Melakar sebuah Impian
 |
Apacer sodere ak di Palestin? |
Seandainya
aku diberi peluang untuk menyertai lawatan ke salah sebuah universiti di dunia,
pastinya aku memilih Universiti Islam Gaza sebagai destinsiku.. Persoalan
kenapa aku memilih universiti tersebut? Apakah yang mendorongku untuk mengunjungi
universiti yang terletak di sebuah daerah perang itu? Bukanlah lebih baik aku
mengunjungi university Harvard di USA mahupun Universiti Cambrige di UK yang
menjadi sebutan ramai orang.. ianya terletak di negara yang aman damai dan
maju. Namun, bukan
 |
Universiti Cambridge |
pengiktirafan manusia yang menjadi kayu pengukur dalam pemilihan
destinasiku.
Pemilihan Universiti Islam Gaza sebagai
suatu tempat yang aku ingin kunjungi lahir daripada sebuah perasaan rasa ingin
tahu akan apakah rahsia di sebalik sebuah universiti yang berjaya melahirkan
ramai graduan anak Palestin dalam pelbagai bidang bagi berkhidmat buat
negaranya.. Namun, kejayaan yang dicapai oleh universiti tersebut dipandang
sepi oleh masyarakat dunia khas bagi mereka yang menguasai kuasa besar dunia
 |
Kuasa Besar Yang Menindas |
seperti US, Britain serta sekutunya. Universiti yang berjasa ini telah ditohmah
sebagai sarang melahirkan pengganas bertaraf antarabangsa hanya kerana ia
diasaskan oleh sebuah gerakan Islam Palestin iaitu HAMAS.
Penubuhan Sebuah
Universiti Terulung
Penubuhan Universiti Islam Gaza telah
merealisasikan hasrat berjuta-juta rakyat Gaza yang ingin melanjutkan pengajian
mereka di menara gading. Sebelum adanya Universiti Islam Gaza, rakyat Palestin
di Gaza terpaksa meyeberangi ke Mesir bagi menyambung pengajian mereka di
peringkat universiti. Hal ini sedemikian kerana daerah Gaza pada ketika itu tidak
mempunyai sebuah universiti bagi menampung bilangan pelajar yang ramai. Melanjutkan
pengajian di Mesir memakan sejumlah wang dan masa
 |
Peta Semenanjung Gaza |
yang besar . Keadaan ini
pasti mendatangkan kesulitan buat anak-anak Palestin yang kebanyakan datang
daripada keluarga yang miskin dan susah di samping tiada sebarang biasiswa yang
diperuntukkan bagi menampung pengajian mereka di Mesir.
Pada tahun 1961, sekumpulan ahli perniagaan
telah memulakan sebuah usaha ke arah penubuhan sebuah universiti di Gaza bagi
menampung pengajian tinggi ribuan pelajar disamping menjimatkan masa, wang dan
tenaga pelajar-pelajar tersebut. Alhamdulillah hasil usaha keras mereka, sebuah
universiti yang dikenali sebagai Universiti Islam Gaza telah berjaya ditubuhkan
pada tahun 1978. Pada peringkat awal penubuhan universiti, ia hanya mempunyai
tiga fakulti pengajian. Kini, Universiti Islam Gaza mempunyai 10 fakulti
pengajian dalam pelbagai bidang yang menawarkan kursus pengajian di
peringkat Sarjana Muda, Sarjana, Diploma
serta Diploma Tinggi. Tambahan pula, Universiti Islam Gaza telah memperolehi pelbagai
anugerah kebangsaan dan antarabangsa atas kejayaannya melahirkan graduan yang
berkualiti tinggi dalam pelbagai bidang. Tambahan pula, Universiti Islam Gaza merupakan universiti yang terbesar di Gaza. Di Gaza, terdapat beberapa buah universiti antaranya Universiti Islam Gaza, Universiti Al-Azhar Gaza, Universiti Al-Aqsa.
Keunikan
Rakyat Palestin
Menjalani
kehidupan di sebuah negara yang dilanda peperangan bukan suatu perkara yang
mudah. Setiap hari, rakyat Palestin terpaksa menghadapi bunyi pengemboman,
tembak-menembak, pembunuhan di tanah tumpah air mereka. Bertapak Israel di
Palestin merupakan sebuah malapetaka yang sangat besar. Sudahla Israel masuk
bumi Palestin tanpa
 |
Berambus ko Israel!! |
diundang, lepas itu mereka pula mahu menghalau tuan rumah
dari rumahnya. Namun, tidak sedikit pun rasa mengalah terdetik di sanubari
rakyat Palestin. Bahkan, mereka akan terus berjuang bagi mempertahankan bumi
berdaulat mereka sekalipun ia terpaksa dibayar dengan darah dan nyawa mereka!
Rakyat Palestin sentiasa yakin bahawa suatu
hari nanti bumi Palestin akan dibebaskan dan Islam akan memerintah di bumi
tersebut kerana itulah janji Allah buat hamba-Nya yang beriman. Maka, pelbagai
persiapan yang telah dilakukan bagi menghadapi hari kemenangan yang dijanjikan
itu. Antaranya adalah dengan menyediakan kemudahan pendidikan yang terbaik buat
anak-anak muda Palestin. Hal ini demikian kerana golongan inilah yang bakal mengambil
alih tampuk kepimpinan negara bagi memerintah sebuah negara Palestin yang
berdaulat. Justeru, ia hendaklah diisi oleh mereka yang berpendidikan tinggi
serta mempunyai kefahaman agama yang utuh. Kerana sesebuah tidak akan bermakna
sekiranya ia diperintah oleh mereka yang bodoh lagi berkelakuan jahat!
Anak-anak2 kecil Palestin semenjak kecil telah dilatih untuk
 |
Kanak2 tahfiz Palestin |
menyelesaikan
hafazan Quran 30juz di masjid-masjid. Maka, tidaklah hairan apabila mereka
menyambung pengajian di universiti, mereka mampu menguasai pengajian dengan
baik, malah mereka jua dapat mencipta pelbagai rekaan yang tidak pernah difikir
oleh manusia sebelumnya. Sesungguhnya rakyat Palestin mendapat manfaat yang
sangat besar daripada graduan-graduan ini. Kenapa? Kerana merekalah yang
menjadi doktor yang merawat pesakit, jurutera yang membangunkan infrastruktur
 |
Para Jurutera sedang menyiapkan bangunan makmal |
negara, saintis yang menjalankan penyelidikan dalam pembangunan sains serta
para ulama’ yang sentiasa menyampaikan risalah Ad-Deen yang menjadi rahsia
kekuatan Palestin yang tertindas.Hal ini menggerunkan rakyat Israel sehingga
mereka seringkali menjadi kanak-kanak kecil sebagai sasaran tangkapan dan
pembunuhan mereka.
Sesungguhnya aku berharap agar dapat
menjejakkan kakiku ke Universiti
 |
Ismail Haniyeh, PM Palestin lulusan Universiti Islam Gaza |
Islam Gaza bagi melihat dengan mataku sendiri
akan kegigihan sebuah masyarakat yang dalam membangunkan sebuah ketamadunan
dunia. Benarlah dengan Agama dan Pendidikan dapat mengubahkan nasib sesuatu
bangsa.
“Ya Allah, Engkau kurniakanlah pertolongan
buat saudara-saudara seIslam kami yang kini berjuang menegakkan agama-Mu serta
mempertahankan bumi berdaulat mereka di Palestin, Iraq, Afghanistan, Syria,
Mesir serta di seluruh dunia Islam serta masyarakat minoriti Islam di negara
bukan Islam”
Gambar Sekitar Universiti Islam Gaza
 |
Pintu Gerbang Universiti |
 |
Masjid Universiti |
 |
Bangunan Pentadbiran Universiti |
|
|
|
 |
Perpustakaan Universiti |
|
|
|
|
 |
Pusat Makmal Saintifik |
|
|
|
 |
Pusat Kegiatan Pelajar Universiti |
|
|
 |
Dewan Konferens Universiti |
 |
Bangunan Akademik Universiti |
 |
Bangunan AlQuds (Bangunan Akademik) |
 |
Bangunan Luhaidan (Bangunan Akademik) |
 |
Bangunan Taiba (Bangunan Akademik) |
 |
Bangunan Akademik Universiti |
 |
Tugu Universiti |
 |
Bangunan Akademik Universiti |
 |
Pagar Universiti |
 |
Persatuan Atfaluna Untuk Kanak-Kanak Pekak |
|
|
 |
Logo Universiti |
Terima Kasih atas perkongsian yang amat bermakna ni. Lepas ni kena baca lebih detail lagi, hehe
BalasPadambaca pa yang lebih detail Firdani? jazakallah khairan kathiea atas penghargaan anda
Padam