![]() |
penulis bersama ayah |
![]() |
menulis dimana jua |
Ayah : ayah dulu sewaktu masa
remaja teringin benar nak menjadi seorang pnulis…ayah suka menulis..tapi hasrat
ayah tidak tercapai
Penulis : kenapa hasrat ayah yang
tercapai??
![]() |
kesibukan dalam buisness |
Ayah : mungkin sebab ayah terlalu
sibuk menumpukan dalam pembangunan kerjaya ayah sebagai businessman.. dalam
kesibukan, sangat sukar bagi ayah utk mencari waktu utk menulis…padahal, ayah
nak memulakan usaha utk menjadi penulis dengan bekerja sebagai pekerja am dalam
bahagian percetakan dalam salah sebuah
NGO Islam pada tahun 80-an dulu..bahkan ayah telah mendaftarkan diri di ITM
(singkatan kpd Institut Teknologi Mara) bagi mendalami ilmu Komunikasi..ayah
mahu mempertingkat lagi kemahiran ayah dalam percakapan dan penulisan…namun,
takdir Allah telah meletakkan ayah dalam bidang percetakan daripada bidang
penulisan..
![]() |
ITM Shah Alam |
Penulis : “ owh, okla tu
ayah..walaupun ayah tidak menulis, namun ayah tetap dapat menyumbang ke arah pembangunan
penulisan umat Islam dengan mencetak dan menerbitkan hasil tulisan penulis2
Islam dan disebarkan kepada masyarakat..bukankah ini kerja dakwah ayah untuk
masyarakat Islam?? ”
![]() |
Mesin Cetak |
Ayah : betul tu nak.. pandai anak
ayah berbicara ye.. xpelah, walaupun ayah xdpt menulis, mencetak hasil tulisan
orang Islam buat tatapan masyarakat.. sebab itu ayah berhasrat nak yang dapat
menunaikan hasrat ayah untuk menjadi penulis kelak..bole ke nak??
Penulis : inshaallah ayah..kite
akan cuba tunaikan hasrat ayah..
Jujurnya, penulisan bukanlah satu
subjek yang diminati oleh penulis ketika menuntut ilmu di bangku sekolah
dahulu..kerana diri ini tidak suka menulis dalam bentuk yang tersusun dan
berfakta…lebih2 agi seringkali berlaku ketandusan idea dikala mahu mengarang
satu penulisan terutama saat penulis menghadapi peperiksaan dimana ditetapkan
satu masa yang khusus bagi menyiapkan satu penulisan…
![]() |
Boring...boring...asyik2 nak menulis jer.. |
Namun, seakan berlaku satu perubahan dalam diri ini yang mahu untuk
menulis sesuatu…sedangkan bidang penulisan bukanlah kegemaran penulis..
barangkali hadirnya kemahuan untuk menulis ini terbit dari sebuah hasrat seorang ayah
yang mahukan anaknya menjadi seorang penulis..tambahan pula, pengaruh
persekitaran penulis yang terdiri dari rakan2 yang mahu menjadi penulis
melonjakkan semangat diri ini untuk mula menulis secara serius..maka, penulis telah
memutuskan untuk membuka BLOG
sebagai medium untuk diri ini melatih diri untuk
menulis secara serius di samping mengasah kemahiran penulisan sebagai satu alat
untuk berdakwah kepada masyarakat…![]() |
kena semangat...yerhhh!! |
semoga Allah meredhai usaha kerdil ini..
Amin
Ya robb..
Blog Penulis.....jemput singgah yer!! |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan