“Kenapa kita kena belajar bahasa Arab ya
murid-murid. Siapa tahu?”
Maka,seorang
demi seorang anak muridnya menjawab,
“Bahasa
Arab itu bahasa al-Quran ustazah”
“
Nanti kita di syurga kita bercakap Arab kan ustazah?”
“
Nabi Muhammad orang Arab, jadi dia mesti cakap Arab kan kan..kan..”
Ustazah hanya tersenyum melihat telatah
anak-anak muridnya. Telatah mereka tidak ubah seperti Upin dan Ipin serta
rakan-rakan sekelas mereka semasa di dalam bilik darjah.
“Pandai
anak murid ustazah bagi jawapannya. Ini yang buat ustazah makin sayang ini”
Bahasa
Arab Kunci Ilmu Agama
Ilmu Syariat Islam terdiri daripada tiga cabang iaitu Ilmu Fiqh iaitu yang berkaitan
hukum-hakam perbuatan seharian manusia, ilmu Aqidah iaitu berkaitan kepercayaan
manusia kepada Allah, dan ketiga ilmu Akhlak iaitu ilmu yang menyentuh
berkenaan pembinaan keperibadian yang mulia. Al-Quran yang merupakan Kalamullah
serta Hadith yang merupakan setiap perkataan, perbuatan, pengakuan, sifat
luaran mahupun dalaman yang disandarkan kepada Nabi Muhammad sollahualaihi
wasalam merupakan dua rujukan utama
umat Islam (selain Qiyas dan Ijma’ Ulama’) dalam memahami agama Islam. Namun
bagi memahami segala isi-isi kandungan yang terdapat dalam Al-Quran dan Hadith,
setiap Muslim perlu memahami dan menguasai Bahasa Arab terlebih dahulu. Hal ini
sedemikian kerana bahasa pengantar yang digunakan pakai dalam Al-Quran adalah
bahasa Arab malah Nabi Muhammad yang merupakan utusan Allah yang terakhir
dilahirkan dalam kalangan bangsa Arab di Makkah.
Syeikhul Islam
Ibnu Taimiyyah pernah berkata bahawasanya adalah menjadi suatu kewajipan bagi
setiap muslim untuk menguasai bahasa Arab dalam memahami agama Islam. Beliau
menggunapakai satu kaedah Ushol Fiqh bagi menyokong hujahnya iaitu,
"Maka
sesungguhnya Bahasa Arab itu sendiri merupakan sebahagian daripada syiar agama
Islam, mengetahuinya merupakan fardu yang wajib. Oleh yang demikian, memahami
Al-Quran dan As-Sunnah merupakan fardhu, tidak mungkin seseorang itu mampu
memahaminya melainkan dengan memahami Bahasa Arab. Apa-apa yang tidak
menyempurnakan kewajipan melainkan dengannya, maka ia adalah wajib."
Syeikh mahu menerangkan kepada kita bahawa
pemahaman seseorang individu muslim terhadap agama Islam sesekali tidak akan
sempurna melainkan dengan pemahaman dan penguasaan bahasaa Arab, maka atas
sebab itu, pemahaman dan penguasaan Bahasa Arab telah mejadi wajib bagi
individu yang mahu mendalami ilmu agama Islam seperti Usuluddin, Syariah, Quran
dan Sunnah.
Oleh
itu, kuasailah ilmu Bahasa Arab terlebih dahulu sebelum anda mahu mendalami
ilmu agama Islam yang lain kerana ilmu bahasa Arab ibarat kunci kepada
pemahaman agama Islam.
Bahasa
Arab: Adakah Ia Suatu Keutamaan
Seorang lelaki yang berumur 60-an mengadu
kepada seorang ustaz sewaktu dalam suatu majlis ceramah yang dianjurkan oleh sebuah surau di Gombak,
“ Ustaz, umur pakcik
dah 60 lebih. Dah nak dekat 70 dah pun. Pakcik memang berhajat sangat mahu tahu
ilmu agama dengan lebih mendalam. Tapi bila ustaz sebut tadi kita wajib belajar
ilmu bahasa Arab dahulu, terkeletar lutut pakcik. Maklumlah pakcik dah tua,
kalau pakcik nak belajar bahasa Arab dahulu, lambat lagila pakcik nak belajar
ilmu agama lain. Makin tua, makin lambat nak tangkap apa yang ustaz ajar. Silap
hari bulan, pakcik mati dulu sebelum pakcik sempat habis belajar bahasa Arab..
jadi macamna ustaz, tak kan ada discount sikit untuk pakcik tua ini?
Ustaz tersebut terdiam lalu berfikir sejenak.
Lalu ustaz tersebut menceitakan tentang pandangan almarhum Prof. Dr. Hamka
dalam isu ini. Ustaz itu berkata,
“
Buya HAMKA pernah membuat sebuah anologi tentang peringkat umur manusia. Beliau
membahagikan peringkat umur manusia mengikut 3 waktu waktu yang disebut dalam
AL-Quran iaitu, Dhuha, Asr dan alLail. Lalu menerangkan bahawa AdDhuha (waktu
solat dhuha) ibarat umur manusia sewaktu masih kecil, Ashar (waktu solat ashar) seperti usia
dewasa, Al-Lail (waktu malam) ibarat usia tua. Maka Buya menyebut bahawa setiap
manusia yang berhasrat mendalami agama hendaklah mempelajari ilmu-ilmu agama
mengikut kategori usianya. Sebagai contoh, individu yang berusia seperti AdDhuha
boleh
mempelajari ilmu bahasa Arab terlebih dahulu sebelum berpindah kepada
Fiqh, hadith. Adapun mereka yang berusia Ashar, mereka boleh mempelajari ilmu
Feqh, hadith , tafsir tanpa perlu mendalami ilmu bahasa Arab, manakala bagi mereka
yang sudah berusia alLail, maka seharusnya mereka menumpukan masa dalam
mempelajari ilmu-ilmu yang berkaitan ibadah seperti solat, ilmu tajwid,
tatacara wudhu’, sedekah, puasa dan sebagainya.
![]() |
Belajar Ilmu Mengikut kategori Umur |
Begitulah
analogi ringkas yang dibuat oleh Prof. Hamka sebagai suatu jawapan bagi
persoalan yang seringkali menghantui masyarakat berkenaan keutamaan dalam
memahami ilmu agama Islam, iaitu apakah perlu belajar bahasa Arab terlebih
dahulu atau boleh belajar ilmu agama serentak dengan bahasa Arab atau belajar
ilmu agama tanpa belajar bahasa Arab. Alhamdulillah analogi ringkas yang oleh
Buya Hamka merupakan jawapan yang tepat dan padat.
Semoga tulisan
kali ini ada manfaatnya buat para pembaca. Segala salah dan silap dalam tulisan
ini mohon ditegur oleh pihak pembaca. Saya menyeru kepada semua khasnya buat
diri saya sendiri agar kita terus-menerus menuntut ilmu agama kerana ilmu agama
Islam amat luas dan adalah tidak wajar untuk kita berasa memadai dengan belajar
asas-asas fardhu a’in yang hanya meliputi perkara-perkara ibadat seperti solat, puasa, haji, zakat, baca
al-Quran bahkan Islam itu meliputi segenap penjuru kehidupan manusia dari
sebesar-besar perkara seperti penubuhan Negara dan Kerajaan Islam sehinggalah
ke sekecil-kecil perkara seperti membasuh air kencing dan berak. Sekian
daripada saya,
Abu Abdul Rahman,
Isnin
14 Julai 2014M bersamaan 16 Ramadhan 1435H
Gombak
Tiada ulasan:
Catat Ulasan