Isu Palestin, Kini Heboh Kembali
![]() |
Sumber: ( |
Gaza
Diserang!!
Gaza
under attack!!
Ratusan
Terbunuh, Ribuan Cedera Parah!!
Begitulah sebahagian tajuk-tajuk utama yang
terpampang di dada-dada akhbar mutakhir ini. Isu Palestin bergema kembali
setelah menyepi sekian lama. Di laman media sosal, tidak kurang rancaknya
penceritaan berkenaan peristiwa wilayah Gaza atau Ghazzah yang diserang oleh rejim Israel baru-baru ini. Statistik
berkenaan jumlah korban akibat serangan Israel dikemaskini hampir setiap masa
menerusi melalui Facebook, Twitter,
Youtube, Instagram, Whatassp sama
ada daripada orang perseorangan mahupun NGO yang menyalurkan bantuan kemanusian
kepada rakyat. Bahkan sebahagiannya menzahirkan solidariti mereka terhadap
perjuangan rakyat Palestin dengan menukar profile
picture Facebook mereka dengan imej-imej yang menggambarkan aspirasi
perjuangan rakyat Palestin. Namun, persoalannya, apakah tindakan kita dalam
menyokong rakyat Palestin melalui laman media sosial sudah memadai?? Adakah ia
hanya sokongan yang bermusim?? Tepuk Dada, Tanyalah Iman.
![]() |
(Sumber: http://www.firstcovers.com/) |
Kedudukan
Palestin Di Peta Dunia
![]() |
Peta Negara Palestin ( |
Negara Palestin terletak di wilayah Timur
Tengah, Asia. Ianya bersempadan dengan negara Mesir, Syria, Jordan, dan Lubnan.
Ia juga terletak berhampiran dengan laut Mediterranean dann Laut Merah. Namun,
malangnya peta negara Palestin telah dipadam dari peta dunia sejak penubuhan
negara haram Israel pada tahun 1948.
![]() |
Peta Israel Semenjak penubuhannya pada 1948 |
Kelebihan Bumi
Palestin Dalam Islam
1 1)
Sebuah bumi yang
telah diberkati oleh Allah
(Surah al-Isra', ayat 1)
(Surah Saba', ayat 18) |
(Surah al-Anbiyaa, ayat 81) |
(Surah al-Anbiyaa 71) |
(Surah al-A'raaf, ayat 137) |
(Surah al-Maidah, ayat 21) |
(Surah al-Mu'minun, ayat 50) |
2)
Bumi yang pernah
didiami oleh para Nabi dan Rasul
-Nabi
Ibrahim alaihissalam
-Nabi
Yaakob alaihissalam
-
Nabi Ishaq alaihissalam
-Nabi
Yusuf alaihissalam
-Nabi
Zakaria alaihissalam
-Nabi
Sulaiman alahissalam
-Nabi
Isa alaihissalam
-Nabi
Yahya alaihissalam
3)
Bumi yang menjadi
bukti penyaksian bagi perjalanan Isra’ dan Mi’raj Nabi Muhammad sollahualaiwassalam
(Surah
al-Isra’ ayat 1)
4)
Bumi dimana
terletaknya Masjidil Aqsa yang merupakan kiblat pertama umat Islam.
![]() |
Masjidil Aqsa ( dalam bulatan ) |
Pada tahun 2H, Nabi Muhammad
sollhualaihiwassalam diperintahkan untuk solat menghadap Masjidil Haram, Makkah
(Surah al-Baqarah, ayat 144)
1 5)
Keutamaan menziarahi
Masjidil Aqsa ketika bermusafir bagi tujuan ibadah
\
“
Janganlah kalian bersungguh-sungguh untuk merantau (bagi tujuan ibadah)
melainkan (dengan mengunjungi) ke tiga buah masjid iaitu Masjidil Haram
(Mekah), Masjidil Nabawi (Madinah), Masjidil Aqsa (Baitulmaqdis).
1 6)
Kelebihan mengerjakan
solat di Masjidil Aqsa
Bagi
mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai kelebihan bumi palestin sila
kunjungi link website yang tertera di bawah:
Kejatuhan
Khilafah Turki Uthmaniyyah
Kesan kejatuhan khilafah uthmaniyyah telah
mengakibatkan satu persatu negeri yang merupakan wilayah jajahan dan naungannya
terlepas ke tangan pihak penjajah asing yang datang dari benua Eropah. Perancis
telah berjaya menguasai wilayah Syam dan sebahagian besar wilayah utara benua
Afrika, Itali menguasai Libya dan Tunisia, manakala negeri-negeri di
semenanjung Arab pula dikuasai oleh British. Akhirnya, negeri-negeri yang
pernah menjadi wilayah naungan mahupun jajahan khilafah Turki Uthmaniyyah ini
telah dipecahkan menjadi negara-negara yang lebih kecil seperti Mesir, Arab
Saudi, Syria, Palestin, Lubnan, Jordan,
Yemen, Oman, Emiriah Arab Bersatu, Qatar, Bahrain, Kuwait, Iraq, Iran, Libya,
Algeria, Tunisia, Maghribi.
![]() |
Negara-negara Arab |
Pemecahan ini merupakan usaha pihak penjajah yang
didalangi oleh British dan Perancis dalam usaha melemahkan khilafah Turki
Uthmaniyyah. Setiap wilayah tersebut menuntut kemerdekaan daripada khilafah dan
diberikan kuasa autonomi bagi mentadbir negara sendiri serta dibebaskan
daripada cengkaman dan kongkongan khilafah Uthmaniyyah. Kekalahan pihak Jerman
dimana Turki Uthmaniyyah berpihak kepadanya dalam Perang Dunia Pertama
menguatkan lagi hasrat mereka kepada Turki Uthmaniyyah untuk diberikan
kemerdekaan bagi setiap tanah jajahannya. Kesannya, Turki Uthmaniyyah hanya
berkuasa di kawasan Istanbul dan sekitarnya. Bumi Palestin turut terkena
tempiasnya. Akhirnya bumi Palestin telah diletakkan dibawah pemerintahan
British dan dikenali sebagai jajahan takluk British. Maka bermulalah episod
hitam bagi Palestin.
Khalifah
Yang Dipinggirkan
![]() |
Sultan Abdul Hamid II |
Barangkali
ramai dalam kalangan kita yang tidak mengenali nama tokoh. Sekiranya nama ini
pernah didengar mahupun dibaca di buku, rata-ratanya akan menggambarkan susuk
tubuh dengan gambaran yang buruk. Beliau digambarkan sebagai seorang pemerintah
berkuku besi, yang berbuat zalim terhadap rakyatnya, dan pelbagai tohmahan liar
lain yang ditohmahkan kepada beliau. Namun hakikatnya, Sultan Abdul Hamid II
mempunyai keperibadian yang baik malah beliau dianggap sebagai hero benteng
terakhir umat Islam dalam mempertahankan bumi Palestin dari dijajah oleh bangsa
Yahudi. Masih segar dalam memori rakyat Palestin akan ketegasan beliau dalam
menolak tawaran sekumpulan hartawan Yahudi yang mahu membeli sebidang tanah di
Palestin. Kata-kata baginda berbunyi seperti berikut:
Malangnya,
tidak sedikit pun jasa dan pengorbanan beliau dihargai oleh pemimpin-pemimpin
khalifah Uthmaniyyah bahkan suatu komplot bagi menggulingkan khalifah telah
dijalankan dan diketuai oleh Mustafa Kamal, bekas panglima tentera Turki
Uthmaniyyah lalu beliau dibuang negeri dari Turki.
![]() |
Sultan Abdul Hamid II sewaktu diusir oleh Mustafa Kamal |
Untuk pembacaan lebih lanjut, sila baca artikel karangan Ustaz Hasrizal Abdul Jamil di link tertera:
Kronologi Sejarah Penjajahan Palestin
(Foto: aqsasyarif.com)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan