Gerakan
Zionis dan Israel Raya
Kongres Zionis 1897 (kiri), Theodor Herzl, pengasas Geraklan Zionis (kanan) |
Bangsa Yahudi telah lama memendam
cita-cita untuk menubuhkan sebuah negara Yahudi yang berdaulat dan merdeka.
Oleh yang sedemikian, sebuah gerakan rasmi telah ditubuhkan di Basle dalam
sebuah kongres yang dihadiri oleh pemimpin-pemimpin Yahdudi dari serata dunia
pada tahun 1897 yang dikenali sebagai Gerakan Zionis yang diasaskan oleh
seorang wartawan Yahudi dari Hungary iaitu Theodor Herzl. Hasil dari kongres
tersebut, mereka memutuskan bahawa matlamat utama gerakan itu adalah untuk
menubuhkan sebuah negara Yahudi dan sah di Palestin, dikenali sebagai Israel
Raya walaupun pada asalnya Herzl mencadangkan negara Israel itu didirikan sama
ada di Uganda, Cyprus, atau Argentina.
Lakaran peta Israel Raya |
Bahkan, sempadan negara Israel Raya
mereka turut merangkumi kawasan negara Iraq di sebelahTimur, sebahagian besar
negara Mesir di sebelah Barat, kawasan Syria, Luban di Utara dan kawasan Jordan
hingga ke Madinah Munawwarah di sebelah selatan. Tambahan pula, mereka mahu merobohkan Masjidil Aqsa lalu menggantikannya dengan Haikal Sulaiman atau Kuil Sulaiman yang merupakan tempat ibadat orang Yahudi satu ketika dahulu.
Add caption |
Holocoust & Deklarasi Balfour
Pada tahun, Khalifah Sultan Abdul Hamid II
telah didatangi oleh sekumpulan orang Yahudi yang diketuai oleh Theodor Herzl
bagi menawarkan untuk membeli sebidang tanah di Palestin dengan harga yang
cukup tinggi bertujuan untuk membuka penempatan Yahudi. Namun, tawaran itu
telah ditolak dengan tegas oleh khalifah kerana beliau mengatakan bahawa tanah
Palestin merupakan bumi milik seluruh umat Islam yang tidak boleh dijual
sewenang-wenangnya. Usaha Herzl menemui kegagalan.
Adolf Hitler (1889-1945) Foto: |
Pembantaian Yahudi dalam peristiwa
Holocoust telah mendapat simpati kerajaan Britain lalu mereka (kerajaan Britain)
meluluskan satu deklarasi yang dikenali sebagai Deklarasi Balfour bersempena
nama Setiausaha Luar kerajaan Britain ketika itu, Arthur Balfour yang memainkan
peranan dalam perpindahan beramai-ramai bangsa Yahudi ke Palestin dari Britain.
Beliau telah menulis sepucuk kepada Lord Rothschild, seorang tokoh dan penaja
gerakan zionis bagi menyatakan persetujuan kerajaan Britain dalam menyokong
penubuhan negara Israel. Surat yang ditulis pada 2 November 1917 adalah seperti
berikut:
Deklarasi Balfour 1917 |
Pada tahun 1933 merupakan sbeuah detik bersejarah yang hitam bagi rakyat palestin kerana sebuah kapal yang membawa rombongan pertama rakyat Yahudi daripada Britain tiba di bumi Palestin.
Kedatangan Rakyat Yahudi ke Palestin |
Gerakan pembebasan
Palestin Serta Tokoh-tokohnya
Rakyat Palestin telah melalui satu episode
perjuangan yang panjang sejak 15 Mei 1948 iaitu hari tertegaknya sebuah negara
haram bernama Islam. Sejak hari itu, rakyat Palestin tidak pernah sepi dalam
memperjuangkan hak mereka dan mempertahankan negara Palestin yang telah dijajah
oleh bangsa Yahudi Zionis. Pelbagai gerakan bersenjata atau politik telah
ditubuhkan bagi memperjuangkan pembebasan bumi Palestin oleh rakyat Palestin yang terdiri daripada tokoh-tokoh ayng berkaliber,
antaranya adalah:
1)
Syeikh Amin Husaini
Al-Haj
-merupakan seorang
ulama’ dan Mufti Al-Quds yang pertama pada tahun 1922
- memperkuatkan
kedudukan Majlis Tertinggi Syariah Palestin bagi menghadapi konspirasi Zionis
- Membangkitkan
semangat jihad umat Islam dengan mendedahkan perancangan Yahudi untuk merobohkan
masjidil aqsa dan membina Haikal Sulaiman
- Menganjurkan
persidangan umat Islam sedunia di Baitulmaqdis pada tahun 1931 bagi
memperjuangkan isu Palestin yang merupakan umat Islam sejagat
- Dilantik menjadi
Datuk Bandar Baitulmaqdis pada tahun 1934
- -Mengeluarkan fatwa
secara khusus tentang pengharaman dalam
penjualan tanah kepada orang Yahudi dalam sebuah pertemuan pemimpin-pemimpin Palestin pada tahun 1935
( Sumber: Kenapa Dunia Tidak Boleh
Mengiktirafnya; Satu soroton sejarah oleh Hafidzi Mohd Noor )
Syeikh Izzudin Al-Qassam |
2)
Syeikh Izzuddin
Al-Qassam dan Briged al-Qassam
- Tokoh Palestin yang
pertama yang menggerakkan penentangan bersenjata terhadap Israel
-Menubuhkan Briged
Al-Qassam sebagai gerakan penentangan bersenjata terhadap Israel
-Melatih sendiri
tentera-tentera Briged al-Qassam dalam penggunaan senjata api dan strategi
peperangan
- Kematian beliau telah
mencetuskan pemberontakan besar-besaran dari tahun 1936-1939
- Briged al-Qassam merupakan sayap ketenteraan Palestin yang paling digeruni Israel
- Anggota Briged al-Qassam juga berjaya mencipta roket jarak jauh buatan sendiri yang boleh mensasar hingga ke bandar Haifa di isarel
Logo Briged al-Qassam |
3) HAMAS
-Nama
gerakan ini adalah Gerakan Penentangan Islam ( Bahasa Melayu )
-Diasaskan
oleh Syeikh Ahmad Yasin Ismail di Gaza (Ghazzah) pada tahun
-Pada
asalnya merupakan cawangan pergerakan Ikhwanul Muslimin di Gaza
- -Merupakan
gerakan yang menjadikan al-Quran dan AsSunnah sebagai panduan jemaah
- Melancarkan
intifadhah (kebangkitan) rakyat Palestin pada tahun
-Bergerak
sebagai sebuah pertubuhan politik dan kebajikan dan Briged al- Qassam merupakan
gerakan bersenjata di bawah pengawasan HAMAS.
Fatah
(B. Arab: فتح penaklukan)
merupakan parti politik Palestin dan parti terbesar gabungan Pertubuhan
Pembebasan Palestin. Presiden Pihak Berkuasa Palestin, Mahmoud Abbas berasal
dari parti Fatah. Namun, Fatah tewas kepada Hamas dalam pilihanraya umum
parlimen 2006.
"Fatah"
merupakan singkatan songsang Harakat al-Tahrir al-Watani al-Filastini (حركة
التحرير الوطني
الفلسطيني) yang bermaksud
Gerakan Pembebasan Kebangsaan Palestin. Parti ini ditubuhkan oleh bekas
pemimpin penduduk Palestin, Yasser Arafat dan mempunyai askar militan. Abbas
dan Fatah dilihat oleh pihak Barat sebagai pengaruh sederhana dalam lingkungan
politik Palestin.
Logo PLO |
Pertubuhan
Pembebasan Palestin (bahasa Arab: منظمة
التحرير الفلسطينية
, bahasa Inggeris: Palestine Liberation Organization (PLO)) merupakan gabungan
parti-parti di Palestin yang diiktiraf oleh Liga Arab sebagai wakil penduduk
Palestin.[1]
Apabila
ditubuhkan pada 1964, PLO berhasrat menghapuskan negara Israel melalui tindakan
bersenjata. Piagam PLO pertama menekankan pemusnahan Israel, hak pulang ke
Palestin serta kebebasan penduduk Palestin. Namun, PLO masa ini menegaskan
penyelesaian konflik Arab-Israel melalui dua negara (two-state solution), yakni
penubuhan negara Palestin bersempadan dengan Israel, dengan syarat-syarat
seperti hak penduduk Palestin untuk kembali dan penetapan Baitulmuqaddis Timur
sebagai ibu negara Palestin. [2]
Pada
1993, pengerusi PLO, Yasser Arafat, dalam surat rasmi kepada Perdana Menteri
Israel, Yitzhak Rabin, telah mengiktiraf kedaulatan Israel. Israel lalu
mengiktiraf PLO sebagai wakil penduduk Palestin yang sah. Arafat yang
menyandang jawatan pengerusi Jawatankuasa eksekutif PLO sejak 1969 meninggal
dunia pada 2004. Beliau digantikan oleh Mahmoud Abbas.
Menurut
laporan Perkhidmatan Perisikan Jenayah Negara United Kingdom, PLO mempunyai
aset bernilai sebanyak AS$8 bilion dan pendapatan tahunan sebanyak $1.5 bilion
melalui dermaan, pemerasan, perdagangan senjata haram, pengedaran dadah,
pemindahan wang haram, penipuan dan sebagainya. Akhbar harian Daily Telegraph
dari UK juga menyatakan PLO mempunyai $50 bilion dalam pelaburan rahsia di
seluruh dunia.[3]
PLO
merupakan pemerhati dalam Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
Untuk pembacaan lanjut sila kunjungi link website