![]() |
Ku LIHAT bULAN mEngambang |
Penulis teringat akan
tazkirah yang disampaikan oleh seorang abang senior di dalam musolla.. saat itu
penulis menuntut di Sekolah
Agama Menengah Bestari, USJ 5..tazkirah yang
disampaikan menyentuh perihal bangun malam atau bahasa mudahnya; “QIYAMULLAIL”…perkataan
![]() |
SAM Bestari,USJ 5 |
QIYAMULLAIL merupakan kata pinjaman daripada perkataan Bahasa Arab namun ia
telah digunapakai secara meluas sejak
turun temurun..
perkataan QIYAM bermaksud bangun manakala ALLAIL membawa erti
malam..
Berbaik kepada kisah
tadi…abang itu dikenali sbgi Ah Teng (nama glamour waktu skola), dia merupakan
seorang yg hafiz quran 30juz dan suara merdu bila mengalunkan ayat2 suci
Al-Quran..kini beliau melanjutkan pengajiannya di bumi sungai nil, Mesir…dalam
tazkirah
beliau, beliau menekankan akan peri pentingnya seseorang pelajar itu
mengerjakan amalan qiyamullail..beliau berhujah bahawa dengan mengerjakan ibadah Qiyamulail, seseorang akan memperolehi
satu ketenangan yang luar biasa dalam lubuk sanubarinya…malah keesokkan
harinya, mereka yang telah mengerjakan ibadah qiyamulail di malam hari akan melalui harinya dengan suatu kekuatan
dalaman yang luar biasa..hatinya lapang, fikirannya luas, fokusnya tajam antara
kesan drpd bangun malam…
![]() |
penceramah menyampaikan tazkirah |
Pada mulanya, penulis meragui akan kata2 abg senior itu..kerana
penulis berasa
mustahil hanya dengan bangun malam boleh memberikan suatu kekuatan dalaman yang
luar biasa..lalu, malam tersebut seusai majlis tazkirah oleh abg Ah Teng,
penulis mengambil keputusan utk bermalam di musolla bagi memudahkan penulis utk
bangun malam..penulis berhasrat untuk membuktikan sama ada kata2 abang itu
benar atau sebaliknya..
![]() |
betul ke pe yg abg ne ckp??hmm |
Alhamdulillah, dengan
izin Allah, hasratku utk bangun malam
dimakbulkan oleh-Nya yang Maha Mendengar..penulis
diberi
kesempatan untuk mengerjakan qiyamulail pada malam tersebut..terasa
sungguh akan keheningan malam..sunyi namun suasana tenang yang cukup
mengasyikkan lalu penulis menyempurnakan wudhu’ serta mengerjakan solat sunat
tahajjud, taubat, hajat yang setiap satu solat dua rakaat dan diakhiri dengan
solat sunat witir 3 rakaat..seusai mengerjakan solat sunat witir, hati penulis
terasa begitu tenang sekali…fikiran lapang..penulis mendapat suatu kekuatan
yang luar biasa..belum pernah penulis
merasai ketenangan yg begitu luar biasa
sebelum ini..inilah kali pertama!! Penulis mengakui bahawa kata2 tazkirah abg
Ah Teng mmg benar..selagi xbuat,maka kite xkan tahu kesannya…
![]() |
bangun2...jom qiyam bro!! |
![]() |
qiyamulail |
![]() |
dengan mengingati Allah, hati menjadi tenang |
Alhamdulillah,
penulis telah melakukannya,anda bila lagi??? Namun, apa yang sekali dalam
mengerjakan sesuatu ibadah adalah istiqamah, tanpa istiqamah sia2lah ia..bak
kata pepatah “ hangat2 tahi ayam “ yang membawa maksud xde istiqamah atau
konsisten dalam mengerjakan sesuatu perkara..atau kata orang “ buat ikut mood
je, lau nk buat,buatle…lau xde mood, xyah buat “
Info:
Kelebihan Qiamullail
Daripada Abu Hurairah : Aku
bertanya : Wahai Rasulullah! Beritahulah kepadaku tentang suatu amalan yang
membolehkan aku masuk Syurga lalu nabi s.a.w bersabda yang bermaksud :
Sebarkanlah salam, jamukanlah makan, dirikanlah solat sedangkan manusia lain
sedang tidur nescaya engkau akan masuk Syurga dengan selamat
– Dikeluarkan oleh Imam Ahmad,
Hakim dan Ibnu Habban dengan sanad
sohih
Daripada Abdullah bin Salam katanya bahawa nabi s.a.w bersabda
yang bermaksud : Wahai sekalian manusia! Sebarkanlah salam, jamukanlah makan,
jalinkanlah silaturrahim dan bangunlah untuk dirikanlah solat sedangkan manusia
lain sedang tidur nescaya kamu akan masuk Syurga dengan selamat – Dikeluarkan
oleh Tarmizi, Ahmad, Hakim, Darimi, Ibnu Majah dan Ibnu Saad dengan sanad sohih
![]() |
muhasabah musim peperiksaan |
Daripada Abu Hurairah katanya bahawa nabi s.a.w bersabda yang
bermaksud : Puasa yang paling afdhal selepas puasa Ramadhan ialah puasa pada
bulan Allah Muharram dan sembahyang sunat yang paling afdhal selepas solat
fardhu ialah solat pada waktu malam
– Dikeluarkan oleh Muslim,
Tarmizi, Abu Daud, Nasaie, Ibnu Khuzaimah, Ahmad, Darimi, dan Baihaqi dengan
sanad sohih
Daripada Abdullah ibnu Umar katanya bahawa nabi s.a.w bersabda
yang bermaksud : Wahai Abdullah ibnu Umar! Janganlah engkau menjadi seperti si
Pulan di mana dia bangun pada waktu malam tetapi dia tidak melakukan ibadat
qiamullail – Dikeluarkan oleh Imam Bukhari, Muslim, Ibnu Majah dan Ahmad dengan sanad sohih
Ayuh kita mulakan
kehidupan seharian kita dengan qiyamulail…semoga Allah kurniakan kita semua
kekuatan dalaman yang luar biasa untuk terus berjuang di siang hari..
trima kaseh ea..tetibe terase plak yg sggup brjage tuk exm tpi bkn tuk wt ibadah...
BalasPadamhuhu...saya agi teruk kak..berjage malam utk study un x, apatrah agi berjage malam utk tahajjud
BalasPadamxpela..sme2 la brmuhasabah...trima kaseh mengingtkn akk
BalasPadaminshaallah kak..
BalasPadamMasyaAllah..
BalasPadamTerima kasih ustaz
BalasPadam