapan.”
Syeikh Ali juga membuat perbandingan antara
segelintir para pelajar universiti yang tergesa-gesa mahu menunaikan haji
dengan segera dengan jemaah haji yang datang daripada seluruh pelusuk dunia
dalam keadaan usia mereka yang sudah lanjut.
Syeikh menceritakan pengalaman beliau mengenai beberapa orang pelajar universiti Islam yang mendatangi beliau lalu merayu merintih untuk memberi peluang kedua mereka untuk dibiayai perjalanan haji mereka. Hal ini demikian kerana saat mereka melaksanakan haji pertama, mereka lakukannya secara sambil lewa tanpa adanya kesungguhan bagi mendapatkan haji yang mabrur kerana barangkali mereka berpeluang melaksanakan haji dalam keadaan senang-lenang setelah segala perbelanjaan haji mereka ditanggung sepenuhnya oleh orang lain. Sudah pasti Syeikh menolak permintaan mereka kerana hanya pelajar baru universiti yang tidak pernah mengerjakan haji yang ditanggung sepenuhnya oleh pihak lembaga. Keadaan pelajar tersebut pastinya jauh bebeza dengan jemaah haji yang lain. Jemaah haji yang lain mereka terpaksa mengumpul duit yang secukupnya bagi membolehkan mereka mengerjakan haji di Makkah. Sebahagian besar daripada mereka telah mula mengumpul duit
semenjak mereka kecil lagi. Namun, mereka hanya berpeluang bermusafir ke Makkah
dikala usia senja. Barangkali kerana kesusahan mereka dalam mendapatkan peluang
menunaikan fardhu haji, mereka kelihatan begitu bersungguh-sungguh dalam
melaksanakan ibadah mereka. Mereka berdoa dengan penuh mengharap sambil
bercucuran air mata mereka. Mereka juga bersungguh-sungguh pergi ke masjid bagi
menunaikan solat secara berjemaah. Ketahuilah bahawa dengan melihat kesungguhan
mereka membuatkan kita menjadi serba salah dan tercabar. Masakan tidak, mereka
yang sudah lanjut usia lebih bersemangat dan lebih kuat stamina walaupun
fizikal luarannya lemah berbanding anak muda yang fizikal luarannya lebih kuat
namun lesu, malas, malah selalu ditimpa kesakitan dalam mengerjakan rukun Islam
kelima itu!!!
![]() |
Syeikh Ali ibnu Khalid AdDuwaish (Hafizahullah) |
Syeikh menceritakan pengalaman beliau mengenai beberapa orang pelajar universiti Islam yang mendatangi beliau lalu merayu merintih untuk memberi peluang kedua mereka untuk dibiayai perjalanan haji mereka. Hal ini demikian kerana saat mereka melaksanakan haji pertama, mereka lakukannya secara sambil lewa tanpa adanya kesungguhan bagi mendapatkan haji yang mabrur kerana barangkali mereka berpeluang melaksanakan haji dalam keadaan senang-lenang setelah segala perbelanjaan haji mereka ditanggung sepenuhnya oleh orang lain. Sudah pasti Syeikh menolak permintaan mereka kerana hanya pelajar baru universiti yang tidak pernah mengerjakan haji yang ditanggung sepenuhnya oleh pihak lembaga. Keadaan pelajar tersebut pastinya jauh bebeza dengan jemaah haji yang lain. Jemaah haji yang lain mereka terpaksa mengumpul duit yang secukupnya bagi membolehkan mereka mengerjakan haji di Makkah. Sebahagian besar daripada mereka telah mula mengumpul duit
![]() |
Duit Simpanan Untuk Haji |
Astaghfirullah.. Kepada-Mu, aku memohon ampun
Ya Allah. Sesungguhnya, kata-kata hikmah yang terbit daripada mulut syeikh Ali
membuatkan kami tersentak seketika. Ya, kami tidak menafikan bahawasanya kami
agak tergesa-gesa mahu menyelesaikan ibadah haji itu. Barangkali, perasaan itu
terbit daripada jiwa anak muda kami yang sentiasa panas dan berkobar-kobar.
Bersambung...
Bersambung...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan