![]() |
Universiti Al-Azhar, Universiti Islam Yang Tertua di Dunia |
Apabila ditanya kepada sebahagian penuntut bidang pengajian Islam, apakah sebab yg mendorong mereka untuk mendalami Islam dengan cara menuntut secara serius untuk mendalami Islam, pastinya akan muncul jawapan yang beraneka daripada mulut yang banyak..
Antara jawapan yang masyhur:
"Saya nak melaksanakan tuntutan dakwah"
"Saya nak jadi pak ustaz macam ustaz sekian2"
"Saya nak kenal agama lebih mendalam kerana tidak kenal bagaimana mahu menyemai rasa cinta kan?"
"Saya nak mentarbiyyah masyarakat dengan Islam yg syumul"
"Membangun bersama Islam" dan pelbagai lagi jawapan yang serbaneka..
Namun, dari sudut pandang yang lain, jawapan lain yang terbit dari mulut seperti:
"Hmmm, tidak tahula...sebab ramai kawan nak ambil jurusan agama, jadi aku
follow the flow je"
"Sbnrnye ana nk amik course lain, tetapi akhirnya amik bidang agama juga"
"Aku tidak berapa pandai syeikh..mahu ambil jurusan sains, engineering, dah subjek sains aku kantoi, nasib baik subjek agama aku cukup-cukup makan, bolehla sambung belajar dalam bidang agama"
Inilah hakikatnya yang berlaku terhadap sebahagian mereka yang bergelar pelajar pengajian Islam tidak kira yang belajar di dalam mahupun luar negara.
Tujuan, niat mereka bagaikan samar2.. tiada halatuju yg jelas..
Ngaji subjek agama, tetapi malangnya tidak serius yang akhirnya hidupnya tidak kemana-mana jua. Bak kata orang-orang tua,
" Buat menghabis
beras je!!!!"
Natijahnya, graduan agama yang menjadi
harapan masyarakat untuk menyampaikan tentang Islam tidak mencapai matlamat yang
sepatutnya.. apabila ditolak menjadi Imam di masjid atau surau, mulalah
menggeletar, mnggunakan alasan suara tidak merdu, tajwid lintang-pukang dan sebagainya..
diminta untuk
mngetuai bacaan doa, mulalah main sorok-sorok belakang mak,
disuruh mmgetuai bacaan tahlil, mulalah
menggaru-garu kepala, diminta bagi tazkirah di masjid mahupun surau, mulalah
lari ke tandas dan main sorok-sorok dengan pengerusi masjid..
![]() |
Harap Tok Imam xnampok den nyorok |
Alahai pak ustaz.. bahkan sebahagiannya akan sebut,
" Ana tidak layak syeikh nak amik jurusan
agama.. ana tidak layak nak jadi da'ie"
Syeikh, enta kena ingat bukan diri enta yang menilai enta layak atau tidak untuk menjadi seorang dai'e kerana sesungguhnya Allah jua yang memilih untuk menjadi dai'enya di jalan-Nya yang mulia iaitu meneruskan legasi para Nabi dan Rasul di jalan Dakwah.. apa yang penting, kite perlu mencuba dan berusaha untuk melaksanakan tanggungjawab dakwah ini.. mungkin pada peringkat permulaan, kita akan mendapati diri kita gugup, gagau, gelabah jadi imam solat jemaah, menyampaikan tazkirah kepada masyarakat, namun seandainya ia dilakukan secara berterusan, inshaAllah segalanya akan mudah dan menjadi kebiasaan hidup kita..

Jadilah seorang Daie yang sebenar-benarnya..
![]() |
Perjalanan Dakwah KiTA Masih Jauh |
Abu Abdul Rahman
Madinah Munawwarah
19 Jumadilthani 1435 brsamaan 19 April 2014
Sabtu, 9.05a.m
Semoga coretan kecil yg penuh kekurangan ini ada manfaatnya buat para pembaca diluar sana..segala salah siap amat dharap utk dimaafkan serta segala kritikan adalah dialu-alukan..
~Mencari Kebenaran dlm Agama~
Mantap! Lama ndak nampak blog kamu ada coretan baru. =)
BalasPadamalhamdulillah setelah sekian menanti kehadiran mood utk menulis..inipun dipindahkan drpd status fb..hehe
Padam