Pada suatu malam yang hening, seorang ibu
berbicara pada anaknya. Anaknya merupakan pelajar tahun 3, Kuliah Syariah,
Universiti Islam di Madinah Munawarrah.Perbualan mereka berlaku di teratak
kecil mereka di pinggir kota Kuala Lumpur.
(Ikuti perbualan di bawah)
Ibu: Along, zaman sekarang ni banyak berita
memaparkan tentang peperangan, pembunuhan di serata dunia. Setiap hari ada
sahaja berita bunuh sana sini
Along: Betol tu mak. Kat surat khabar, TV,
facebook, youtube, sume citer pasal peperangan, pembunuhan. Dulu perang di Palestin,
Afghanistan, Iraq,dan Libya, sekarang di Syria dan Mesir.
Ibu: Tunggang terbalik dah dunia ni, nak. Setiap
hari mak update perkembangan isu di Mesir dan Syria di facebook. Ngeri, seram
sejuk, mengigil bila tengok gambar-gambar yang dipost di facebook. Ada gambar
kanak-kanak kecil kena sembelih, video perempuan dirogol secara bergilir-gilir,
mayat dibakar, orang tua diseret atas jalan dan macam-macam lagi. Ya Alah pada
nak jadi kt dunia ni!!
https://www.facebook.com/prihatinmesir?ref=ts&fref=ts
https://www.facebook.com/eyeonpalestine2011?ref=ts&fref=ts
https://www.facebook.com/pages/Mini-Pavilion-From-Palestine-With-LoveMAP/203794872989424?ref=ts&fref=ts
Along: Inilah realiti kehidupan umat Islam
sekarang mak. Di serata tempat umat Islam dibunuh, diseksa, ditangkap. Umat
Islam diperlakukan bagaikan binatang bahkan lagi teruk lagi. Nyawa dan maruah
orang Islam seolah-olah tiada nilai lagi. Musuh-musuh bagaikan singa kelaparan
yang menerkam mangsanya tanpa belas kasihan. Inilah petanda akhir zaman mak…
Komposisi penduduk umat Islam melebihi komposisi penduduk bukan Islam, namun
dek kerana keadaan umat Islam yang sangat lemah, mereka yang majoriti terus
menerus ditindas oleh mereka yang minority (masyarakat bukan Islam)
![]() |
BANGUNAN HANCUR DEK PEPERANGAN |
Ibu: Ini semua pastinya dirancang oleh musuh
Islam. siapa lagi kalau bukan Yahudi dan Nasrani. Bermula
dari Palestin,
diikuti Afghanistan, Iraq, Pakistan, Sudan, Somalia, Libya, Syria, dan yang
terkini Mesir. Satu persatu bumi umat Islam diratah oleh sang pengganas
sebenar. Hasil bumi umat Islam dirampas, penduduknya dibunuh, diseksa,
dipenjara. Maka, mak rasa tidak mustahil akhir sekali mereka menjadikan Makkah
dan Madinah sebagai sasaran terakhir mereka. Bagi mereka, kemuncak kemenangan
sebenar hanya dapat dicapai sekiranya dua kawasan suci umat Islam ini diserang
dan ditawan.
![]() |
MUJAHIDIN SEDANG BERTEMPUR |
Along: Kita setuju dengan mak 100%. Tidak ada
sebarang bantahan kita pada kata-kata mak.
Ibu: Alhamdulillah, Along faham pe yang mak nak
sampaikan. Sekiranya, tiba masanya mereka (Yahudi dan Nasrani) mahu menyerang
Makkah dan Madinah,
mak izinkan dan redha untuk kamu menyumbang tenaga, masa
dan nyawa dalam seruan jihad mempertahankan dua kota suci umat Islam!!
![]() |
TENTERA MESIR YANG MEMBUNUH RAKYATNYA |
(Kelihatan air mata ibu mengalir di pipi.. ibu
mana yang sanggup melepaskan anaknya jauh daripada pangkuannya, namun kerana
kecintaannya yang mendalam terhadap agama Islam, beliau dengan relahati
merestui dan mengizinkan anaknya berjuang mempertahankan Kota Bercahaya Madinah
suatu hari kelak sehingga umat
Islam memperoleh kemenangan atau gugur syahid di
medan perang!! . Beliau mendapat inspirasi dari kisah perjuangan seorang tokoh
muslimat Palestin yang merestui semua anak-anaknya untuk turun berjihad
menentang Israel. Natijahnya, 3 orang anak telah gugur syahud manakala seorang
anak lelakinya meringkuk dalam tahanan Israel)
![]() |
MASJID NABAWI, MADINAH MUNAWWARAH |
Along: Inshaallah mak..doakan agar Along diberikan
kekuatan untuk diberi pendirian yang teguh dalam memperjuangkan Ad-Deen..
(Mata Along juga kelihatan berkaca-kaca.
Barangkali terharu dan berasa kagum akan kebesaran jiwa ibunya yang dengan
sepenuh jiwa raganya merestui anakanda tercinta untuk melibatkan diri bagi
seruan jihad fi sabilillah)
![]() |
TANGISAN SEORANG IBU |
Along menadah tangan lalu berdoa:
“ Wahai Tuhan Yang Maha Membolak-balikkan hati
Manusia, thabatkanlah (tetapkanlah) hati kami dalam urusan agama-Mu dan
ketaatan kepada-Mu”
Ibu: Ya Allah perkenankanlah hasrat kami.
(Kelihatan ibu teresak-esak menangis saat
mengaminkan du’a)
-Kisah ini berdasarkan kepada sebuah cerita yang
disampaikan oleh seorang sahabat di UIAM mengenai hasrat seorang ibu kawannya
yang menginginkan anaknya gugur syahid di jalan Allah. Wallahua’lam.
Ummi
Nidhal: Tokoh Inspirasi Buat Kaum Ibu
Maryam
Muhammad Yusuf Farhaat dikenali sebagai Ummu Nidhal. Beliau dilahirkan di Gaza
pada 24 September tahun 1949. Dikurniakan enam orang cahaya mata, beliau adalah
Ummu Syuhada dan telah melakar sejarah sebagaimana yang telah dilakarkan oleh
Khaulah binti Al Azur, Khansa', Nusaibah binti Ka'ab, Ummu Saad bin Muaz dan
seumpamanya. Beliau sentiasa menyeru kaum wanita, pemuda-pemudi, rakyat
Palestin dan Muslimin seluruhnya agar berjihad dan berharap Allah Taala mengurniakan
ke semua anak-anaknya mati syahid mempertahankan agama-Nya.
Nama
samaran yang diberikan kepada beliau, "Ummu Nidhal" telah
membangkitkan beberapa dekad-panjang perjuangan wanita Islam Palestin untuk
mempamerkan satu contoh pengorbanan, iaitu pengorbanan hasil jalan jihad
putera-puterinya mempertahankan maruah tanahair.
Sikap yang dipamerkan oleh Ummu Nidhal selari dengan firman Allah:
Kemunculan
Ummu Nidhal bermula sejak meletusnya intifadah Al Aqsa pada tahun 2000 yang
dilancarkan
oleh Sheikh Ahmed Yassin. Seruan jihad Ummu Nidhal ini bukan hanya
fasih dibibir, bukan hanya bertinta di lembaran kertas, tetapi dibuktikan
dengan penyertaan jihad tiga orang anaknya yang telah syahid satu demi satu,
iaitu Muhammad Farhaat, syahid pada tahun 2002, Nidhal Farhaat, syahid pada
tahun Februari 2003 dan anak bongsunya Rawad Farhaat yang syahid pada tahun
2005. Seorang lagi anak beliau, Wisam Farhaat masih mendekam di dalam penjara
Israel.
![]() |
Syeikh Ahmad Yasin |
Ummu
Nidhal tidak terkejut menerima berita kematian anak-anaknya bahkan beliau
bersedia menyerahkan semua anak-anaknya untuk mati syahid. Beliau pernah
berkata ketika diwawancara oleh pemberita tentang pemergian anaknya, "Anak
saya telah syahid. Dia yang akan menolong saya dengan kesyahidannya. Sesiapa
yang menyayangi anak-anaknya berikanlah sesuatu yang paling berharga
semampunya. Dan perkara paling berharga yang boleh diberikan ialah
syurga".
Firman Allah:
Ummu
Nidal menghantar 3 orang anak lelakinya ke medan perang dan gembira atas
kesyahidan mereka, bahkan menangis bila memikirkan tiba masanya nanti sudah
tiada lagi anak untuk dihantar ke medan perang.
![]() |
Saat melepaskan Anakanda (Muhammad Fathi Farhat) Tercinta ke Medan Jihad |
Ummu Nidal bukan seperti
ibu-ibu yang lain, yang jauh hati bila anak sudah jarang balik melawat, yang
sedih bila anak-anak tidak menghulurkan wang, yang merajuk hati bila anak sibuk
memikirkan kerjaya sahaja. Di hati Ummu Nidal tidak ada 'kebiasaan' itu semua.
Dia tidak peduli apakah dia tidak akan bertemu lagi dengan anak-anaknya buat
selama-lamanya. Malah rela menanggung kepiluan hati seorang ibu demi
mempertahankan bumi yang diberkati Allah Taala dari terus dijajah oleh Rejim
Zionis.
Bertitik
tolak dari hal itu nama Ummu Nidhal Farhaat disebut-sebut sebagai Khansa'
Palestin. Nama Khansa', diambil dari nama Sohabiyyah yang terkenal dengan
kesabaran dan keteguhannya di zaman Rasulullah S.A.W kerana seluruh
anak-anaknya gugur di medan jihad bersama Baginda S.A.W. Dan bagi Ummu Nidhal,
apapun yang dilakukannya ini adalah demi memenuhi ruang perjuangan mengusir
penjajah dan mempertahankan Palestin.
Antara
perkataan yang sering diungkapkan oleh Ummu Nidhal berbunyi, "Kematian
adalah suatu perkara yang menyedihkan, tetapi jangan bimbang kerana bertemu
dengan Allah, adalah suatu kegembiraan yang tidak dapat digambarkan (mengatasi
perasaan sedih tersebut", katanya.
![]() |
Kanak2 & Wanita menjadi sasaran! |
Beliau
(Ummu Nidhal) sering bercerita, bagaimana
dirinya merasa terpanggil untuk
melindungi anak bangsa yang sering diburu oleh tentara Zionis Israel.
![]() |
Kanak2 Palestin ditangkap |
"Saya
sering mendengar teriakan anak-anak Palestin yang diburu oleh rejim Zionis.
Suasana tidak aman sering melanda di tempat tinggal kita. Lalu saya mengambil
inisiatif untuk melindungi generasi ini dari kerakusan musuh tanahair mereka.
Saya meminta puteraku yang paling sulong untuk menggali lubang di belakang
rumah supaya dapat dijadikan bunker para pejuang mujahidin, Bridged Al Qassam.
Saya lakukan ini, agar Allah memuliakan kami sekeluarga sebagai pejuang di
jalan-Nya.
"Ketika
anakku yang sulong, Muhammad Fathi Farhat menginjak usia enam tahun, saya telah
katakan kepadanya; Ibu mahu kamu berperang melawan Israel dengan senjata, bukan
dengan batu. Tanpa sedikitpun keraguan, kebimbangan dalam hati saat itu
mengarahkan anak ke medan juang demi mengusir penjajah. Kerana saya yakin apa
yang saya ungkapkan itu adalah demi kebaikan untuk anak-anak saya.
"Saya
sampaikan kepadanya, agar tiada informasi jihad para pemuda Palestin yang
dirahsiakan dari pengetahuan saya, saya memantau pergerakannya dan agar
kemudiaannya saya boleh memotivasikan mereka dan memberikan mereka semangat.
"Tiada
khabar yang paling mengembirakan buat saya, apabila puteraku mula menyampaikan
berita bahawa dia telah bergabung bersama Briged Al Qassam, sayap pejuang
Hamas, dan sedang bersiap menyongsong amanah syahid dalam sebuah medan peperangan.
Allah telah mengabulkan hasrat dan cita-cita saya."
Begitupun
deras kalimah yang diungkapkan oleh Ummu Nidhal untuk membangkitkan semangat
perjuangan pemuda-pemudi Palestin, namun beliau sebenarnya tidak mampu
memungkiri kehalusan hatinya yang sarat dengan naluri keibuan. Saat
perpisahannya dengan putera sulongnya, Farhat, dia dan anaknya itu saling
berpelukan kemudian berkata,
"Ibu tidak dapat membendung air mata, tetapi
jangan percaya dengan air mata ibu ini nak... Ini adalah air mata bangga menjelang
hari pertemuanmu dengan bidadari. Pergilah menemui Rabb-Mu dan berjihadlah.
Tetaplah hatimu thabatlah, kekallah seperti itu sampai engkaubertemuAllahTaala."
SUMBER: LAMAN TAWBAWI
SUMBER: LAMAN TAWBAWI
Akhir kalam, hayatilah firman Allah berikut:
MasyaALLAH....
BalasPadamDesign baru ya. Memang terbaik la.
Kena up lagi skill kamu design. Biar nampak lagi menarik dan mantap.
100x (y) untuk blog kamu.
Jazakallah khairan kathira firdani kerana sudi memberi komen yang cukup membina..
Padaminshaallah sy akan belajar utk meningkatkan lagi kemahiran utk menulis di blog dari semasa ke semasa
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Padam