Perbincangan Palestin oleh Dr. Ahmad Thoha Ridhwan
Dr. Ahmad Thoha Ridhwan merupakan pensyarahku
berketurunan Mesir bagi subjek Ta’bir (penulisan Bahasa Arab) ketika aku
menjalani semester 4 di Ma’ahad Lugothul Arabiah (Pusat Pengajian Bahasa Arab),
Universiti Islam Madinah (UIM). Isu Palestin merupakan sebahagian dari sukatan
pelajaran bagi subjek ta’bir semester 4 di Ma’ahad Lughoh, UIM.
![]() |
Sekadar Hiasan |
Beliau telah
menceritakan tentang sejarah Palestin secara panjang lebar bermula dari sejarah
penempatan awal bumi Palestin oleh bangsa Arab keturunan Kan’aan sehinggalah ke
penjajahan bumi Palestin oleh Zionis Israel sejak tahun 1948M. Penyampaian
beliau yang cukup menarik serta kefasihan beliau dalam menyampaikan perbincangannya dengan bahasa Arab yang fasih memukau setiap hadirin yang mendengar.
Antara
penyampaiannya yang menarik perhatian penulis adalah berkenaan hujah orang
Islam bagi mematahkan dakwaan bangsa Yahudi yang mendakwa bumi Palestin adalah
hak mereka untuk didiami. Dr. Thoha menerangkan bahawa hujah orang Yahudi boleh
dipatahkan melalui dua hujah iaitu dari segi fakta sejarah penempatan awal bumi
Palestin dan nas-nas dari Al-Quran dan Hadith yang menceritakan tentang
ketidaklayakan bangsa Yahudi mendiami dan memerintah bumi Palestin akibat
kegagalan mereka meneruskan legasi yang ditinggalkan Nabi Ya’akub alaihissalam.
Hujah Pertama
![]() |
Penduduk Yahudi
bukanlah golongan yang pertama yang membuka penempatan di bumi Palestin
sebagaimana dakwaan mereka. Hakikatnya, sebuah bangsa berketurunan Arab bernama
Kan’aan telah dicatat dalam lembaran sejarah sebagai golongan penempatan awal
di bumi Palestin. Mereka telah berhijrah ke Palestin seawal 4000 tahun yang
dulu. Bangsa Kanaan berasal dari suku Filistin yang mendiami kawasan tersebut
malah terdapat dalam kalangan mereka berkahwin dengan orang Arab. Maka bangsa Filistin merupakan bangsa bukan Arab yang telah diarabkan. Bangsa Kanaan
telah memakmurkan bumi Palestin semenjak 1500 tahun yang lampau sebelum
kedatangan kaum Israel ke Palestin.
![]() |
Penghijrahan Bani Israel Ke Bumi Kan'an Di era Nabi Musa ( Sumber: http://www.lovely0smile.com/Msg-3846.html ) |
Hujah Kedua
Penduduk Yahudi
berasal daripada silsilah keturunan Nabi Ya’kub alaihissalam yang jua dikenali
sebagai Israel. Nabi Ya’kub pernah menyatakan kepada anak-anaknya bahawa bumi
Palestin hanya akan diduduki oleh mereka yang mempunyai pegangan Tauhid yang
betul. Dalam erti kata lain, mereka yang akan terus mendiami dan memerintah
Palestin terdiri daripada mereka yang beragama Islam. Hal ini dapat dilihat
pada wasiat Nabi Ibrahim dan Nabi Ya’kub kepada anak-anak mereka seperti mana
yang diceritakan dalam Al-Quran:
(ayat 132 dan 133, surah Al-Baqarah)
Syarat ini juga
dicerita kan dalam beberapa ayat yang lain iaitu
(ayat 21, surah Al-Maidah)
ayat
72 surah Yunus,
ayat 128 surah al-Baqarah
Namun malangnya,
orang Yahudi tidak menunaikan amanah yang diberikan kepada mereka dengan
sebaiknya malah mereka bertindak dengan melakukan kerosakan di muka bumi. Oleh
itu, mereka bangsa Yahudi dibinasakan sebanyak dua kali sebagaimana yang
disebut dalam surah al-Isra’, ayat 4 hingga 8
Menurut catatan sejarah, bangsa
Yahudi telah dibinasakan buat kali pertama oleh Raja Nebuchadnezzar, yang
merupakan pemerintah kerajaan Babylon manakala mereka telah dihancurkan buat
kali kedua oleh kerajaan Byzantine yang berpusat di Rom. Bahkan, bangsa Yahudi telah memerintah hanya beberapa bahagian dari bumi Palestin (bukan semuanya) dan untuk selama empat kurun sahaja iaitu dari tahun 1000 hingga 586 sebelum Masihi. Pemerintahan mereka telah hancur sebagaimana yang telah berlaku kepada kerajaan Assyiria, Kerajaan Firaun, Greek dan Roman, sedangkan penduduk asal Palestin terus kekal di situ. Manakala pemerintahan Islam pula merupakan kerajaan yang paling lama dalam sejarah Palestin iaitu selama 1200 tahun (636-1917 M) terus menerus kecuali satu gangguan dari pemerintahan Salib yang singkat s elama 90 tahun.
Bagi mendapatkan penjelasan lanjut sila buka link di bawah.
Bagi mendapatkan penjelasan lanjut sila buka link di bawah.
Artikel bertajuk : Siapakah yang lebih berhak terhadap Bumi Palestin??
(Sumber: http://palestinkini.info/?p=560 )
(Sumber: http://palestinkini.info/?p=560 )
Artikel bertajuk: Sejarah Kemusnahan Banga Yahudi: Bila dan Bagaimana??
Link website: http://www.haluan.org.my/v5/index.php/palestin/sejarah-a-fakta/1250-kemusnahan-bangsa-yahudi-sebanyak-dua-kali-bila-dan-bagaimana
Tiada ulasan:
Catat Ulasan