Pelajar Madinah tidak kira yang masih
belajar mahupun yang sudah tamatkan pengajian dri Madinah pastinya tidak akan
terlepas daripada sebuah tohmahan
yang cukup masyhur iaitu WAHABI.
![]() |
Wahabifobia |
(Tidaklah
saya akan ingin mengulas panjang lebar tentang Wahabi ini, harap dapat baca
lebih lanjut di halaman lain)
Saya akui bahawasanya acapkali mahupun
sekali sekali mereka yang pernah atau berada di Madinah untuk tujuan menuntut
ilmu melakukan kesilapan dari sudut pegangan manhajnya (baca pendekatan)
mahupun cara penyampaian dakwah mereka kepada masyarakat. Sebahagian plajar
madinah dilihat terlalu keras dalam penyampaian, jumud tidak tentu pasal, suka
membid'ahkan orang, dan pelbagai lagi jenis tohmahan yang dilemparkan terhadap
mereka..
Eya, sebahagiannya begitu, namun sebahagian
tidak.. malangnya sebahagiannya daripada kita apabila dengar sahaja ada orang yang
berhajat untuk ke Madinah bagi tujuan menyambung pengajian dalam pengkhususan
agama, maka datanglah segala persepsi buruk ke dalam benak fikiran mereka..
bahkan lebih parah lagi sebahagian daripada kita tidak membenarkan anak-anak, kawan-kawan
, adik-adik kita ke Madinah hanya kerana Wahabifobia (takut akan bayang-bayang
Wahabi).. Allahulmusta'an..
Barangkali kita lupa bahawasnya
Nabi kita Muhammad (sollahuaalaihiwasalam) pernah hidup dan wafat di madinah!
Tolak ketepi dahulu tentang Wahabi jika ingin belajar di Madinah.
Cuba tanamkan dalam fikiran kita
bukankah kita akan pergi ke sebaik-baik tempat di dunia bernama Madinah..
tidakkah kalian penah terfikir untuk menuntut ilmu di sebuah tempat yang
sebahagian wahyu Allah diturunkan? Di tempat junjungan besar mendidik sahabat
sehingga menjadi seorang yang faham agama secara mendalam? Renungkanlah.
Akhirkata, sebarang kritikan terhadap pelajar
Madinah terutama saya adalah sangat dialu-alukan.. saya menafikan bahawasanya jiwa
seorang pemuda yang sentiasa berkobar-kobar dalam sesuatu antara faktor yang
menyebabkan dakwah itu tidak sampai kepada matkamat yang sebenarnya.. dalam bahasa
mudah, “Nak cepat naik syeikh, habis segala jenis hukum setakat yang dia tahu
dia sembur” walaupun hakikatnya masih banyak ruang yang perlu
dibahaskan
dengan lebih lanjut.. mungkin inilah yang dimaksudkan oleh sebuah
perkataan Arab iaitu syabbun iaitu pengertian asalnya membawa erti unggun kayu api dan sememangnya kayu
api amat mudah terbakar, maka begitulah
juga jiwa pemuda yang sentiasa mudah terbakar (baca brkobar2).
Pemuda Ibarat Kayu Api Yang Membara |
Abu Abdul Rahman
Madinah Munawwarah
26 Jumadilawwal 1435
bersamaan 27 Mac 214
Sebarang kritikan
membina sangat dialu-alukan daripada pembaca yang dirahmati Allah.
di U Madina ada akhowat ke ??
BalasPadamxde sis iman..
Padam