Bahagian 2
Persiapan Haji
![]() |
Abu:
“ Hmm, ok je lau ko nak wat haji pakai redah je tapi ko nak haji ko
diterima x??”
Mat:
“ Mestilah nak haji mabrur bro. lau x wat penat je kite wat haji kan”
Abu:
“ Hah, taw pun nak haji mabrur. Tapi ko igt ko nak redah je boleh dapat haji mabrur?? Kalau kita main redah je
tanpa belajar dulu pasal cara nak wat Haji, macam kita nak wat haji tu? Apa
yang kita perlu buat sewaktu haji? Apa yang kita perlu jauhkan waktu haji? Tempat
mana nak dituju sewaktu haji? Ini antara soalan yang kita kena pikir sebelum
nak wat haji nanti..
Mat:
“ Hmmm, a’ah kan. Btol jugak cakap ko tu. Baru aku terpikir. Nak kejar haji
mabrur konon, tapi satu perkara pasal cara nak wat haji un xtw..aisemen, ini
kali la.. Terima kasih banyakla ustaz igtkan ak pasal ini. Lau x, ak main
hantam keromo je haji ak nnt”
Abu:
“Xyah ko nk panggil ak ustaz. Ak ne un baru nak belajar jugak. Dah2,
jom kita gi kursus haji di masjid”
jom kita gi kursus haji di masjid”
Mat:
“ ceh2, merendah diri plak kwn kite ne..Jom2”
Begitulah perbualan ringkas antara Ahmad dan
Abdullah. Ahmad yang pada mulanya ragu-ragu untuk menghadiri kursus haji
anjuran masjid kariah mereka akhirnya memutuskan untuk mnyertainya setelah diyakinkan
oleh Abdullah akan pentingnya persedian sebelum haji.
Persoalannya
penting ke kursus haji? Kalau ingin tahu adakah ia suatu penting atau
sebaliknya, maka cuba renungi soalan-soalan yang tertera:
Apakah
syarat yang mewajibkan individu menunaikan Haji?
Apakah
rukun Haji? Wuquf, Sai’e, Cukur, Ihram, tawaf, apakah ini semua? Kalau
ditinggalkan, apakah akibatnya?
Apakah
perkara2 wajib Haji? Niat Ihram di Miqat? Melontar jamrah? Mabit di Mudzalifah?
Tawaf selamat tinggal? Kalau xdilakukan apa pula kesannya pada haji kita?
Apakah
perkara2 larangan sewaktu pelaksanaan Haji? Apa yang boleh dan tidak boleh buat
sewaktu Haji?
Dimana
tempat yang harus dituju dan ketika bila?
Aduh banyak persoalan2 yang perlu
difikirkan. Sekiranya seseorang berhasrat mahu mengembara ke sesuatu destinasi
yang ditujui, pastinya dia perlu merancang perjalanannya dengan sebaiknya.
Latar belakang destinasi, kos penginapan, tambang penerbangan, wang saku untuk
makanan, agen
syarikat pelancongan adalah antara perkara2 yang perlu difikirkan
sebelum memulakan pengembaraannya. Demikian juga dengan perjalanan ibadah Haji.
Namun ibadah Haji tidak hanya meliputi perkara2 sekitar kelancaran pengembaraan
seperti tiket penerbangan dan penginapan
bahkan ia merangkumi aspek2 kerohanian/ tuntutan agama. Hal ini demikian kerana
perjalanan Haji merupakan perjalanan ibadah yang bertujuan untuk mengesakan
Allah dalam melaksanakan perintah-Nya dan meninggalkan larangan-Nya.
![]() |
Kapal Terbang untuk Jemaah Haji Malaysia |
![]() |
Kursus Haji Pelajar Madinah 2013 bersama Ustaz Abal Khair |
Alhamdulillah,
kami para pelajar di Madinah berpeluang menyertai kursus persediaan Haji yang
dianjurkan oleh Persatuan Pelajar Malaysia Arab Saudi cawangan Madinah. Kursus
haji tersebut telah disampaikan oleh dua orang pelajar Sarjana Pengajian Bahasa
Arab di Universiti Islam Madinah, iaitu Ustaz Rosyimie Abdullah dan Ustaz Abal
Khair bertempat di masjid
universiti Islam Madinah. Di samping menghadiri kursus Haji anjuran persatuan pelajar Madinah,
penulis juga membeli beberapa buah kitab berkenaan Haji sebagai rujukan dan
bacaan tambahan sebagai persiapan mengerjakan haji nanti.Di Malaysia, menjadi
suatu kebiasaan dimana setiap tahun akan dianjurkan kursus Haji buat rakyat
Malaysia yang terpilih untuk berangkat ke Mekah sama ada dianjurkan oleh
Lembaga Tabung Haji Malaysia mahupun agensi2 syarikat pelancongan yang
mengendalikan ibadah umrah mahupun Haji. Dengan penganjuran kursus Haji setiap
tahun, bakal2 jemaah mendapat pencerahan yang sewajarnya mengenai tatacara
pelaksanaan ibadah Haji yang disampaikan oleh para2 pembimbing haji yang
berwibawa, berpengalaman, dan bertauliah.
Masjid Universiti Islam Madinah |
Kempen Haji Dengan "Tasrih"
Saban tahun, pastinya ada isu-isu berbangkit
yang menggamit suasana ibadah Haji. Daripada sekecil-kecil isu hinggalah ke
sebesar-besar isu. Pada tahun 2013M bersamaan 1434H, terdapat dua isu penting
yang seringkali menjadi tajuk muka depan akhbar mahupun perbualan orang ramai.
Dua isu tersebut adalah penurunan kuota jemaah Haji daripada setiap negara
sebanyak 20% dan penguatkuasaan undang-undang haji dengan “tasrih” lebih ketat.
Persoalannya, mengapakah kedua2 isu ini berbangkit pada musim haji pada tahun
ini?? Jawapannya… biarlah gambar yang tertera membicarakannya.
Gambar pembinaan di sekitar
Ka’baah? Ya, gambar ini menunjukkan projek pembesaran Masjidilharam Makkah
sedang dilaksanakan. Bermula tahun 2012, projek perluasan Masjidil Haram telah
dimulakan bagai menampung kapasiti jemaah Haji mahupun Umrah yang semakin
meningkat jumlahnya
saban tahun. Terdapat banyak hotel2 penginapan yang
terletak berhampiran Masjidil Haram terpaksa dirobohkan bagi memberi laluan
kepada pelaksanaan projek tersebut. Hal ini telah menimbulkan kesukaran buat
jemaah bagi mendapatkan tempat penginapan selama bertandang di bumi Makkah bagi
tujuan pelaksanaan Haji. Maka, kerajaan Arab Saudi melalui Kementerian Hal
Ehwal Haji telah memutuskan untuk mengurangkan kuota jemaah Haji bagi setiap
negara sebanyak 20%. Manakala bagi masyarakat tempatan (rakyat Arab Saudi),
mereka hanya akan diberikan “tasrih” iaitu visa kebenaran bagi melaksanakan
Haji hanya akan dikeluarkan setiap 5
tahun sekali bagi setiap individu. Bermakna, bagi mana-mana rakyat Saudi
mahupun mereka yang bermukim di Saudi seperti pelajar Universiti Islam Madinah
mahupun pekerja-pekerja profesional dari luar Saudi yang bekerja seperti
jurutera atau
pensyarah universiti hanya dibenarkan melaksanakan Haji bagi
setiap 5 tahun sekali sahaja. Kebiasaannya setiap tasrih yang dikeluarkan oleh
pihak imigresen Saudi berharga sekitar SR5000. Mahalnya!! Pada tahun ini,
undang-undang penguatkuasaan sepanjang musim Haji telah diperketatkan. Kempen
“Haji Dengan Tasrih” telah dihebahkan di serata Arab Saudi. Segala medium
penyebaran maklumat kepada orang ramai dimanfaatkan semaksimumnya seperti papan
iklan, hebahan melalui siaran televisyen dan
radio serta sebaran kempen melalui
SMS. Hukuman yang sangat berat menanti kepada sesiapa yang melanggar peraturan
Haji tersebut. Mesej berkenaan ancaman Haji tanpa tasrih telah masuk secara
bertubi-tubi dalam ruangan “inbox” telefon bimbit orang ramai. Antara contoh
mesej yang diterima:
![]() |
Pelan Pembesaran Masjidil Haram dijangka siap 2020 |
![]() |
Sekeping Tasrih SR5000!!! |
Haji yg Sahih Bermula dengan Tasrih(Tema Haji 1434H) |
“Hukuman setahun penjara bagi
mana2 rakyat Saudi yang mengerjakan haji tanpa tasrih (kebenaran)”
“Hukuman dibuang terus daripada
Saudi dan dihalang daripada memasuki negara Saudi selama 10 tahun bagi mana2
rakyat luar Saudi yang mengerjakan Haji tanpa tasrih”
Tambahan pula, pemandu rakyat
Saudi yang membawa penumpang haji tanpa tasrih (kebenaran) tidak terkecuali
daripada dikenakan tindakan. Antara hukuman yang bakal menimpa ke atas pemandu
yang menyalahi undang-undang haji tersebut adalah hukuman penjara selama 1tahun
dan kenderaan tersebut akan disita oleh pihak imigresin Arab Saudi. Di samping
itu, pihak imigresen dibantu oleh pasukan polis telah diarahkan untuk mengawal
setiap pusat pemeriksaan sempadan daerah bagi memeriksa setiap kenderaan yang
keluar dari sempadan daerah menuju ke Kota Makkah. Sekiranya mereka mendapati
adanya pemilik kenderaan yang menumpangkan jemaah haji tanpa tasrih, kedua-duanya
(pemandu dan penumpang) akan ditahan dan dibawa ke balai polis berdekatan.
Justeru, para pemilik kenderaan yang menumpangkan jemaah haji tanpa tasrih
terutama dalam kalangan pelajar universiti Saudi, akan memberhentikan
kereta
mereka di kawasan berhampiran dengan pos pemeriksaan dan para penumpang
tersebut perlu berjalan kaki sambil menjinjing beg sehingga melepasi pos
pemeriksaan tersebut bagi mengelakkan ditahan pihak imigresen. Seorang sahabat
penulis pernah berkongsi pengalamannya dimana beliau bersama rakan-rakan yang
lain terpaksa berjalan kaki sejauh 20km bagi melepasi pusat pemeriksaan!
Allahulmusta’an.
![]() |
Pemeriksaan Polis Di Sempadan |
Sepanjang musim haji yang lepas,
tersebar khabar bahawa terdapat beberapa orang pelajar Universiti Islam Madinah
telah ditahan oleh pihak imigresen Saudi kerana didapati bersalah mengerjakan
haji tanpa tasrih. Namun, sehingga kini khabar tersebut tidak disahkan.
Wallahua’lam.
Menurut seorang senior di
Universiti Islam Madinah, isu tasrih akan berdendang berulangkali setiap kali
menjelang musim Haji. Saban tahun, kerajaan Saudi mahu mengambil tindakan
terhadap jemaah Haji yang menyalahi undang-undang iaitu mengerjakan haji tanpa
tasrih namun akhirnya tiada tindakan susulan yang diambil. Pernah seorang
sahabat bergurau:
“ Kalau kerajaan Saudi mahu
tangkap jemaah haji tanpa tasrih, mereka nak sumbatkan ke penjara mana? Penjara
di Saudi tak cukup untuk menampung kapasiti jemaah haji tanpa tasrih yang
berjuta-juta tu..haha”
Hmmm, betul jugak tu...
Bersambung…