Cinta Monyet merupakan sebuah fenonema yang sangat sinonim buat para remaja. Barangkali perasaan cinta muncul tatkala para remaja mahu merasai bagaimanakah rasanya menyayangi seseorang dan disayangi oleh seseorang. Perasaan itu tidaklah salah namun malangnya perasaan yg hadir itu seringkali disalahgunakan oleh mereka yang baru menginjak ke alam remaja.
Penyalahgunaan tersebut telah
menyebabkan mulanya sebuah episod cinta cintan-cintun yang bernama COUPLE.
Mereka akan mencari pasangan masing-masing, menggelarkan diri sebagai pak we dan mak we atau balak dan awek,
saling menghubungi antara satu
sama lain melalui pelbagai cara waima SMS,
Calling2 (bergayut), Chatting2
dan sebagainya.. malangnya permulaan inilah yang telah menyebabkan sebahagian
besar remaja akhirnya kecundang di penghujungnya ke dalam lembah maksiat bernama
ZINA.
Apabila si gadis
mengandung, si jejaka pun melarikan diri daripada
tanggungjawabnya sehingga akhirnya si gadis yg terpinga-pinga membunuh
kandungan bayi dalam perutnya demi meleraikan kekusutan yg melanda..
![]() |
Gadis Ibarat Mangsa kepada Singa rakus bernama Lelaki |
![]() |
Dilema Seorang Gadis Terlanjur |
Nauzubillah
waiyyazubillahi minz zalik
Sebagai seorang yg pernah melalui episod
remaja, diri ini tidak terlepas daripada pengalaman bercinta monyet. Alkisah
ini berlaku sewaktu aku menuntut di bangku persekolahan. Dikala itu, ramai
teman sekolah sudah mula bercinta monyet. Akhirnya aku pun tewas dipengaruhi
oleh mereka disekitarku. Namun, pengalaman bercintaku seringkali menemui episod
kegagalan. Lagi aku mngejar gadis idaman
hati, lagi kegagalan demi kegagalan yg daku temui. Muka yangg tidak kacak,
perangai yang kebudak-budakan, tidak pandai akademik, tidak reti bersukan menjadi
sebahagian asbab kepada kegagalanku dlm pencarian itu.. haha.
Namun, ternyata kegagalan yang ku temui menyimpan
seribu satu hikmah yang trsirat. Hikmah itu hanya tersingkap saat ayah
kesayanganku kembali ke pangkuan Ilahi. Saat itu barunya aku tersedar daripada
sebuah lena yang panjang. Barulah aku sedar bahawsanya sejak sekian lama sudah
ada segolongan insan yang sudi membalas cintaku ini. Mereka yg bersedia
menerimaku tanpa syarat. Mereka yang mnyayangiku dengan sepenuh jiwa raga
mereka. Ketahuilah mereka yg dimaksudkan adalah ibuku dan 4 orang
adik-beradikku..
Malangnya, cinta yang mereka hulur kepadaku
bagaikan sia-sia kerana saat itu aku lebih mendambakan cintaku dibalas oleh si gadis
idaman hati. Ya Allah betapa naifnya aku
disaat itu! Bahkan, kedatanganku ke rumah bagaikan sebuah episod bagi
melepaskan segala kekusutan yang aku peroleh daripada sebuah penjara bernama
sekolah! Kerapkali aku ditegur oleh ibuku akan perangaiku yang seringkali menjadikan
rumah sebagai tempat melepaskan stress. Ibu selalu sebut sebuah hadith,
" Orang yang paling baik
adalah orang yang paling baik dengan keluarganya"..
Ketika itu, aku banyak melebihkan kawan-kawanku
atau lebih banyak berbuat baik dengan kawan-kawanku daripada keluargaku sendiri.
Di
Madinah, aku telah dipertemukan oleh sahabat-sahabat yang mempunyai hubungan yang
sangat rapat dengan adik-beradik mereka. Mereka berkongsi kepadaku betapa
manisnya ukhuwah yang terjalin sesama adik bradik sehingga mereka saling
merindui antara satu sama lain. Rahsianya, apabila mereka bersama, mereka akan
jadikan saat kebersamaan itu saat yg cukup indah yang akan dirindui bukan hanya
kerana berjauhan. Jiwaku bagaikan disentap sedalam-dalamnya. Aku tidak ingat
bilakah kali terakhir aku mewujudkan saat indah bersama ibu dan adik-adikku
itu. Entah-entah tidak ada satu pun!
Ya Allah, tiba2 aku teringat akan kata-kata seorang sahabatku,
"What you gain is what you give"..
atau dalam erti kata
lain,
“Sayangnya seseorang kepada kita
dengan sepenuh hatinya bermula seandainya diri kita terlebih dahulu menyayangi
orang lain dengan sepenuh hati kita”
Ya ampunkanlah dosa ibu dan
ayahku, kasihanilah mereka kasihani kami sewaktu kami kecil.
Ampunilah dosaku
wahai mak kerana tidak dapat menjadi anak yang baik selama ini, wahai adik-adiku
ampunilah segala dosa abang kerana tidak dapat jadi abg yg baik untuk kalian..
Akhirkata,
"Seandainya aku tidak mampu menjadi seorang yang
apabila matinya dirindui oleh mereka yg aku tinggalkan kerana kebaikan yg aku
lakukan saat hidupku, maka janganlah aku jadikan diri aku seorang yang apabila
matinya menjadi suatu kerehatan buat org lain kerana sewaktu hayatku dipenuhi dengan
kebencian orang disekelilingku akibat perbuatan jahatku"
Abu Abdul Rahman
4 Jumadilakhir 1435 brsamaan 4 April
2014
Madinah Munawwarah