Syeikh,
bila enta nak “update” blog? Xsabar nak baca entri seterusnya
Apa
kita lau kita bertiga bersaing dalam penulisan di blog..kite tengok siapa yang
paling rajin “update”.
Suatu
ketika dahulu kalimat2 ini yang meniti di bibirku. Aku begitu bersemangat
sekali nak menulis dan menulis. Bahkan pernah suatu ketika , aku mengirim
sekeping foto ke akaun facebookku dan meng “tagging” kawan-kawankuku yang
terdiri daripada penulis blog berkenaan ajakan dalam bentuk “perliaan” bagi
mengemaskini penulisan masing-masing di laman blog mereka.
Malangnya,
perliaan itu akhirnya memakan diriku. Kata orang, “Terkena batang hidung
sendiri”.
Blogku
terbiar tanpa dikemaskini entri penulisannya. Jangankan blog, akaun facebook pun
jarang dkemaskini. Kalau buka facebook, sekadar tekan LIKE atau SHARE. Haha. Silent Reader katakan. hehe
![]() |
Silent Reader..Meowww |
Kini, aku
sedang mencari semangat dan azam baru untuk sambung menulis. Idea terlalu
banyak dalam kepala, namun mahu diterjemahkan dalam bentuk penulisan, ternyata
sukar disamping aku perlu memperbaharui niat aku untuk menulis. Eya aku perlu
bermuhasabah paakah tujuan aku mahu menulis sebenarnya. Tepuk Dada Tanya Iman.
Semoga
Allah memberikan kepada diri ini sebuah kekuatan untuk terus menulis dalam
mengajak manusia ke arah kebaikan dan meninggalkan keburukan.
![]() |
Jom Menulis!! |